Tuesday, December 18, 2012

Braxton Hicks Attack!

Baru terbaca tentang Braxton Hicks ni ari tu. Tup2... Jumaat malam tu sakit perut. Sakit macam senggugut yang teruk tahap 4/5. Sampai menangis la tahan sakit malam tu.
 
Sangat pelik sakit perut kali ni. Sb sepanjang preggy tak pernah plak kene attack sakit perut sakit sangat. Takot nye dalam hati ni. Takot apa2 yang jadi and kisah 9 bulan lepas berulang kembali... Takotttt!!!!
 
At first, rasa macam masuk angin biasa je. Lepas tu tak sampai 15 minit sakit bahagian bawah perut. Lepas tu sakit kat bahagian pelvic.. and turun sampai ke kaki. Cramp dan lenguh kaki ni tahan sakit. Memulas2 nye rasa perut. Kadang2 ok pastu rasa sakit balik. Baby dalam perot ni pon bukan main lagi menendang2. Lagi la senak perut mommy ni. Heheh~ Dalam otak ni terfikir "Aku ni da nk beranak da ker?" Kandungan baru 31 minggu. Tak nak la deliver sekarang. Baby pon belom perfectly mature. Risau nyeee...
 
Hubby pon risau and paksa g check kat hospital. Tapi, sy berkeras sangat tak nk pegi sb nt doc buat procudure bukan2 and jadi macam hari tu. Seriously sangat fobia. As long as tak da tanda2, tahan je la kat umah. Unless kalu rasa tak tahan sangat atau maybe tumpah darah/ pecah ketuban baru nk refer hospital.
 
Baru teringat malam tu tak makan lagi. Mintak tolong hubby buat kan Milo panas cicah biskot. Pas minum baru rasa lega. Jalan2 sikit dalam bilik dan alhamdulillah sakit da kurang. Pastu teros tido and pagi esk da tak rasa sakit lg. Nasib baik la tak jadi apa2.
 
So google2 balik, maybe sy diserang Braxton Hicks or dikenali sebagai kontraksi palsu. Palsu2 pon sakit jugak la. Suddenly terfikir... Kalu contraction palsu ni pon da sakit apatah lagi la contraction betol2 time bersalin nt. Sure lagi sakit... Huhu!

INFO TENTANG BRAXTON HICKS 
 
 
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya

2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang

2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

****************************************

0 comments:

Post a Comment