Showing posts with label Doa ku.... Show all posts
Showing posts with label Doa ku.... Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Tips Senang Bersalin

Tiba2 hari ni terfikir sesuatu....

Now da masok 8 bulan. Dalam sebulan setengah lagi insyaallah keluarlah baby dalam perut ni. And tetibe terfikir tentang bersalin. Wooohhh... Nebess nye... ~~~

Dari awal2 ni baik study2 sikit perkara yang patot buat untuk persediaan bersalin nt. So tak da la nt menggelabah semacam. Hikhik~

Tips2 dibawah ni hope dapat membantu :)
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. But sy mmg tak suke makan telur separuh masak. So xsure nak makan ke x. heee~
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. And again, i won't! kembang tekak... hahaha~!
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan dia yunus erta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. Orang cakap time 32 minggu da bole start minum da. Nt baby kluar bersih je :)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)
Tadi g beli barang set bersalin kat Mum Dreams @ Bangi. Kat situ terjumpa air syifa' (air selusuh) and terus je beli. Mmg da lama da nk cari air selusuh ni. Alhamdulillah jumpa jugak :)


Actually air selusuh ni bole dibuat sendiri oleh suami. Air selusuh mmg dikenali dikalangan masyarakat melayu kte apabila tima saat2 hampir bersalin. Air yg didoakan itu boleh dibaca sendiri oleh suami ataupun pengamal perubatan. Berkat bacaan doa serta ikhtiar, isteri yg akan melahirkan anak dipermudahkan urusan kelahirannya... Insyallah...

BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’


3. Al-Hasyr : 21-24


4. Doa Selusuh

Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".

5. Doa Pemudah
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.

****************************************

Thursday, December 6, 2012

Doa Ibu Bersalin

Doa tatkala ingin bersalin/sedang bersalin...

ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﺍﻟﺤﻟﻴﻢ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺮﺐ ﺍﻟﻌﺮﺶ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺮﺐ ﺍﻟﺴﻤﻭﺍﺖ ﻭﺍﻻﺍﺭﺽ ﻭﺮﺐ ﺍﻟﻌﺭﺶ ﺍﻟﻌﻈﻴﻡ

“Laaa Ilaaha Illallaahul ‘Azhiimul Haliimu Laaa Ilaaha Illallaahu Robbul ‘Arsyil ‘Azhiimi Laaa Ilaaha Illallaahu Robbus Samaawaati Wal Ardhi Wa Robbul ‘Arsyil Kariimi“


Ertinya:
“Tidak ada Tuhan melainkan Allaah yang Maha Besar lagi Maha Penyantun, tidak ada Tuhan melainkan Allaah Robb ‘Arsy yang Agung, tiada Tuhan melainkan Allaah Robb langit dan bumi dan Robb ‘Arsy yang Mulia “.

Keterangan:
Tatkala menghadapi proses lahiran atau persalinan perbanyaklah membaca doa di atas. Semoga Allaah Subhaanahu Wa Ta’aala memberikan kemudahan di dalam kelahirannya.

**************************************

Wednesday, August 29, 2012

4 bulan dan ditiup kan ROH

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hamil atau mengandung tentu sekali menambahkan kasih sayang antara suami isteri kan..Persediaan untuk saya dan kawan-kawan bila kita hamil nanti..heee..

Ibu mengandung perlu banyak bersabar dan di samping itu mengamalkan surah2 dan pemakanan yang baik untuk kesihatan diri dan bakal anak mereka.Para suami pula haruslah bersabar dengan kerenah isteri kerana kadang-kadang alah mereka menjadi-jadi.


Doa dan amalan di bawah baik untuk Ibu yang hamil..

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya. 
 
**********************************
 

Monday, December 20, 2010

Doa utk kamoo~


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... 

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... 

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin.