Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Labour Experience

Yes! Now i can feel the real birth contraction... Mmg sakit sangat. Masyaallah tak tau nk cakap macam mana.

.....................................

After 5 days duduk dalam ward and keluar masok labour room, doc finally suruh jugak bersalin hari Khamis 3/1/2013. Doc cakap contraction makin kuat and da effect kat heart beat baby. Nak tak nk petang Khamis tu jugak doc induce. Hurm.. Da induce tapi tak da la rasa sakit sangat. Kira bole bertahan lagi la... Sampai malam pukul 9 check still sama je bukaan 3cm. Tak da peningkatan. So doc stop kan drip and sambong lagi pagi Jumaat esk nya. So malam tu terpaksa la tidur kat labor room lagi. 

Jumaat pagi tu lepas breakfast doc datang pecahkan air ketuban and masok drip induce lagi. Haaa.. time ni la kesakitan bermula. Start induce pukul 8.30pg. Awal2 tu sakit bole tahan lagi.. Siap tengok tv gelak2 lagi. Da start pukul 11pg sakit da tiap2 5 minit. Masa tu da tak bole fokus tgk tv and the real contraction da dapat rasa. Pukul 12tgh da tak dapat tahan mintak nurse gas painkiller. Igt dapat la reduce kan sakit tapi still rasa jugak sakit tu... Cuma gas tu buat kan kite high nak tido je masa seling contraction. Pastu da la pening sedut gas banyak sangat. So, kesimpulannya tak guna pon amik gas tu... Sb sakit still terasa. Doc suruh amik epidural tapi dengar cite kawan2 kalu amik epi ni ada effect lepas bersalin. Sakit pinggang la ape la. And cost epi kat hospital ni pon bole tahan mahal. So cakap kat doc tape sy bertahan je la dengan sedut gas ni. Huhuhu~

Dr pagi da terpsycho dengan jeritan2 patient kat sebelah. Jerit sekali and bunyi baby nangis. Da 3 patient da selamat, sy kat sini still struggle tahan sakit.

Masa contraction tu seriously mmg tersangat2 la sakit. Amik gas jadi high sampai tak sedar da menjerit2 dan tertarik2 jugak la baju hubby. Cian hubby sabar je la layan bini kat sebelah ni. Dekat pukol 2ptg baru rasa macam nak buang air besar and cepat2 nurse panggil doc. Masa tu pon da buka 8cm. Nurse terus suruh push2. Macam kat dalam stadium bola da rasa diorang bersorak2 "Push! Push! Push lagi...!"... Tapi disebabkan contraction yang terlampau lama tu, seriously mmg da tak praktik da push2 yang belajar kat antenatal class ari tu. Ntah kemana2 da sume tu sebab da sakit sangat. Time push2 tu hubby da nampak kepala baby and paksa push lg.. tp tak bole, da penat sangat. So last2 doc sedut guna vacum (kiwi) and lastly baby keluar dan hilang terus sakit2 tu. Amazing.. Kuasa Allah!

Alhamdulillah baby lahir sihat walaupon preterm. Masa nurse tunjuk baby kat sebelah rasa hiba sangat rasa. Dapat kiss sekejap and nurse teros bawak dia g nursery.

After that, pindah masuk ward and parents and family pon datang. Masa tu tak da la fikir pasal baby sangat. Sb terkejut maybe la. So hubby je la ulang alik g nursery tgk baby. Lepas maghrib tu nurse panggil g nursery utk first try to breastfeeding baby. Time ni baru la dapat tgk muka baby.. MASYAALLAH -- Gugurnya air mata ni melihat anak yang lahir dari rahim sendiri. Tak tau macam mana nk gambar kan perasaan seorang ibu melihat anak buat pertama kalinya. Tuhan je yang tau. ALHAMDULLILLAH, terima kasih tuhan atas rezeki mu... ~

Mommy-Son first attachment :)
#Noah Emerizqin Day 1,  7.45pm

***********************************

Monday, January 28, 2013

Officially a Mommy :)

Alhamdulillah,

Tepat pukul 2.42pm, 4/1/2013, sy selamat melahirkan baby boy, 2.41kg ketika kandungan 34 minggu.

Banyak cerita disebalik kelahiran putera sulung ni... *Banyak plot ni.. Story later eh!*

Sesungguhnya menjadi seorang mommy adalah moment yang paling nikmat dalam hidup seorang wanita. Feeling tak dapat nk digambarkan. Excited bangat!!!

Alhamdulillah...Bersyukur pada tuhan. Sy berjaya menjadi mommy dalam usia 24 tahun. Muda lagi and ada peluang nk tambah yang kedua, 3 tahun lg insyaallah.. :)

Hidup mula excited dengan kehadiran si budak tecit 
NOAH EMERIZQIN BIN MOHD HIRWAN :)


Noah Emerizqin Bin Mohd Hirwan (Newborn, Day 1)
4/1/2013 @ 2.42pm
2.41kg
**************************************


Wednesday, January 2, 2013

Pre-Mature Contraction @34 weeks?

Sabtu hari tu 29 December 2012, parents ada buat doa selamat untuk baby dalam perot ni.. And alang2 buat la baby shower skali. Siap potong2 kek lagi. Happening !!!


Kalu ikotkan tak da la lasak sangat pon masa kenduri doa selamat ari tu. Just berkemas2 biasa je la. Masa kenduri tu ada jugak la rasa macam tak sedap badan sebab selsema. Maybe disebabkan habuk kot. 1 malam tak bole tidur sebab perot tak berapa nk selesa ditambah lagi dengan selsema yang tak reda2 ni.

Esk nye hari Ahad, hubby ajak g klinik cek kot2 la demam teruk ke. So straight g Azzahra sb panel hubby kat situ. Kat sana mmg perot asik menegang je. Masok2 jumpe doc ada tanye kenapa then cakap la demam and selsema. Pastu cek blood pressure 140/90.. tinggi utk ibu mengandung. Bahaya! Pastu dye cek perot ada rasa macam keras. And baru teringat kejadian minggu lepas tentang ada leaking sikit. Da macam tu teros doc Azzahra suruh refer specialist takot apa2 yang teruk jadi.

Pastu terus jadi konpius. Igt nk g jumpe doc sebab demam biasa je. Sat g sampai KPJ Kajang terus kene admitted sb perot menegang sangat. Refer tros kat labour room and buat CTG. 1st buat CTG nampak blood pressure baby tinggi maybe sebab mommy demam. Nurse suruh mandi kebahkan badan and cek CTG blood pressure baby da ok. Alhamdulillah...

Lepas tu je, tetibe nurse cakap "awak ada rasa sakit x? Sb CTG tunjuk contraction awak tinggi sangat ni"... What?! Bile masa plak la aku rasa contraction? takat2 sakit perot biasa ni bole tahan lagi kot. Takkan la ni ialah sebenarnya contraction? Kalu la rasa macam ni contraction, masa kandungan 32 minggu hari tu da rasa sakit2 macam ni, perot menegang and rasa macam period pain. Last post pasal Braxton Hicks tu actuallly ialah contraction. 

Kalau minggu 34 ada sakit2 cani orang panggil pre-mature contraction. Sb actually contraction datang time da nak bersalin 37-40 minggu. Now baru 34 minggu da ada sakit contraction mmg doc akan cakap tak normal sb baby still premature.

Petang ahad tu doc datang cek buat VE and tetibe dye cakap bukaan 1.5cm. Terkejut sangat..!! Why suddenly happen? Kalu tak g hospital mesti tak tahu menahu tentang benda ni. And nasib baik la air ketuban tak pecah lagi. Kepala baby pon still tinggi and tak engage pon lg. So confirm kene warded.

Untuk kurang kan contraction, doc ada bagi ubat. Pastu dye kasi steroid injection 2 kali setiap 12 jam untuk mematangkan paru2 baby kot2 la baby push nak kluar awal kan. Injection steroid tu seriously mmg la sakit sb cucuk kat punggung kan. Saboo je la...

Isnin and Selasa (new year 2013), doc asked to continue buat CTG tgk progress baby and contraction. Baby so far okay cume contraction still happen. Ada juga tanye doc bile la agaknye bole balik sb da boring sangat da duduk dalam ward tak tau nak buat ape. Pastu doc cakap contraction tinggi lagi so dye takot nk discharge takot apa2 jadi masa kat rumah and tak da orang nk monitor. Betol jugak kata doc, mengandung ni bukan sekejap. Jadi benda cani kene la berkorban sikit kan.. Hurm~~

Malam Selasa tu dalam pukul 10pm, perot rasa sakit macam period pain tu. Tapi ignore je la sb malas da nk mngadu2 kat nurse nt nurse gtaw doc sure2 doc tak kasi discharge *still berdegil lagi kan*. Pukul 1.30pagi macam tu kejutkan hubby nk g toilet tetibe nampak lendir coklat/merah kat pad. Takot jugak la walaupon tak banyak. Panggil nurse and diorang teros tahan kat labour room. Buat VE and know what, jalan da bukak almost 3cm and kepala baby pon very low and da engage. Ditambah lagi tanda2 pon da ada dengan spot2 darah yg banyak.

Pagi rabu tu Dr Ras cek kat labour room and inform if ada contraction lg and bukaan bertambah, dye akan hentikan bagi ubat stop contraction and deliver naturally. Sb baby da tak sabar2 nk keluar. Now tgh tunggu air ketuban pecah je. Ada juga tanye doc kalu da jadi cani berapa lama bole delay delivery? Agak2 sempat tak nk tunggu sampai ckup bulan. And tau apa dye jawap? "Maybe kte bole delay about 48 hours.. Sb jalan pon da terbuka 3cm and da keluar tanda2. Tunggu sampai ketuban pecah and we will do natural birth delivery. Baby awak ni da tak sabar nk keluar da ni"...

Rasa macam kelakar ada takot pon ada. Ye la... Mental and fizikal tak ready lagi ni. Tetibe je jadi cani plak kan. Ntah la.... Serah kat tuhan je la. Kalu baby da nk keluar sekarang harap2 dye da betol2 sihat dan matang. Tak tau nk buat apa cuma berdoa agar dipermudahkan... Amiinnnn~~~

**************************

Wednesday, December 19, 2012

3d4d Scan @ 8 months

Hari ni ada checkup dengan Dr Ras untuk bulan ke lapan. Perot ni pon bukan main besar lagi. Kalah  mommy2 yang sama2 datang checkup. Heeee~~

Scan baby hari ni sume okay. Tumbesaran baby mmg same dengan usia kandungan 32 minggu. Last 2 weeks scan baby berat 1.7kg. Now da 8 bulan berat baby naik 1.9kg. Cepat nye baby besar... :) Alhamdulillah. Tapi bile mommy dia plak timbang berat tambah lg sekilo. So, as of now berat 62.6kg daripada 51kg before get pregnant. Maybe sampai due nt naik sampai 15kg. Waaa..~ 

Checkup hari ni baby sangat behave and finally dapat jugak snap gambar 3d4d... 

8 months 3d4d scan

Baby sangat debab..GERAM~~~ Pastu muncung bukan main la mulot dye. Heheeee.. Hubby cakap ikot mulot mommy dia la muncung 24 jam. Ye laaa. nk wat cane. Mane tak tumpah nye kuah kalau tak ke nasi kan. Hiihihi~

Lagi 2 minggu kte jumpe lagi k BoboiBoy :)

************************************

Tuesday, December 18, 2012

Braxton Hicks Attack!

Baru terbaca tentang Braxton Hicks ni ari tu. Tup2... Jumaat malam tu sakit perut. Sakit macam senggugut yang teruk tahap 4/5. Sampai menangis la tahan sakit malam tu.
 
Sangat pelik sakit perut kali ni. Sb sepanjang preggy tak pernah plak kene attack sakit perut sakit sangat. Takot nye dalam hati ni. Takot apa2 yang jadi and kisah 9 bulan lepas berulang kembali... Takotttt!!!!
 
At first, rasa macam masuk angin biasa je. Lepas tu tak sampai 15 minit sakit bahagian bawah perut. Lepas tu sakit kat bahagian pelvic.. and turun sampai ke kaki. Cramp dan lenguh kaki ni tahan sakit. Memulas2 nye rasa perut. Kadang2 ok pastu rasa sakit balik. Baby dalam perot ni pon bukan main lagi menendang2. Lagi la senak perut mommy ni. Heheh~ Dalam otak ni terfikir "Aku ni da nk beranak da ker?" Kandungan baru 31 minggu. Tak nak la deliver sekarang. Baby pon belom perfectly mature. Risau nyeee...
 
Hubby pon risau and paksa g check kat hospital. Tapi, sy berkeras sangat tak nk pegi sb nt doc buat procudure bukan2 and jadi macam hari tu. Seriously sangat fobia. As long as tak da tanda2, tahan je la kat umah. Unless kalu rasa tak tahan sangat atau maybe tumpah darah/ pecah ketuban baru nk refer hospital.
 
Baru teringat malam tu tak makan lagi. Mintak tolong hubby buat kan Milo panas cicah biskot. Pas minum baru rasa lega. Jalan2 sikit dalam bilik dan alhamdulillah sakit da kurang. Pastu teros tido and pagi esk da tak rasa sakit lg. Nasib baik la tak jadi apa2.
 
So google2 balik, maybe sy diserang Braxton Hicks or dikenali sebagai kontraksi palsu. Palsu2 pon sakit jugak la. Suddenly terfikir... Kalu contraction palsu ni pon da sakit apatah lagi la contraction betol2 time bersalin nt. Sure lagi sakit... Huhu!

INFO TENTANG BRAXTON HICKS 
 
 
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya

2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang

2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

****************************************

Monday, December 17, 2012

Parentcraft Class @ KPJ Kajang

Hari Ahad ari tu attend one antenatal class called Parentcaft Class organized by KPJ Kajang... For first time mommy and daddy macam ktorang ni mmg rasa best sangat class tu. Banyak info yang ktorang blaja. Dari awal pregnancy sampai la penjagaan baby. Sume cover... 


Banyak jugak la participants hari tu. Dalam 17 couple. Tapi kebanyakkan nye Chinese la.. Tak sure la kenapa tak da banyak sangat participation dari Melayu. But for us la, program2 maacam ni, elok sangat bakal2 parents participate.Atlease dapat jugak big picture on how to deliver and take care of your baby nanti. 

Topic Cover:

  • Pregnancy and Labor by O&G
  • Pain Relief & Epidural 
  • Newborn Screening & Vaccination by Pediatricians
  • Nutrien During Pregnancy by Dietitian
  • Exercise Pre & Post Natal by Physiotherapist
  • Care of Newborn State Registered Nurse
  • Leisure Chat
  • Ward Tour
Dalam banyak2 topic, exercise and post natal session yang paling best. Sb diorang ajar husband cara2 massage wife time mengandung. Teknik2 pernafasan time bersalin pon diorang ajar. Which is sangat2 menarik untuk dilakukan bersama :) Pastu diorang ajar macam mana nk take care of baby, penjagaan time confinement and macam2 lagi. 



Time lecture Nutrient During Pregnancy, dietitian ada mention tentang supplement yang elok diambil time mengandung. And yang paling mendapat perhatian ialah cara2 nak bagi anak pandai kene amik banyak EPA DHA. So pas abis class tu jugak g farmasi beli DHA supplement. Dan inilah hasil tangakapan kat Watson Alamanda:


Last session class hari tu, Sister bawak we all tour labor room. Seriously, mmg cantik sangat la labor room kat KPJ Kajang tu. Tiap2 labor room ada tema dia sendiri. Ada warna purple, biru, merah, hijau.. Macam2 dan cantik2. Macam deco kat dalam bilik sendiri. Maybe diorang saje buat macam tu supaya orang tak da la nebes sangat nk deliver baby kan. Macam seronok je nak beranak dengan environment bilik cani :)








Lepas tour labour room, ktorang g visit nursery plak. Kebetulan ada 4 baby yang baru lahir dapat la ktorang tgk. Comel sangatt :)



After that, sy n hubby sempat jugak la tgk2 maternity package KPJ Kajang ni. Untuk Single Room charge RM2,588 for 2 days 1 night (normal delivery). Within budget la sb company cover RM3,500 for normal delivery and RM5,500 for Czer. Kalu ada balance sikit2 tu bole request benda lain untuk masok dalam bill. Hehheehe~

So far, we all confident dengan service and package from KPJ Kajang ni. Kalu tak da aral melintang, insyallah akan deliver kat sini :)

********************************

Tuesday, December 4, 2012

Susah nya tidur malam ...

Lately mmg susah sangat nk tidur malam. Kalu ikotkan hari2 ngantuk, hari2 badan rasa penat. Tp in third trimaster ni selalu sangat terjaga malam. Pastu nk tidur balik da x bole. Maybe sebab badan dan perot tak berapa nk selesa.
Orang cakap ibu mengandung tak baik tidur melentang. Tapi seriously mmg da tak dapat nk tidur melentang da masa perot da besar ni. Rasa macam berat sangat perot macam ada beban letak atas badan tu. Mungkin baby da besar kot bagi tekanan kat perot ni masa tidur. And kalu ikot nasihat doctor elok tidur mengiring ke kiri. Selain ikot sunnah nabi, actually tidur mengiring sebelah kiri elok utk salur kan oksigan dalam rahim. So baby dalam perot pon sihat... Alhamdulillah la, mmg rasa selesa pon kalu tidur mengiring belah kiri. Tapi yang tak besh nye badan sebelah lenguh la. Otot2 pon tegang semacam. Huhuhu.. ~~

