Showing posts with label Farra. Show all posts
Showing posts with label Farra. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Busy! Tak sempat berblog~

Hmmm...

Memang lately busy memanjang----- Dekat opis busy, balik umah pon busy.

Kat opis got new JD and attached to new department, yang mana mmg I punye 'forte'. Alhamdulillah. I really enjoy my job even seriously mmg agak busy. Maybe untuk sesuai kan dengan kerja baru agak mengambil masa. Tape pelan2 kayoh.. Insyaallah everything gonna be okay... soon~

Kat rumah pulak busy melayan anak. Noah pon now da 9 bulan lebih. Of coz makin lasak. And makin sedap nk buat2 main. Seronoknye.. MOTHERHOOD --- The most enjoyable moment. Sangat2!!!

Cannot describe, how the feeling... bile balik kerja penat2, pening2, rasa nk muntah... Tapi bile sampai rumah tgk muke anak sendiri, automatic. Tuuppp! Hilang sume rasa pening ke, rasa nk muntah ke rasa nk marah ke... Hilang! Memang betol orang cakap, anak penawar segalanya. Terapi dunia yang paling mujarab. TERBUKTI :) :) :)

Busy2 sy pon, tetap ENJOY!

GEMBIRA :)


**************************************

Friday, August 2, 2013

Membesar Sekelip Mata

Tak sangka ------
 
Sekarang.. Bulan 8...
 
Noah da masok 7 bulan!!!
 
Eksited nye mommy anak da besar... Sekejap je masa berlalu ~
 
Macam2 da selama 7 bulan ni bersama anak. Seriously, life become more lively, meaningful sangat!Seronok tak terkata once da menjadi seorang mommy ni kan :)
 
Now Noah da pandai menyiarap. Tapi sangat malas sebab badan berat mungkin. Dan of coz tak mengensot lg. Tape la nak, slow2. Mommy tak paksa pon. Asalkan Noah happy :)
 
Also, Noah da mula try solid food. Mommy masak tiap2 hari and menu lain2 everyday, siap ada resepi ok! 1st mommy introduce fruit puree and Noah sangat2 fav. After 2 weeks da pandai makan, mommy buatkan bubur sayor + salmon/ayam. Pon Noah fav. Ternyata Noah mmg tak cerewet makan macam daddy. Alhamdulillah :)
 
------------------------------------------------------
 
7 hari lagi da nak raya. This year jatuh turn kampung mommy. Last year da selamat beraya rumah daddy. Tape.. Dulu berdua je.. Seronok. Tp this year bertiga berpuluh ratus ganda seronok. Plus raya kampung mommy berjuta ganda seronok. Hihihih~~
 
FYI, Noah punye baju raya hampir 10 pasang termasok baju tido raya hokeeyy! Hahaha~ Mommy and daddy punye dua tiga je la sb abeh sume Noah amik banyak portion. Hamboiiihh!

------------------------------------------------------
 
Semalam shoot gambar Noah. Sebab nk print and gantung kat dinding. Maklumlah.. nk raya kan..
 
Hehee~
 













p/s: Tapi dalam hati mommy cakap "Noah, please dont grow fast. Mommy tak puas lagi nk  main gomol.2.. ~" :b
 
 
**********************************
 



Tuesday, February 14, 2012

Mrs Farrahin - After 2 months

After 2 months… Im a wife to Mr Hirwan. Nothing to say because it was absolutely happy together. Tak ada apa yg berubah sangat.. Cuma hubby agak chubby sedikit kerana kuantiti makanannya semakin bertambah.  Dan sy juga badan sy semakin berat. Kalu ikotkan timbang cume naik 1.5 kilo je tapi rasa macam naik 15kilo. Huhu~ Now pakai heals pon macam nk tenggelam je rasa tumit tu. Kaki rasa macam berat sangat.. Apaaa da jadiiiii??? Huhu!!!!
Orang selalu tanye da berisi ke perot tu… Mmg perot sy berisi lemak2 sb tu BamBam cam gini… Hikhik~ Isi yang lain tu belom lagi..  Masih lagi diusahakan. J J J
Teringat lagi masa first2 kawen ari tu. Demam 1 badan lepas majlis sanding selesai. Ntah kenapa ntah. Orang cakap demam terkejut la demam pengantin la.. Haiii.. Ntah tak taw nk cakap cane.. Rasanya sb penat sangat kot. Ye la, tak 2 3 hari tido pulul 4 pg uruskan kenduri kahwin. Badan penat tak cukup rehat so last2 demam…
Lately rasa macam tak sihat je badan ni, perot tak sedap, kadang2 sakit kepala, lenguh kaki, flu tu jangan cakap la kan..memang teruk. Last time balik kg husband pon ibu tegur muka pucat and nampak letih. I don’t know… Maybe letih or sy masih lg mengalami perubahan hormon selepas berkahwin. Macam2 la hal kan cerita orang kahwin. So, solutionnya sy ambil multivitamin utk mengembalikan tenaga dan membaikpulih hormon2 dalam badan sy ini…  hihi~

