AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
1. Banyakkan baca surah luqman, yusuf, Fatihah, yasin, surah ah- nahl:78, surah
al-araf:189 dan ayat kursi
2. Banyakkan baca doa keselamatan isteri yg
mengandung dan anak dalam kandungan.
3. Banyakkan baca alQuran
4.
Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT
5. Banyakkan puasa sunat, puasa
Isnin- Khamis dan puasa sunat lain
6. Banyakkan solat berjemaah
7.
Dilarang makan benda benda haram, memberi isteri wang haram atau hasil
riba.
8. Elakkan pergi ke tempat yg dilarang syarak
9. Rajin
menghadiri majlis ilmu dan agama
10. Suami hendaklah mengelakkan diri
dari rasa marah dan benci kepada isteri
11. Suami hendaklah banyak
bersabar dan menjaga hubungan dengan isteri
12. Hendaklah menutup
aurat.
ADAB SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG
1. Suami hendaklah
menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
2. Suami hendaklah berlaku jujur
dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam.
3. Selesaikan
dahulu perselisihan faham dengan isteri sekiranya ada sebelum masuk tidur.
4.
Jangan mudah lafazkan perkataan 'talaq'
5. Ketika isteri hampir bersalin,
suami digalakkan membaca ayat
" la illah ha illah anta subhanaka inni kuntu
minadzolimin"
6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan keselamatan
isteri dan anak.
DORONGAN SUAMI TERHADAP ISTERI SEMASA
BERSALIN
Suami yy soleh akan merasakan penderitaan isteri secara tidak
langsung. Suami harus banyak terlibat dalam penjagaan kehamilan, kelahiran dan
perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah selalu memberi motivasi agar isteri
tetap tabah dan sabar. Suami juga harus banyakkan berdoa, berselawat dan
beristighfar selalu. Dengan ini isteri akan merasa tenang dan memudahkannya
bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan kepada wanita. Dari segi
fizikal, wanita harus menampung kandungannya dan tubuhnya harus bekerja lebih
kuat dari biasa. Jantungnya mengepam darah 40% lebih dari keadaan biasa. Buah
pinggang ya pula harus membuang kekotoran dari bayinya juga dan wanita juga
mengalami perubahan emosi dari semasa ke semasa.
Waktu berpantang dan
selepas kelahiran, bayi juga akan menimbulkan tekanan jiwa dan emosi keerana dia
harus menyusu dan membersihkan bayi setiap 2-3 jam setiap malam. Suami yg baik
harus membantu menjaga Dan mengurangi beban isteri di waktu malam.
Tanggungjawab suami terhadap isteri berterusan dari mula kehamilan
sehinggalah Menjaga anak adalah Pekerjaan yg harus dibantu suami Agar isteri
merasakan kebahagiaan dan Keringanan dalam menjalankan tanggungjawab berat
itu.
TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP KELAHIRAN ANAK
1. Menanam
uri-Orang tua dahulu mEngamalkan adab menanam uri dengan baik. Mereka mencuci
dan Dan membalutnya dengan kain dan ditanam.
2. Mengazankan dan
mengqamatkan anak- Tujuannya adalah untuk mengingatkan anak terhadap
perjanjiannga dengan Tuhan di alam rohani.
3. Mendoakan anak- doa agar
anak patuh terhadap Allah: surah albaqarah: 128
Doa Diberi anak yg baik:
surah al Imran : 38
Doa diberi zurian yg menyenangkan hati : surah Furqan:
74
Doa agar anak tetap mengerjakan solat : surah Ibrahim: 40
Doa ketika
memberikan nama kepada anak.
4. Memberikan nama yg baik kepada anak. Dan
tidak memanggil anak dengan nama gelaran yg buruk.
5. Melakukan
penyembelihan akikah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Menyembelih dua ekor
kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan pada ketika
anak berusia 7 hari ( digalakkan)
6. Mengkhatankan anak.
***********************************