Antara problem2 yang mengganggu tidur:


  • Kaki kejang (selalu kat area betis)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sering buang air kecil diwaktu malam (sometimes sejam sekali tau)
  • Baby yang terlalu aktif, selalu tendang pada bahagian  yang sensitif (so automatic effect kat pundi kencing)
  • Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh baby yang semakin membesar
  • Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang (maybe badan makin berat)
  • Mimpi ngeri yang sukar dilupa (sampai hari ni terngiang2 lagi nighmare last week)

  • Paling teruk kejang kaki kat bahagian betis tu la. Orang panggil tarik mengkarung @ simpul biawak. Tak sure plak kenapa nama dye macam tu. Sebab tiap kali nk gerak or alih kan kaki masa tidur mesti kejang sampai rasa nk nangis tahan sakit.
    Tiap2 kali diattact tarik mengkarung @ simpul biawak ni, cepat2 kejut kan hubby dan dye akan urut and tegakkan tapak kaki. Ada orang yg tak tau cara sampai urut cane2 pon tak elok. Tp nasib baik hubby tau cara macam mana nk urut kaki kejang and sekejap je da elok. Orang cakap sebab kte tak cukup calcium sebab tu jadi kaki kejang ni. Tapi tiap2 hari pon makan suppliment yg doctor kasi but still jadi jugak. Tape.. redha je la.. Atleast ada orang yang boleh urut kan. Hihihi~

    So utk mendapatkan quality tidur yang baik, sy decide nak beli maternity pillow utk keselesaan perot  dan support tulang belakang. Nasib baik hari tu jumpa pamplet MomsLittleOnes kat Maternity & Baby Expo. Terus grab beli online. Nasib baik la... Ni dok tunggu bile la nk parcel nk sampai kat opis. Bole terus pakai.. Hihii~ Actually ada jugak yang maternity yang panjang tapi mahal sangat la plak. Pastu pk2 balik tak sesuai plak nk bawak g travel. So beli yang kecik je la. Berbaloi2~:)

    MATERNITY AND BREASTFEEDING PILLOW









    ************************************



    Friday, November 9, 2012

    Mom2Be Activities

    Macam2 teringin nak buat time pregnant ni... Rasa nk g bercuti la kat pulau la, nk main water rafting la, nk main ATV, nk g swimming la and macam2 la yg of coz mmg tak kan dapat buat utk beberapa bulan ni. heeee~~~

    Yang paling lasak yang boleh dibuat pon ialah SHOPPING. Sebab kadang2 bershopping time2 pregnant ni pon bole sampai berjam2. Sampai lupa rasa penat. Maybe baby pon sume kuar jalan2 bershopping. :) Time2 pregant ni pon bole window shopping try high heels kat Bershka (serious kasut dia mmg cantik cun melecun). Sangat rindu nk jadi tinggi balik pakai heels. Tape. After pantang benda pertama yang akan disarung pasti nye kasut tumit tinggi. yuhuuu~~~ 


    Utk outfit time pregnant ni main pakai caca marba... Pakai je koleksi baju yang ada kat wardrobe. Tak da pon beli baju maternity. Sb rasa macam kelakar sangat pakai baju ngandun. Kalu nk beli baju pon beli blouse yang bole pakai bile2 masa. Seluar maternity je kene beli sebab perot da besar sangat tak muat pakai sluar biasa. Disebabkan tak da baju matenity maka terserlahlah perot boyot ni. Hikhik~!!!


    Benda yang paling best shopping now of coz baby stuffs. Everytime g mall mesti akan beli at least 1 barang utk budak tecit dalam perot ni. Sebab rasa macam comel sangat2! Da jadi macam gian tgk barang baby.  Selalu rasa nak beli baju warna pink yang ada reben2. Lupe plak dalam perot ni BoboiBoy. Hikhik~

    Dalam masa 6 bulan lebih ni la hasil2 barang yang da dibeli. Maybe end of Nov ni we all akan g baby fair @ MidValley nk shopping sakan barang baby lagi. Syiiokkk nye !





    -------------------------------------------------------------------

    4th Maternity and Children Expo Nov-Dec 2012 Midvalley Exhibition Centre


    What : 4th Maternity and Children Expo Nov-Dec 2012 Midvalley Exhibition Centre
    Where     : Mid Valley Exhibition Centre - Hall 1, Hall 2 and Hall 3
    When : 30th November - 2nd December 2012
    Time     : 10am - 9pm
    Admission     : FREE


    - Maternity Clothing & Accessories
    - Slimming, Beauty & Health Care Products
    - Breast Feeding & Mommy's Group
    - Baby & Children Garments & Accessories
    - Baby & Children Bedding & Furniture
    - Toys, Playing & Learning Products
    - Early Education, Training, Courses
    - Programmes & Products     - Food, Fedding & Nutrition
    - Medical Biotechnological & Stem Cells Services
    - Insurance & Financial Institution
    - Photographer Services for Children & Parents
    - Stroller & Gear, Travel Products
    - Baby & Children Cares & Daily Use Products
    - All Products & Services Related to Children,
    - Parents & Parents-to-be.

    **************************************************



    Wednesday, November 7, 2012

    26 weeks pregnancy

    TaaddDddDAaaAAAaaa.... ~~~~

    Baby dalam keadaan kaki kat depan muka... Hikhik~!!!


    Memang kelaka tgk position baby ni.. Hari tu tido telentang. . Hari ni plak tido berlipat.. Kaki sampai ke muka. Hehe~ Tapi doc cakap normal je... Sb time2 ni tulang baby lembut, elastik sangat sampai badan bole lentur2 macam2 position. Masa scan ni pon doc cakap baby turun kepala ke bawah. Cepat nye la baby ni pusing bawah. Patot after 7 bulan dia patut pusing. Tapi normal la baby time2 gini aktif pusing2 keatas kebawah...  

    Tapi baby ni kedekut sangat nak tunjuk muke. Hari tu tutup dengan tangan, hari ni plak tutup dengan kaki. Ayooo... Exclusive sangat ok nk tgk muke budak tecit ni!  Hikhik~

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------

    26 weeks update:

    Mommy's weight: +2.6 kg
    (Doc cakap berat naik agak tinggi... Nak buat cane. Selera macam2)
    Previous weight week 21: 56.9kg
    Current weight week 26: 59.5kg

    Baby's weight: 942g (Over 29g)
                             Estimated/Average baby weight in 26 weeks: 913g
                    
    --------------------------------------------------------------------------------------------------    

    Alhamdulillah, baby sihat tak da masalah. Semua normal and ikot usia kandungan. Tadi pon da bayar payment utk antenatal class pd 16 Dec 2012. RM50 for both mommy+daddy inc refreshment (9am-5pm) @ KPJ Kajang. Macam best je g class tu. Sb now pon still tak dapat bayangkan macam mane nk handle time deliver nt.  Insyaallah after da attend class tu we all akan rasa lebih bersedia :)

    ********************************

    Friday, November 2, 2012

    Tabiat Semasa Mengandung

    Macam2 da tabiat yang da discover sepanjang 6 bulan pregnant ni. Macam2 perangai timbul.. Klau dulu sebelum pregnant xda la over sangat. Masa pregnant ni bukan main lagi la. Emosi pon kadang2 terover.. Saboo je la kan.
     
     

    Yang tersangat obvious tabiat makanan sy... Kalu ikotkan dulu sebelum mengandung tak da la minat makan sangat. Orang cakap tak makan pon tape. Bole bertahan la lagi. Tapi time mengandung ni asik teringin je nak makan. Kalu hubby tak bawak g tempat makan tu mmg merajuk sampai seminggu. Bukan mengada ke ape ke cume rasa macam sensetip sangat kalu tak dapat makan makanan yang diidam.
     
    Ini adalah list2 makanan yang diidam selama 6 bulan pregnant. Sampai 9 bulan nt maybe list makin bertambah. Hikhik~
     