**********************

Tuesday, December 27, 2011

Just Married

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri kepada Mohd Hirwan Dzahiruddin ♥ ♥ ♥



Banyak story2 sepanjang majlis... Moment yang tak mungkin dapat lupa sampai bila-bila :) :) :) 

Special thanks to parents, parents in law and family kerana banyak tolong dalam menjayakan majlis kami... Mmg penat kerja2 kahwin ni... Sampai pengantin pon demam lepas kahwin... Hikhik~~~

Seriously, mmg lega sangat lepas kahwin ni... Tenang hati, tenang jiwa.... Ada husband kat sini yang selalu ada di sisi utk support dan menjadi peneman. Moga tuhan memberkati hubungan kami bahagia dunia akhirat... Aminnnnn~~~

Im blessed ! 
Thank you Allah for giving me a perfect life and send me a lovely husband. 

************************

Cik to Puan : Post Coming Soon~

Tanggal 9 December 2011, bersamaan 13 Muharam 1433 H, 8.40malam...

Dengan rasa besar hatinya, Saya telah pun bergelar...

PUAN NURFARRAHIN MOHD FUZI

:) :) :)

Banyak cerita2 disebalik majlis saya... Nt sy update ye.. Sejak bergelar orang baru ni agak busy and sometimes hormon bertukar2 membuatkan sy susah btol nk cari masa update post2 dalam blog ni...



Tak sabar nk update story malam ni... :) :) :)

****************************

Sunday, December 4, 2011

Everything okay here

5 hari before majlis....

Still boleh chill g tgk wayang "OMBAK RINDU", boleh jalan2 g shopping, jumpe kawan2...

Chill n Relex je pengantin ni... hihihi~
Ni disebabkan oleh kerana sy da siapkan hampir semua kerja kahwin sy awal2... No last minutes task. Cuma ada sikit2 je nk kene siap kan minggu ni... Sb tu la boleh chill2... Bukan ape la kan, tgk blogger2 bride to be kat FB... Sume cakap tension siapkan kerja masa2 terakhir menjelang hari perkahwinan. Benda ni tak siap la, terlupe beli barang ni la, tak sempat nak tempah la etc... *p/s: Mak marah kalu sy tension2 pening pk pasal kahwin*

And we all mmg avoid benda2 tu jadi kat majlis nt. So, cara yang paling baik ialah siapkan kerja kahwin awal2 and enjoy hari2 menjelang hari bahagia.. Start setahun sebelum kahwin pon lagi bagus. Duit pon da bole start kumpul awal2.. Siap kan proper budget.. Dont worry, walaupon duit banyak invest utk wedding, trust me, rezeki datang tak di sangka dalam waktu2 nk kahwin ni...

Sebulan sebelum majlis... g la spa ke, salon ke, wat manicure ke.. Ape2 je la yang bole memanjakan diri... Tak perlu nk memeningkan kepala masa2 ni... Moment2 cani sepatotnye kte nikmati.. So jangan lepas kan peluang.. Sekali seumur hidup je dapat rasa macam ni ok :) :) :) 

But kadang2 kaki ni tak le duduk diam jugak.... Ada je benda yang nk dibuat. Minggu lepas da cat dinding bilik, minggu ni macam nk membusy kan diri cat pintu pulak... Hurm... Esk nk kene cari keje lain pulak supaya nampak la sikit bz2 pengantin. HihiHihi~ 

Esok last keje... Pastu cuti panjang 3 minggu... 
HOREEEYYYYYYYY!!! 
*Tak penah rasa cuti panjang macam ni sejak 3 tahun lalu*

****************************

Tuesday, November 29, 2011

10 Hari lagi?

10 hari lagi... 10 hari lagi.. 10 hari lagi ... and still counting days...

Nervous nya... Hari tu macam lambat je lagi rasa.. Rupa2 nya minggu depan da majlis. 

Alhamdulillah, setakat hari ni sume benda da banyak yang selesai. Cuma nk kene remind vendor2 untuk majlis nt.. Kot2 la diorang terlupe ke... Untuk memudahkan sy juga, meh la sy listkan vendor2 untuk peringatan bersama...

* Wedding Planner
* Caterer
* Penari Cilik
* Photographer
* Videographer
* Projector & White Screen
* Dewan
* Henna
* Kek Kahwin
* Macaroon utk hantaran
* Goodies
* Fresh Flower
* Homestay

Mungkin ada list yg tertinggal ni sb banyak sangat. Nt da igt nk update siap2 supaya senang nk control. Tade la berserabut time wedding nt. And sume ni akan di subcon kepada adik pengantin selaku orang kuat untuk setelkan apa yang patot. 

Sememagnya sy da tak sabar2 nk cuti kahwin. Mmg amik 3 minggu direct.. Nasib baik lah kawen time akhir tahun banyak la cuti bole kumpul. Next week keje sampai ari Selasa je. Rabu da start cuti kene g spa, ambil baju pengantin, tempah fresh flower kat Alamanda etc. Hari Khamis sehari sebelum majlis akad nikah sure banyak keje menanti.... Setelkan goodies, bunga pahar etc. Malam khamis ada appointment untuk buat henna pukul 11malam. Sape2 yang nk pakai inai datang la rumah, kte buat sekali.. Hihi~ Hari Jumaat tgh hari sebelum majlis, fiancee kene arrange homestay utk family in law kat Putrajaya. Wah! Pack nye schedule next week... 

Yang penting sebelum majlis nk jaga perot dan hidung. Tak moh da makan benda2 yang boleh mendatangkan alahan. FYI, sy menghidap penyakit sinus yang paling kronik dan kalu terjadi time majlis mmg la tak le nk control. So sy berjanji akan berpantang selama seminggu utk tidak mengambil makanan2 yang boleh memudaratkan kesihatan sy...  JANJI!!!!!

Berbalik kepada story "10 hari lg", sy macam tak percaya je... Rasa macam baru semalam update blog tentang "7 months to go"... Tup Tup skang da jadi "10 days to go"... Wow! Mmg sangat serammmmm ~~~~

