Monday, August 6, 2012

2nd Check Up

Hari ni ada appointment dengan Doc Razliza, KPJ Kajang untuk 2nd check up. Tiap kali jumpe doctor mesti neves... Automatic dada berdegup kencang. Doc check BP pon agak tinggi sb takot punye pasal. First check up ari tu tinggi, check up hari ni pon tinggi. Hikhik~

So, untuk hari ni, sy adalah patient yang pertama jumpe doctor. Mood doc pon baik je pagi2 ni.. Senang nk discuss and tenang la sikit hati ni.. 

Blood pressure agak tinggi, berat badan turun dari 54kg (first check up) jadi 51kg.. Drop banyak jugak la.. Tanye jugak doc tentang berat badan ni and dia cakap normal utk awal2 trimaster, maybe disebabkan sickness etc. 2nd trimaster insyallaah akan kembali normal... Klau doc sendiri yang cakap normal okay la tak da la risau lg =)

Hari ni happy sangat sebab dapat tgk baby dalam perot. Surprisingly baby growth perfectly. Time doc wat scan, baby gerak2 kan tangan dia ke atas ke bawah. Doc cakap baby lambai2 kat mommy and daddy... Wahhh... So cute kecik2 da pandai babai2 orang ye.. Hikhik~ Teruja sangat tgk baby gerak2 aktif.. Dapat tgk dia angkat tangan sampai kepala. Gerak2 kan tangan tak nk berenti.. Pusing2 dalam perot and tendang2 tiap kali doc buat scan.. Kelaka la baby ni.. =D Alhamdulillah baby dalam perot berkembang dengan baik. Tak sangka plak dalam masa 13 minggu da nampak perkembangan baby. 

13 weeks pregnancy
Doc da suruh ambil multivitamin utk tambahkan nutrition baby.

Ada 2 jenis:
1)  Calcium Lactate
2)  Iberate Folic

Both utk bantu perkembangan baby.. Utk tambahkan kalsium dan Iberate Folic plak utk tambah asid folic & iron. Selalu dengar ibu mengandung ambil Obimin. Tak sure nape doc tak kasi obimin lg. Maybe next check up kot baru kasi...



Hari ni charge check up lg murah dari hari tu. First checkup kene charge RM150 utk asid folic and scan procedure shj. Tapi hari ni murah je RM142.10 siap dapat 2 jenis multivitamin. Tgk kat resit, charge consultancy and procedure jadi murah.. Maybe sebab ni second visit so hospital charge murah sikit.


So happy today and bole tido lena malam ni... =)

Good Niiiiiiiggght zzzz..ZzzzZZZZzzzz

**********************************


Thursday, August 2, 2012

Morning Sickness

Lately, bukan main teruk lagi morning sickness. Pagi2 nk g keje je pening kepala, rasa loya and tak  selesa sangat, petang kadang2 da ok sikit. Of coz la dalam keadaan macam tu mood jadi swing. Kebetulan pulak skang ni bulan puasa lg bertambah2 rasa loya nk muntah tu. Xlarat nk buka puasa still rasa xda selera makan pon sebenarnya.. So puasa je la sampai petang...

Berat makin lama makin turun sb xda slera disebabkan sickness ni la.. Mungkin akan terus berlarutan sampai bulan ke-4..

So maybe bole try cara kat bawah ni utk kurangkan rasa sickness..

Cara mengatasi alahan

Makanan
  1. Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  8. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  1. Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  2. Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  3. Berat badan anda menurun dengan banyak.
  4. Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  5. Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  6. Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius

***************************** 

Tuesday, July 31, 2012

Weight Lost @ 1st Trimaster

Hari ni masok 12 minggu @ 3 bulan kandungan.. Alhamdulillah :)

Selama hampir 10 hari puasa tak da 1 hari pon yg tertinggal. Semuanya dapat disempurnakan dengan baik. Alhamdulillah..

But lately, selera makan semakin lama semakin kurang. Buka puasa pon makan sikit sangat nasi.. Kadang2 kuih2 yang hubby beli pon langsung tak berusik sb rasa loya. Tgk lauk pauk pon da tak da nafsu. Selera mmg da lost langsung.. Lepas tu pulak kalu makan je mesti muntah. Mmg pon selalu buka puasa ni banyak minum air.. Maybe tu yang buat loya dan muntah :(

Tadi saje2 je la nk test timbang berat. Know what?! I lost my 3kg weight! OMG!

Berat badan normal before pregnant: 50kg
Berat badan masa kandungan 8 minggu: 54kg
Berat badan masa kandungan 12 minggu: 51kg



Mmg sangat sedeh tgk berat badan drop sampai 3kg. Kecian baby... Harap2 la cukup nutrien baby dalam perot ni... 

Actually sy tak ambil pon susu Anmum (or apa2 susu ibu mengandung) time pregnancy kali ni. Sb nye mmg tak bole nk telan susu Anmum tu. Sb tak sedap langsung! Tak bole masok tekak. So minum je la susu Dutch Lady low fat dengan harapan dapat membekalkan nutrisi yang baby perlukan. 