     
    1. Starbuck Frapp Choc Chip (Coffee Free ok!) - Yang ni mmg menu tiap2 minggu. So every week mesti beli punye. Kalu tak rasa tak lengkap kehidupan. Hihihi~
    2. Subway sandwich & soft cookies - Ohh! Ni mmg fav ever after! Soft cookies terpaling sedap di dunia ~!
    3. Roti + Nutella - Tabiat breakfast. Mesti kene ada nutella.
    4. Ikea Meetball - Da 2 minggu mengidam hari tu. Gaduh ngn hubby sb dye tak paham keinginan. Dye cakap jem la banyak kete la jauh la... Last2 dye kesian agaknye baru bawak pegi. Mekasih la yang kerana memenuhi permintaan isteri ini :)
    5. McFload McD - Haa.. Yang ni makanan yang baru try minggu lepas. Mmg sedap sangat and ketagih sampai 2 kali seminggu beli. Tapi orang cakap tak baik minum air gas nt kene kencing manis. Tape.. Utk yang ni sy cube kawal keiinginan. Hoyeah!
    6. Red Velvet - Yang ni pon salah satu manisan yang kene dapatkan atleast sebulan sekali. Maybe sedappp sangat so tak lepas peluang. hihihi~
    7. Goreng pisang/ Cekodok pisang - Buah-buahan yang paling sedap semasa mengandung kali ni.
    Tapi tgk2 balik list tu sume makanan manis2. Pembawakan budak kot nk makan makanan sweet2 je. Hope makanan2 ni tak bawak kesan negatif la kat baby...
     
    And ni pula list2 makanan yang pantang semasa sy mengandung. Klau ikotkan dengar nama pon rasa nak muntah...
    1. Makanan Korea / Jepun - Terjadi 2 kali makanan Seoul Garden and termakan meat coffee. Muntah serta merta dan jangan mengharap nk makan lagi.
    2. Susu Anmum - Maybe susu tak sesuai di buat dengan pelbagai perisa (vanilla/choc/strawbery) dan telah menyebabkan sy rasa mual sampai hari ni. So sy ambil Fresh Milk je sepanjang pregnancy ni.
     Ni plak kepantangan yang membuat emosi sedikit terganggu...
    1. Bunyi tepon opis - Geram sangat sb every time jawap call mesti dari vendor2 yang tak reti bahasa, internal caller yang bermasalah dan macam2 lagi. So jalan terbaik sy silent kan phone and hanya jawap call yang perlu je. Hahahaha!
    2. Orang bising2 pokpekpokpek - Ni mmg pantang tahap 10/10. Jangan sekali nk pokpekpokpek or ganggu sy tidur. Itu bakal mendatangkan marah!
    3. Pemandu yg memandu secara lembap - Mmg marah! Tak lampu tinggi or HON je. Amik ko!
    4. Orang yg igt sy ni kaunter pertanyaan - Haih! Jumpe jumpe tanye benda yang sama. Benda tak sepatotnye tanye pon nk tanye. Last2 letak note kat workstation tulih KAUNTER PERTANYAAN 1. Agak2 sentap tak mereka? Haha!
    5. Duckface - Hey. Please la jangan mengada nk amik gambo muke duckface. Tak cantik ok! Nt kenan anak i :-[
    Dan benda yang paling sy suke buat semasa mengandung:

     
    1. Tgk perot sendiri - Suke sangat tgk perot sendiri sebelum mandi. Nk tengok da besar mana da perot. Pastu suke cakap2 dengan baby and excited sangat kalu baby bagi response tendang2 perot. Tgk perot gerak2.. Wahh.. Moment sangat! :) :) :)
    2. Tgk JJCM - Tiap kali ari Ahad tak penah miss tgk Jalan-Jalan Cari Makan yg Ikram Dinzly host kan tu. Kalu bole nk g je sume restaurant yang masok dalam tu. Hikhik~!
    3. Bawak bekal - Tiap2 hari masak and bawak bekal g opis. Alasan nye sb tak da selera nk makan nasi kat cafe. Tasedap! Last2 husband yg untung sb dapat bawak bekal sekali g opis. Jimat duit ye...
    4. Shopping - Every week mesti kene menjejakkan kaki ke Alamanda. Paling suke window shopping barang baby.
    5. Make Up - Tabiat suke sangat online tgk lipstick la, blusher la, eye shadow la.. Hari tu shopping kat MAC habis dekat 5rat. Ayooo... Pokaiii~!
    6. Scrub badan - Seminggu sekali mesti buat scrub choclate. Menenangkan sangat!
    7. Horror Movie - Suke sangat tgk wayang kebelakangan ni. Tak dapat tgk wayang tgk Astro HBO pon jadi. Tapi fav mesti cite thriller/horror movie. Wow! Horror nye pilihan~
    Itu lah antara perangai2 yang timbul sewaktu mengandung ni. Kadang2 macam pelik dengan perangai sendiri. Tapi akan berusaha mengawal sebaik mungkin.