Moga majlis ini berjalan dengan sempurna... 
~~~Amiinnn ya rabbalalamin~~~

Friday, November 18, 2011

Diet or Lost of Appetite?

Pengantin = mesti kurus!

Itu la yang selalu orang cakap. Pengantin mesti berkait dengan kurus. So mmg sangat memberi tekanan kepada bakal pengantin untuk menguruskan badan... Nak tak nk kene la buat utk kepuasan diri sendiri. Like people said "Beauty is Pain". Mmg sakit la sikit tahan perut tp mungkin hasilnya menarik dan memuaskan hati... But still bergantung kepada pendapat masing2 la utk mengamalkan diet sebelum berkahwin.

SEBELUM DIET
Hurm.. Mmg gemok cikit

SELEPAS DIET
Tutti Frutti mmg sesuai utk orang diet.
Banyak kalsium and less fat sb yougart based.

Mmg sy pon mengalami masalah psycology yang sama. Yang mana mesti capai target kg tertentu. Ok... First thing to do... Sy target bile yang sy boleh mula kan diet. And target sy adalah selepas raya, after abis sume open house. Start2 tu mmg la payah ckit nk kene catu sume makanan. And kadang2 rasa macam risau pulak nt gastric sb cara diet yang tak betul.

Last2 find out juga cara2 yang berkesan untuk diet tp tak effect kesihatan badan. Cara2 yang sy amalkan ialah:

Breakfast: Mesti makan (atlease milo cicah dengan biskot)
Lunch: Mesti Makan (Makan berat sikit pon tape.. i.e nasi)
Dinner: Better skip meal after 7
Lain2: Minum aie kosong je... Avoid minum air berkarbonat.

Ini la cara2 diet sy. Tp sometimes ada jg terponteng diet.. Hihihi~

Tp lately ni la kan... Sebulan sebelum majlis, sy da hilang selera makan. Tak tahu kenapa.. Maybe sb sy letih memikirkan kerja2 kahwin smp tak makan pon tak pe.

Tp, based on my survey pon, bakal2 pengantin ni mmg face problem hilang selera makan hari2 menjelang perkahwinan. Biasala... Perempuan makhluk tuhan yg sangat emosi dan terlalu banyak berfikir.

Moral of the story: Jaga kesihatan. Nak jadi pengantin kene sihat.. Elakkan stress di hari perkahwinan.

*******************

Sunday, November 13, 2011

Bachelorette Rock Party

Orang2 selalu buat party bujang kat private club or private restaurant.. But for my Bachelorette party mmg lain skit.. My friends and my bos celeb bachelorette party sy kat studio...  Sambil nyanyi2, karaoke2 n jamming. Tak da la bachelorette party sangat la kan sb ada bachelor2 hantu karaoke join skali. hihi~

Since geng2 ni mmg karaoke monster, so Intan & husband (my bos aka pemilik studio) dengan baik hati nya menjadi host Bachelorette Rock Party sy bersama B2B Liana.. Thank you so much Intan ♥ ♥ ♥







FYI D'Chorus Studio mmg terbaik la. Sound system best, list lagu2 karaoke updated and music instrument pon bagus2.... Siap bole buat voice recording lagi. Excited okkkeeee! Nt nk ajak my Fiancee buat recording kat sane la... Saje mencuba hobi baru... Hihi~

Studio ni jg ada sedia kan service utk wedding event, PA systems and equipment rental. Sape2 yang berminat boleh tros contact studio owner ni k...




Location
About
Jamming, Recording, Album Production, Event Management, Equipment Rentals
Description
All our workspaces are sound proofed and acoustically treated to produce the best sound quality for your live practice or track by track recording and mixing, all at an affordable and negotiable rates to suite your budget.
Parking
Street
Email
sunnyrazak@yahoo.com
Phone
016-2850607

Come & enjoy ~!

*****************

Thursday, November 10, 2011

Im 23 and 1M to go!

Tadi saje2 view blog sendiri and tak perasan hari ni da 10 November 2011. Sebulan lagi je nk bertukar ke STATUS misteri tu. Wow... Cepat nya...


Seriously xsure ape perasaan sekarang ni... Sometime excited, kadang2 rasa sayu je bila fikirkan family, future husband etc... Ada pula kadang2 tense pk pasal kerja2 kawen ni. Banyak sangat nk diuruskan sendiri. Hurmmm...  

Tapi mmg kahwin ni mengajar seseorang utk lebih bersabar sb mmg dugaan datang bertimpa2... And lagi satu yang sy perasan dengan diri sendiri ialah sy menjadi semakin emosi lately. Sampai kadang2 tak boleh control. So sape2 yang tersilap kata, tersalah langkah tu mmg kene la... Astagfirullah.... Tuhan kuat kan hati ku...




Orang selalu cakap "Farra, awal nye kahwin..." Kenapa??? Salah ke kahwin umur 23 tahun? Im a Degree Holder and da keje almost 3 years. Emmm... Maybe diorang pk 23 tahun tu orang tengah study lagi kat U. And mungkin sy terlampau advance @ matang utk umur sy begini... Sb surrounding pon bukan dengan rakan2 sebaya... lebih kepada2 kawan2 yang senior dan secara tak langsung benda tu really2 influence. Fikiran pon da advance daripada biasa and lebih fikirkan future. Dont worry, sy da puas enjoy zaman2 muda sy..

Bak kata orang, benda yang baik jangan dilambat2kan. Takot nt jadi benda yang tak baik pulak. Bila seseorang tu kahwin kerana sunnah nabi, maka terbukalah segala pintu rezekinya. See, betapa banyak kelebihan kahwin awal... Fikiran2 kita yang sempit ni je yang membuatkan kahwin muda ni nampak terlalu susah sangat.

