Showing posts with label Updates. Show all posts
Showing posts with label Updates. Show all posts

Friday, May 17, 2013

How time flies ...

Lama nye tak update blog. Ni sume sb tak da masa jaga baby. Asik nk melekat je.. Heeee~

Now Noah da 4 bulan setengah. Rasa macam baru je dia lahir. Semakin lama semakin membesar, semakin lama semakin bijak. Itu lah Noah anak mommy :)

Teringat laggi dulu2 Noah kene warded almost seminggu sebab ada lung infection masa lahir. Pastu kene tahan lagi sebab jaundice. Continue buat treatment kat rumah sampai ten skin Noah. Masa jaundice macam kurus sikit badan sebab kurang minum susu. Pity Noah... :(

Pastu masok je 2 bulan lepas cukur jambol terus badan Noah naik bam bam kemain. Yang buat orang rasa nak gigit :b

Last time timbang check up 4 bulan berat Noah da 6.2kg. So within the line and sihat. Alhamdulillah :) 

Tapi problem Noah ialah flu yang selalu je datang attact. 1st time kene flu time Noah 2 bulan. Flu and batuk sikit je. Pastu masok 3 bulan start kene demam with flu and cough. Masa ni teruk sikit la sebab ada kahak. Risau sangat sebab takot kahak masok kat lung. Then google dapat petua sapu vicks kat dada and belakang badan and tepuk2 belakang... seriously berkesan. Lepas susu je try tepuk2 belakang badan Noah and terus muntah kahak yg banyak... Adalah sebanyak setadah tangan. Finally mommy did it! Horeeeyyy~~~

Latest, Noah demam lepas kene cucuk 4 bulan. Sekejap je demam tapi flu dtg balik and lambat je nak baik. Hari tu baru nk sembuh kene attact balik. Tapi tak da la seteruk last time sebab mommy da ada experience da nk handle. Alhamdulillah mommy banyak belajar :)

Now Noah da makin lasak. Suke sangat tgk cartoon. Melopong je kalu letak depan TV. Dan macam biasa la... Noah still mahal dengan senyuman. Kalu nampak camera je muke terus berubah jadi serious. Sampai kecik2 mulut memuncung tak nak senyum. Ntah kenapa.. Hehehe~

Noah da pandai mengiring ke tepi dengan sendiri and intend utk menyiarap tetapi apakan daya badan berat... Hehehe~ Tape usaha lg Noah. Tunjuk kehebatan ye anak :)

Noah: 2 - 4 months growth







Love, 
Mommy
xoxo

****************************************

Sunday, December 4, 2011

Everything okay here

5 hari before majlis....

Still boleh chill g tgk wayang "OMBAK RINDU", boleh jalan2 g shopping, jumpe kawan2...

Chill n Relex je pengantin ni... hihihi~
Ni disebabkan oleh kerana sy da siapkan hampir semua kerja kahwin sy awal2... No last minutes task. Cuma ada sikit2 je nk kene siap kan minggu ni... Sb tu la boleh chill2... Bukan ape la kan, tgk blogger2 bride to be kat FB... Sume cakap tension siapkan kerja masa2 terakhir menjelang hari perkahwinan. Benda ni tak siap la, terlupe beli barang ni la, tak sempat nak tempah la etc... *p/s: Mak marah kalu sy tension2 pening pk pasal kahwin*

And we all mmg avoid benda2 tu jadi kat majlis nt. So, cara yang paling baik ialah siapkan kerja kahwin awal2 and enjoy hari2 menjelang hari bahagia.. Start setahun sebelum kahwin pon lagi bagus. Duit pon da bole start kumpul awal2.. Siap kan proper budget.. Dont worry, walaupon duit banyak invest utk wedding, trust me, rezeki datang tak di sangka dalam waktu2 nk kahwin ni...

Sebulan sebelum majlis... g la spa ke, salon ke, wat manicure ke.. Ape2 je la yang bole memanjakan diri... Tak perlu nk memeningkan kepala masa2 ni... Moment2 cani sepatotnye kte nikmati.. So jangan lepas kan peluang.. Sekali seumur hidup je dapat rasa macam ni ok :) :) :) 

But kadang2 kaki ni tak le duduk diam jugak.... Ada je benda yang nk dibuat. Minggu lepas da cat dinding bilik, minggu ni macam nk membusy kan diri cat pintu pulak... Hurm... Esk nk kene cari keje lain pulak supaya nampak la sikit bz2 pengantin. HihiHihi~ 

Esok last keje... Pastu cuti panjang 3 minggu... 
HOREEEYYYYYYYY!!! 
*Tak penah rasa cuti panjang macam ni sejak 3 tahun lalu*

****************************

Tuesday, November 29, 2011

10 Hari lagi?

10 hari lagi... 10 hari lagi.. 10 hari lagi ... and still counting days...

Nervous nya... Hari tu macam lambat je lagi rasa.. Rupa2 nya minggu depan da majlis. 

Alhamdulillah, setakat hari ni sume benda da banyak yang selesai. Cuma nk kene remind vendor2 untuk majlis nt.. Kot2 la diorang terlupe ke... Untuk memudahkan sy juga, meh la sy listkan vendor2 untuk peringatan bersama...

* Wedding Planner
* Caterer
* Penari Cilik
* Photographer
* Videographer
* Projector & White Screen
* Dewan
* Henna
* Kek Kahwin
* Macaroon utk hantaran
* Goodies
* Fresh Flower
* Homestay

Mungkin ada list yg tertinggal ni sb banyak sangat. Nt da igt nk update siap2 supaya senang nk control. Tade la berserabut time wedding nt. And sume ni akan di subcon kepada adik pengantin selaku orang kuat untuk setelkan apa yang patot. 

Sememagnya sy da tak sabar2 nk cuti kahwin. Mmg amik 3 minggu direct.. Nasib baik lah kawen time akhir tahun banyak la cuti bole kumpul. Next week keje sampai ari Selasa je. Rabu da start cuti kene g spa, ambil baju pengantin, tempah fresh flower kat Alamanda etc. Hari Khamis sehari sebelum majlis akad nikah sure banyak keje menanti.... Setelkan goodies, bunga pahar etc. Malam khamis ada appointment untuk buat henna pukul 11malam. Sape2 yang nk pakai inai datang la rumah, kte buat sekali.. Hihi~ Hari Jumaat tgh hari sebelum majlis, fiancee kene arrange homestay utk family in law kat Putrajaya. Wah! Pack nye schedule next week... 

Yang penting sebelum majlis nk jaga perot dan hidung. Tak moh da makan benda2 yang boleh mendatangkan alahan. FYI, sy menghidap penyakit sinus yang paling kronik dan kalu terjadi time majlis mmg la tak le nk control. So sy berjanji akan berpantang selama seminggu utk tidak mengambil makanan2 yang boleh memudaratkan kesihatan sy...  JANJI!!!!!

Berbalik kepada story "10 hari lg", sy macam tak percaya je... Rasa macam baru semalam update blog tentang "7 months to go"... Tup Tup skang da jadi "10 days to go"... Wow! Mmg sangat serammmmm ~~~~

Moga majlis ini berjalan dengan sempurna... 
~~~Amiinnn ya rabbalalamin~~~

Thursday, November 10, 2011

Im 23 and 1M to go!

Tadi saje2 view blog sendiri and tak perasan hari ni da 10 November 2011. Sebulan lagi je nk bertukar ke STATUS misteri tu. Wow... Cepat nya...


Seriously xsure ape perasaan sekarang ni... Sometime excited, kadang2 rasa sayu je bila fikirkan family, future husband etc... Ada pula kadang2 tense pk pasal kerja2 kawen ni. Banyak sangat nk diuruskan sendiri. Hurmmm...  

Tapi mmg kahwin ni mengajar seseorang utk lebih bersabar sb mmg dugaan datang bertimpa2... And lagi satu yang sy perasan dengan diri sendiri ialah sy menjadi semakin emosi lately. Sampai kadang2 tak boleh control. So sape2 yang tersilap kata, tersalah langkah tu mmg kene la... Astagfirullah.... Tuhan kuat kan hati ku...




Orang selalu cakap "Farra, awal nye kahwin..." Kenapa??? Salah ke kahwin umur 23 tahun? Im a Degree Holder and da keje almost 3 years. Emmm... Maybe diorang pk 23 tahun tu orang tengah study lagi kat U. And mungkin sy terlampau advance @ matang utk umur sy begini... Sb surrounding pon bukan dengan rakan2 sebaya... lebih kepada2 kawan2 yang senior dan secara tak langsung benda tu really2 influence. Fikiran pon da advance daripada biasa and lebih fikirkan future. Dont worry, sy da puas enjoy zaman2 muda sy..

Bak kata orang, benda yang baik jangan dilambat2kan. Takot nt jadi benda yang tak baik pulak. Bila seseorang tu kahwin kerana sunnah nabi, maka terbukalah segala pintu rezekinya. See, betapa banyak kelebihan kahwin awal... Fikiran2 kita yang sempit ni je yang membuatkan kahwin muda ni nampak terlalu susah sangat.

But for me la... kahwin ni mematangkan kte sb perkahwinan ini satu tanggungjawab. Kte da melangkah ke alam baru yang kte sendiri tentukan arahnya bersama2 suami/isteri. Let say kalau dulu tak tahu masak, insyaallah da kahwin nt kte pandai la masak dek krn rasa tangggungjawab kte tu. Percaya lah :)

Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat, Tp tu pilihan masing2 juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kte buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. Insyaallah...

*****************************


Thursday, August 11, 2011

3M.4W.2D until our wedding day

3++ month to go... So near...

Nervous pula rasa.. 3 bulan da dekat sangat da.. Alhamdulillah ada juga la persiapan yang da prepare awal2. Now puasa macam nk rehat sekejap. After Ramadhan ni mmg nk kene pulun ckit la buat kerja kawen. Still ada yang pending... Hal2 jabatan agama kene kasi setel dulu. Da confirm semua tu baru la senang hati ckit. 

My opinion... untuk selamat, better you all simpan duit sikit2 atlease setahun sebelum kahwin. Banyak benda kene buat.. bukan ckit. And preparation tu pon biarlah buat awal2... Tak da la rasa duet keluar banyak sangat kalu wat preparation last minutes. And Im totally not prefer to do last minute job! Sangat leceh dan menyusahkan...

Hmmm.. dalam keghairahan nk wat preparation, actually sy menghadapi problem yang paling besar. Nak taw?  Tengok ni...


Kaki sy sudah cedera dan tak cantik lagi.... :'(

Ni semua gara2 bermaen futsal hari tu... Terel sangat sampai jadi macam ni. Rasanya da lame da benda ni jadi tapi jari ni tak elok2 pon. Nak g jumpe doctor mmg kecut perot. Nak tunggu dye baik sendiri ntah bile ntah... Sedey nye tgk kaki seniri. Nt pakai inai pon belom tentu dapat menutup celanya. Apalah nasib.... =(

*Nasihat: Jangan maen lasak sangat sebelum kawen. Ini adalah antara akibat yang anda pasti akan menyesal*

Actually banyak da yang sy belajar dalam tempoh pertunangan ni... Belajar cari duet, belajar utk adapt budaya keluarga bakal mertua, belajar kenal hati budi bakal husband, belajar terima perangai2 dye... Sometimes benda2 ni guide kte untuk ready fizikal and mental before kahwin... Buat kte lebih matang. Tp tak dinafikan banyak jugak dugaan datang. Cuba tahan dan control la semua tu... Biasalah... Orang bertunang ni kan darah manis... 

Juga jangan lupe doa moga dipermudahkan segala perkara. Insyaallah, everything will be okay...

Snap on 11 Aug 2011...
 3M.4W.2D before getting married
xOxO 
*************************************