    *****************************

     

    Wednesday, October 31, 2012

    Fetal Weight



    Tak sangka kandungan dah mencecah 25 minggu. Belly pon makin lama makin besar. Tapi still orang cakap perut kecik untuk 6 months pregnant. 

    Risau jugak kot2 berat baby rendah dari sepatutnya... Research2 and finally dapat info tentang berat baby dalam rahim...

    Berat kandungan dalam rahim

    Jom kte check baby dalam perut ni selari tak berat dengan umur kandungan...

    17 WEEKS


    Actual berat baby usia kandungan 17 minggu: 184g
    Purata berat baby usia kandungan 17 minggu: 181g
    *** So berat ideal and terlebih 4g

    21 WEEKS


    Actual berat baby usia kandungan 21 minggu: 467g
    Purata berat baby usia kandungan 21 minggu: 399g
    ***baby da terover weight 68g. Mungkin baby ni montel. hikhik~

    Alhamdulillah. Berat baby okay.. Mungkin perut je nampak kecik tapi baby membesar dengan baik sekali. Pasni tak da la risau sangat. 

    Tendangan baby pon makin lama makin kuat. At least mommy tau baby sihat kat dalam...

    Minggu depan mommy jumpe baby. Nk tgk da besar mana anak bujang mommy ni :)

    ******************************************


    Friday, October 5, 2012

    Belly getting BIGGER

    Whoaahh.. Belly getting bigger in 21 weeks pregnant. Sangat teruja sebab suddenly baru perasan pusat macam da tersembul. Hihihi~!

    Alhamdulillah baby sihat 21 minggu dalam perut. Semalam g checkup and baby in a good condition. Doctor ukur baby within the pregnancy period. Lega nya rasa :)

    Masa scan baby, dya tak nak bergerak sangat... Mungkin pg2 dye tido tak bangun lg.After balik tu je bukan main lagi dye main ketuk2 perut.. ~

    Tapi nampak la baby da besar. Tidur pon da meringkuk2..Elok je tido dalam karung yg tu.. Tak pusing2 lagi macam hari tu... Pastu suke sangat letak tangan atas kepala. Sebijik macam style daddy dye =)

    21 weeks ultrasound
    Insyaallah bulan depan mommy jumpe baby lagi ye.. 
    Semoga membesar dengan sempurna baby <3

    *********************************


    Monday, September 24, 2012

    Little Butterfly & Half Way to Go ...

    Yes!

    I hit the halfway mark in my pregnancy...~ Alhamdulillah berat badan pon macam da naik sikit2. Now da 55kg. Antara paling berat yang pernah dicatatkan. Hikhik~

    Belly yang malu2 nk menonjol. Hikhik~

    Utk bulan yang ke-5 ni, we all plan nk sign up for childbirth education and parenting class.. under KPJ Kajang. Kalu jadi 14 October2012 ni we all join. Tgk kat template program macam menarik je. Both untuk suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa. Tak sabar nak belajar benda2 baru :) Next week bulan ke-6 we all plan nk prepare and beli2 sikit barang baby. Sikit2 kumpul barang for last 3 months before delivery. Atleast tak da la rasa sangat duit keluar.

    Tahukan Ibu?
    Kejang pada kaki selama kehamilan trimester ke-2 dan 3, disebabkan beban tubuh yang bertambah dan memberi tekanan ekstra pada otot kaki. Bagian tubuh yang membengkak saat hamil juga menekan syaraf. Ini akan lebih parah lagi bila Ibu kekurangan kalsium dalam darah, dehidrasi, atau tidak aktif bergerak dalam jangka waktu lama. 













    Tapi orang2 cakap perot macam agak kecik utk kandungan 5 bulan. Hurmm.. Maybe this is my first time pregnant kot. So perot pon tak banyak ruang yang berkembang lagi. Badan pon agak kurus kot time pregnant kali ni. Cuma perot je boncit sikit and maybe sebab tu orang tak perasan sangat. Tapi apa2 pon baby berkembang dengan baik dalam perot ni...


    Lately selalu sangat rasa movement baby dalam perot. Tak tau cane nak gambarkan. Macam rasa butterfly poking2 dalam perut. Lebih2 lagi time tgk game MU vs Liverpool semalam. Asik gerak2 je tak nak stop. Isk2.. Baby da mula tunjuk minat football agaknya. Hihihih~ Nikmat nya rasa  :) :) :) 



    Pregnancy journey is totally awesome !

    Moga tuhan melindungi anak ini,,
    Amin ~~~

    *******************************