But for me la... kahwin ni mematangkan kte sb perkahwinan ini satu tanggungjawab. Kte da melangkah ke alam baru yang kte sendiri tentukan arahnya bersama2 suami/isteri. Let say kalau dulu tak tahu masak, insyaallah da kahwin nt kte pandai la masak dek krn rasa tangggungjawab kte tu. Percaya lah :)

Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat, Tp tu pilihan masing2 juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kte buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. Insyaallah...

*****************************


Friday, October 21, 2011

get ready colleague!



STORY BEST DI OFIS...

4 orang dlm Procurement Unit ni.... NDI (bos@mommy), FF, NLZ and FI..

Dari kiri : AHJJ (watak sampingan dalam story ni) , NLZ, FI, FF, NDI
NLZ bertunang : 5/11/2010
FF bertunang: 5/02/2011
FI:  Alhamdulillah, masih single 
(sapa yg nk masok line sila amik borang reg ngn we olls k.. Haha!)

Secara tidak sengaja dan kerana jodoh, kami telah memeningkan kepala bos kami di mana kami akan berkahwin dalam masa yg sangat dekat...

Wedding NLZ: 20/11/2011
Kad NLZ yg cute!

Wedding FF: 10/12/2011
Bukti. Ini bukan cerita rekaan semata2. haha~

Suprisingly hanya 20 hari shj yang memisahkan tarikh perkahwinan kami. So close! *Jodoh dari tuhan~*

NLZ cuti kahwin: 16/11/2011 - 4/12/2011
FF cuti kahwin: 7/12/2011 - 26/12/2011

*2 hari sahaja available utk kami menghandover kerja masing2.. Sungguh dasyat!*

Yang seronoknye, NLZ & FF telahpun mengambil keputusan utk berhanimum kat obersi lepas kenduri kahwin. Insyaallah kalu ada rezeki, mungkin kami akan kongsi asam boi bersama2.. Haha~

Dan ianya telah  menambahkan kerisauan NDI dan dye juga mengambil keputusan utk apply leave seminggu lepas FF masok keje... (Motif??? kurang dikenal pasti. hihi!)

Persoalannya, adakah kami bertiga akan bersama2 menikmati morning sickness next year?!

FI, tolong ready fizikal dan mental.

Hahahahahahah!!!!

*********************

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Dikesempatan ini nak mengucapkan Salam Aidifitri dan  moga dimaafkan salah dan silap dari hujung rambut sampai hujung kaki...


Macam2 persediakan we all da prepare utk raya ni. Baju raya dah tempah awal2 dan da siap before puasa hari tu, kuah raya da beli, shopping raya pon suda *ouh! im a shopaholic*...

Semalam sempat buat kek raya utk kirim bawa balik Ipoh. Mmg tradisi Kek Kukus Buah utk tiap2 hari raya. Hope ibu suka and bole la jamu tetamu yg datang raya nt.. hihi~ Insyaallah raya nt nk bawa family beraya kat Ipoh. Yela.. Asik orang tu je datang umah kte, now nk buat kunjungan balas pula :)

Dalam busy2 tu pon sempat jugak kangah make over pakai tudung baru raya.. Hikhik~ Kangah memang gila kan shawl. Banyak sangat sampai runtuh almari...

 ~Penggila Shawl ~


~ GAYA RAYA ~
(Ilham Hanna Tajima)





Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang ria di hari raya

*****************

Thursday, August 11, 2011

3M.4W.2D until our wedding day

3++ month to go... So near...

Nervous pula rasa.. 3 bulan da dekat sangat da.. Alhamdulillah ada juga la persiapan yang da prepare awal2. Now puasa macam nk rehat sekejap. After Ramadhan ni mmg nk kene pulun ckit la buat kerja kawen. Still ada yang pending... Hal2 jabatan agama kene kasi setel dulu. Da confirm semua tu baru la senang hati ckit. 

My opinion... untuk selamat, better you all simpan duit sikit2 atlease setahun sebelum kahwin. Banyak benda kene buat.. bukan ckit. And preparation tu pon biarlah buat awal2... Tak da la rasa duet keluar banyak sangat kalu wat preparation last minutes. And Im totally not prefer to do last minute job! Sangat leceh dan menyusahkan...

Hmmm.. dalam keghairahan nk wat preparation, actually sy menghadapi problem yang paling besar. Nak taw?  Tengok ni...


Kaki sy sudah cedera dan tak cantik lagi.... :'(

Ni semua gara2 bermaen futsal hari tu... Terel sangat sampai jadi macam ni. Rasanya da lame da benda ni jadi tapi jari ni tak elok2 pon. Nak g jumpe doctor mmg kecut perot. Nak tunggu dye baik sendiri ntah bile ntah... Sedey nye tgk kaki seniri. Nt pakai inai pon belom tentu dapat menutup celanya. Apalah nasib.... =(

*Nasihat: Jangan maen lasak sangat sebelum kawen. Ini adalah antara akibat yang anda pasti akan menyesal*

Actually banyak da yang sy belajar dalam tempoh pertunangan ni... Belajar cari duet, belajar utk adapt budaya keluarga bakal mertua, belajar kenal hati budi bakal husband, belajar terima perangai2 dye... Sometimes benda2 ni guide kte untuk ready fizikal and mental before kahwin... Buat kte lebih matang. Tp tak dinafikan banyak jugak dugaan datang. Cuba tahan dan control la semua tu... Biasalah... Orang bertunang ni kan darah manis... 

Juga jangan lupe doa moga dipermudahkan segala perkara. Insyaallah, everything will be okay...

Snap on 11 Aug 2011...
 3M.4W.2D before getting married
xOxO 
*************************************