Wednesday, August 29, 2012

Dedicated to my Hubby / DadToBe

AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. Banyakkan baca surah luqman, yusuf, Fatihah, yasin, surah ah- nahl:78, surah al-araf:189 dan ayat kursi
2. Banyakkan baca doa keselamatan isteri yg mengandung dan anak dalam kandungan.
3. Banyakkan baca alQuran
4. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT
5. Banyakkan puasa sunat, puasa Isnin- Khamis dan puasa sunat lain
6. Banyakkan solat berjemaah
7. Dilarang makan benda benda haram, memberi isteri wang haram atau hasil riba.
8. Elakkan pergi ke tempat yg dilarang syarak
9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan agama
10. Suami hendaklah mengelakkan diri dari rasa marah dan benci kepada isteri
11. Suami hendaklah banyak bersabar dan menjaga hubungan dengan isteri
12. Hendaklah menutup aurat.



ADAB SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG

1. Suami hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
2. Suami hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam.
3. Selesaikan dahulu perselisihan faham dengan isteri sekiranya ada sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah lafazkan perkataan 'talaq'
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca ayat
" la illah ha illah anta subhanaka inni kuntu minadzolimin"
6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan keselamatan isteri dan anak.


DORONGAN SUAMI TERHADAP ISTERI SEMASA BERSALIN

Suami yy soleh akan merasakan penderitaan isteri secara tidak langsung. Suami harus banyak terlibat dalam penjagaan kehamilan, kelahiran dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah selalu memberi motivasi agar isteri tetap tabah dan sabar. Suami juga harus banyakkan berdoa, berselawat dan beristighfar selalu. Dengan ini isteri akan merasa tenang dan memudahkannya bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan kepada wanita. Dari segi fizikal, wanita harus menampung kandungannya dan tubuhnya harus bekerja lebih kuat dari biasa. Jantungnya mengepam darah 40% lebih dari keadaan biasa. Buah pinggang ya pula harus membuang kekotoran dari bayinya juga dan wanita juga mengalami perubahan emosi dari semasa ke semasa.

Waktu berpantang dan selepas kelahiran, bayi juga akan menimbulkan tekanan jiwa dan emosi keerana dia harus menyusu dan membersihkan bayi setiap 2-3 jam setiap malam. Suami yg baik harus membantu menjaga Dan mengurangi beban isteri di waktu malam.

Tanggungjawab suami terhadap isteri berterusan dari mula kehamilan sehinggalah Menjaga anak adalah Pekerjaan yg harus dibantu suami Agar isteri merasakan kebahagiaan dan Keringanan dalam menjalankan tanggungjawab berat itu.


TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP KELAHIRAN ANAK

1. Menanam uri-Orang tua dahulu mEngamalkan adab menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan Dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

2. Mengazankan dan mengqamatkan anak- Tujuannya adalah untuk mengingatkan anak terhadap perjanjiannga dengan Tuhan di alam rohani.

3. Mendoakan anak- doa agar anak patuh terhadap Allah: surah albaqarah: 128
Doa Diberi anak yg baik: surah al Imran : 38
Doa diberi zurian yg menyenangkan hati : surah Furqan: 74
Doa agar anak tetap mengerjakan solat : surah Ibrahim: 40
Doa ketika memberikan nama kepada anak.

4. Memberikan nama yg baik kepada anak. Dan tidak memanggil anak dengan nama gelaran yg buruk.

5. Melakukan penyembelihan akikah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan pada ketika anak berusia 7 hari ( digalakkan)

6. Mengkhatankan anak.

***********************************


1 comments:

Hirwan Dzahiruddin said...

Hehehe baeklah!~ :D

Post a Comment