Lagi satu faktor2 yang menyebabkan sy lost weight ni mesti sb stress sangat dengan kerja. Ye la, patot masa puasa2 ni keje tak da la heavy sangat. Ni tak, masa puasa2 ni la kerja nk melambak2. Tambah plak colleague da nak deliver baby so sume kerja da kene handover. Keje sendiri pon tak cukup tangan tambah plak dengan kerja2 yg dihandover tu mmg buat sy btol2 stress. Pastu plak tu kene mengadap orang2 yang suke sangat treat things urgent, yg tak reti plan kerja awal2. Tu yang paling buat marah! And skang ni pantang betol kalu orang datang kat meja tanye benda2 yg bukan2.. Hey! Igt aku ni kaunter pertanyaan ker? Hangin betol!

And kalu nk taw sepanjang Ramadhan ni jarang la nk dapat rest tengah2 hari sb kerja tak henti2 datang. Risau jugak sb badan mmg penat, perut pon lapar... Malam2 pon pukol 9 da tidur sb da terlampau penat. Harap2 tak mengganggu kandungan la disebabkan stress kerja ni.

Next week kene g checkup so nak make sure badan fit balik. Maybe cara2 ni bole tolong utk merawat rasa mual:
  • Hindari makanan berbau tajam, asap rokok dan wangian
  • Dapatkan bantuan supplement tambahan yg membantu mengurangkan rasa mual dan muntah
  • Makan makanan yang mampu ditelan kerongkong
  • Elakkan terus berbaring setelah makan
  • Elak minum air ketika makan
  • Banyak berehat daripada bergerak

Reference peningkalan berat badan sepanjang kehamilan:

Trimester
Pertambahan berat (kg)
Pertama (Bulan 1 - 3)
1 hingga 2 kg sebulan
Kedua (Bulan 4 - 6)0.5kg seminggu
Ketiga (Bulan 7 - 9)kurang 1kg sebulan


Hopefully sy dapat follow berat badan ideal ibu2 mengandung... Insyaallah~


************************************



Friday, July 27, 2012

Pregnant Mommy Don't Eat!

Baru je baca article bawah ni and think that very2 important utk ibu mengandung tahu and aware tentang makanan2 yang dilarang makan ketika mengandung.

Since last time ada bad experience in preganancy, now sy sangat2 pantang tentang makanan. Paranoid sangat sampaikan setiap kali nk makan makanan yang pelik kene google dulu tgk info tentang makanan tu and effect kepada pregnant lady.. Teruk nya la sampai macam tu skali. Hihii~

Selain dari makanan2 yang dilarang makan seperti yang info di bawah ni, sy pon pegang jugak petua orang lama2... Maybe tak da kajian perubatan yang mengatakan nenas, air kelapa and tebu tak boleh makan semasa mengandung. Tapi ikot kata2 orang tua, nenas, air kelapa and tebu makanan yang tajam dan mungkin akan memudaratkan kandungan expecially utk kandungan 1st trimaster. Buktinya, sy sendiri pernah makan laksa kuah nanas masa pregnant 6 minggu and know what keesokan harinya sy bleeding and doctor confirm yang sy misscarriage. So mmg sangat bahaya makan makanan yang tajam macam ni.. And if not mistaken lada hitam pon patot dielakkan sebab panas. Mungkin kalau ambil dalam kuantiti yang sikit tape kot.

So mommies, please take care of your food and jangan makan benda2 yang bole memudaratkan kandungan...

Happy eating uoollsss :)

