Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Bridal Pampering

Hobi masa lapang sy mmg suke g spa and massage. Lebih2 lagi ada groupon mmg lg bukan main sy memborong voucher spa. But mostly spa yang sy pg buat ala2 moden and reflexology massage. Best tu mmg la best, tp since da nak kawen ni nk jg try massage kat spa traditional, yang amalkan massage treatment ala2 kampung. Bukan ape la kan, da nk kawen ni kene la tahu pantang larang and cara penjagaan kesihatan dalaman. Kalau g spa moden diorang just offer massage and xbole nk consult kte macam2 utk pengantin.

Banyak jg survey tentang bridal spa ni. Sampai penuh list dalam blog ni. As all know la kan, bridal spa package ni mmg mahal. Average dalam RM350-RM600 for full package. Kalau tak pilih betul2 mmg sia-sia la duit tu.. And badan pon at last tak dapat benefit apa2 pon. 

Mmg susah nk cari spa yg btol2 traditional. Nk cari tu pon mmg la ambil masa... Last2 dapat jg cari satu bridal spa kat Seri Kembangan yang offer exactly ape yang saya nk... FULL TRADITIONAL SPA TREATMENT. >>>>>>>>>> ROSES BEAUTY & SPA

First time datang just nk visit je. After brief by Yaya (spa owner), last2 we all decide utk ambil 2 package.. 1 utk lelaki and 1 package lengkap untuk perempuan. For treatment we all buat 3 kali session. 

Petang tadi we all da g spa utk 1 session (full body massage, scrub and sauna). Mmg best sangat pampering treatment by Roses Beauty Spa. Mmg sesuai sangat untuk bakal2 pengantin. Seriously and very recommended. 5 star! Tip Top Service. 

And another info yang bole di share, if kte nk wat bridal spa treatment, kurangkan sikit rasa malu tu. Bia je tukang urut buat kerja dia. Diorang buat tu pon untuk cantik kte, memperbaikkan kesihatan dalaman kte. Sometime effect tu tak da la bole dapat tgk immediately. Sebab tu kene buat session by session.

Benda yang paling best kat spa ni ialah diorang kasi FREE CONSULTATION. Maklumlah, lifestyle orang skang ni moden sangat. Kadang2 sedar tak sedar da terlanggar pantang larang bakal2 pengantin... Seriously kat sini diorang mmg banyak kasi petua2 (khas utk husband&wife)... Banyak sangat dapat info dan baru we all tau betapa pentingnya jaga badan dan dalaman. 

Based on my experience, this spa is highly recommended. To all B2B please prepare your self and body before getting married. Belajar cara2 utk mengekalkan kebahagian berumah tangga. Banyak cara boleh dibuat dan salah satunya dgn buat massage dan mengamalkan jamu. Spa ni menaikkan motivasi sy utk kembali makan jamu. Kalu dulu tak berapa nk disiplin sekarang insyaallah bole amalkan. 

Sebaik2nya bakal pengantin kene mula g spa atleast 3 bulan sebelum kahwin. Tp we all ni sempat sebulan je sb bz sangat. Hihi~ 

ROSES BEAUTY & SPA

Contact:
No 7-1 Jalan Equine 9B
Taman Equine, Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Sel
Phone: 03-8942 7891 / 012-646 0210
Email: rosesbeautyspa@gmail.com






**********************************

Saturday, August 6, 2011

Aromatherapy Massage



Ni baru balik dari buat spa and body massage kat SK... Rasa fresh sangat badan2 ni.. Actually hari tu ada bli vocher kat Groupon untuk package spa and aromatherapy massage ni. Mmg murah and berbaloi sangat if beli online voucher. So nasihat kepada bride to be, better u all subscribe online voucher like Groupsmore , Milkadeal , Dealmates , and macam2 lagi... Seriously boleh dapat banyak discount utk beauty&health etc. 


For today package, sy ambil full body aromatherapy massage, ginger back scrub and ginger back mud rub.  Really pampering my body. Tempat dye pon cantik and rasa relex sangat dengan deco lilin and bau aromatherapy. Massage dye pon sedap... rasa ringan sangat badan :) :) :) 


Last time ada jugak buat massage kat Bandung. But amik hotel room service. Tapi massage kali ni lg best dari kat Indon. Maybe kalau nak massage kat Indonesia better g Bali je... kat Bandung ke Jakarta ke sume tak best and maybe kepakarannye ada kat Bali je... Hmm.. maybe~

Orang selalu cakap untuk bakal pengantin elok buat spa massage atlease once a month, 6-3 bulan sebelum kahwin. Tujuannya untuk tambahkan tenaga dalam badan dan for inner health... 

So selalu2 la visit groupon untuk dapat kan voucher kupon murah... :)

********************************


Tuesday, July 26, 2011

Face Threading

FACE THREADING... 
Hmmmm.. Apa sebenarnya?



Actually sy tataw pon pasal face treading ni... Baru2 ni ada borak2 dengan my colleague kat opis tentang bridal beauty treatment. So diorang pon cerita la macam2 sampai masok story pasal Face Threading ni... and baru la sy dapat jawapannya... 

Menurut my friends (yang sudah berkahwin dan berpengalaman mengunakan khidmat face threading), this service is actually hair removal technique yang menggunakan benang. Traditionally, treading ni dibuat seluruh muka.. include upper lips, chin, eyebrows, sideburns and cheeks.  For those yang tak tahu, treading ni berasal daripada Middle East and India yang mana practice ni sangat effective utk maintain natural look and menambah seri pengantin. Plus, teknik threading ni pon tak da sakit sebab diorang just gunakan benang je utk buang bulu2 kat muka kte ni.. 

Tahukah anda, kenapa pengantin still cantik dan berseri walaupon da remove makeup? Ini adalah kerana ada antara pengantin2 ni menggunakan teknik threading ni la.. Sb tu make up muke nampak fair sangat and even da remove make up pon still nampak seri and fresh. Seriously mmg nampak beza sangat after buat teknik ni...

But, untuk bakal pengantin better buat seminggu or 3-4 hari sebelum majlis. Ini adalah kerana 1st - 2nd day kte akan rasa muke kte bengkak (sebenarnye tak pon) and tak selesa. So amik la masa dalam seminggu utk rasa selesa dengan muke anda... 

And kalu nk buat teknik threading ni pon adalah dinasihatkan buat kat salon India... Sb teknik ni datang dari sane and diorang mmg sangat terel dengan benda ni. Jangan takot. Semamangnye anda akan puas hati after tengok hasil di muka anda nt.

Ok. Selamat menCUBA dan menCANTIK! :) :) :) 

*******************************