********************************************

What Not to Eat When Pregnant
Reviewed by Louise Chang, MD
So Long, Soft Cheeses
Eating Mexican queso blanco or other soft cheeses during pregnancy can be risky. Those made with unpasteurized milk can harbor Listeria bacteria, which has been linked to miscarriage, premature delivery, and death. It’s best to avoid brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco, and Panela – unless the label says it’s pasteurized. When in doubt or dining out, ask before you eat.
Skip Undercooked Meat
You might like your filet mignon rare, but pregnancy is a time to order all steaks and burgers well done. Raw or undercooked meat can harbor toxoplasma and a variety of bacteria. When dining out, make sure your meat is steaming hot and thoroughly cooked. At home, the temperature should reach at least 145° F for whole cuts, 160° F for ground meats like hamburger, and 165°F for chicken breasts.
Beware Fresh Juice
Fresh-squeezed juice in restaurants, juice bars, or farm stands may not be pasteurized to protect against harmful bacteria, including salmonella and E. coli. Some markets also sell raw, unpasteurized juice in the refrigerated case – look for the required warning label and steer clear. Pregnant women should opt for juice that is pasteurized. Shelf stable juice in boxes and bottles is also safe.
Sayonara, Sushi
Sorry, sushi fans, but it’s time for a 9-month hiatus from this treat. Although seafood is a great source of protein, raw seafood can be a source of harmful parasites and bacteria. The FDA recommends pregnant women only eat fish and other seafood that has been cooked thoroughly.
Raw Cookie Dough
When you’re baking cookies, you may be tempted to pop a bit of raw dough in your mouth. But even a taste can be risky if the dough contains raw eggs. The CDC estimates one in 20,000 eggs is tainted with salmonella bacteria. To be safe, resist tasting unbaked cookie dough, batter, or filling made with raw eggs. The good news is store-bought cookie dough ice cream is safe.
Homemade Caesar Dressing
Raw eggs are also used in many homemade dressings and sauces, such as:
Caesar salad dressing
Béarnaise sauce
Hollandaise sauce
Mayonnaise
Pregnant women should opt for store-bought versions, which are made with pasteurized eggs.
Homemade Tiramisu
Many homemade desserts, including mousse, meringue, and tiramisu, also contain raw eggs. If a store-bought version won’t do, there is a safe way to prepare your favorite . Some supermarkets sell pasteurized eggs, which are OK to eat raw. Make sure the label on the eggs specifically states “pasteurized.”
Fresh Pre-Stuffed Poultry
A pre-stuffed turkey or chicken offers a short-cut to a guest-worthy meal. But the juice from fresh, raw poultry can mix with the stuffing and promote bacterial growth. Cooking protects most people, but pregnancy makes it harder to fight off infections. A safe alternative is buying frozen pre-stuffed poultry. Be sure to cook it directly from frozen – don’t let it defrost first. The thigh meat should hit 180 ºF.
Fish With Mercury
Swordfish, tilefish, king mackerel, and shark contain high levels of methylmercury. This metal can harm an unborn baby’s development. Pregnant women should choose fish that are low in mercury, such as catfish, salmon, and canned light tuna. If you prefer albacore (white) tuna, limit yourself to 6 ounces per week. Check with your doctor before taking fish oil or any other supplements while pregnant.
Deli Meats
Unlike many other foodborne germs, listeria can grow at the temperatures inside your fridge. For this reason, pregnant women should avoid perishable, ready-to-eat meats, such as cold cuts and hot dogs. You can make these foods safe by heating them until they are steaming hot and eating them promptly.
Pâtés or Meat Spreads
Pâtés contain perishable meats, so they may harbor listeria as well. Keeping your fridge at or below 40° F will slow the growth of this bacteria, but won’t stop it completely. Because pregnant women are particularly vulnerable to listeria, it’s best to avoid any type of refrigerated meat spread. Spam lovers can breathe easy. Canned and shelf-safe meat spreads are OK during pregnancy, if not exactly a healthy food.
Unwashed Fruits/Veggies
Pregnancy is no time to skimp on fresh fruits and vegetables. Just be sure to rinse them thoroughly under running water. A parasite called toxoplasma can live on unwashed fruits and veggies. It causes an illness called toxoplasmosis, which can be very dangerous to an unborn baby. Don’t use soap to wash produce. Instead, scrub the surface with a small vegetable brush. Cut away any bruised areas, since these may harbor bacteria.
Raw Sprouts
Pregnant women should not eat raw sprouts of any kind, including alfalfa, clover, and radish. Bacteria can get into the seeds before the sprouts begin to grow, and these germs are nearly impossible to wash away. At the deli, check sandwiches to make sure they don’t contain raw sprouts. At home, cook sprouts thoroughly to destroy any bacteria.
Smoked Seafood
During pregnancy, it’s best to skip the lox when you enjoy your morning bagel. Like ready-to-eat meats, refrigerated smoked seafood is vulnerable to listeria. This includes smoked salmon (often labeled nova or lox), as well as smoked trout, whitefish, cod, tuna, or mackerel. It is safe to use smoked seafood in a cooked meal, such as a casserole.
Raw Shellfish
Raw shellfish is one of the top causes of seafood-borne illness. The culprits include parasites and bacteria that are generally not found in cooked seafood. Shellfish is safe to eat during pregnancy, as long as you cook it thoroughly. Cook oysters, clams, and mussels until the shells open. If any don’t open, throw them away.
Fish from Local Waters
Unless you know your local streams, bays, and lakes are unpolluted, avoid eating fish you catch yourself. Some lakes and rivers are contaminated with industrial chemicals. Locally caught bluefish, striped bass, salmon, pike, trout, and walleye may be affected. Check with your state’s fish and wildlife department for more information.
Potluck Foods
You may not want to insult your friends by avoiding their potluck offerings. But there’s reason for concern if the food is left unrefrigerated for too long. Follow the 2-Hour Rule: Don’t eat potluck dishes that have been sitting at room temperature for longer than two hours. When temperatures are above 90° F, the cut-off should be one hour.
Unpasteurized Milk
Have you ever dreamed of visiting a farm and tasting milk fresh from a cow? If you’re pregnant, it’s best to postpone that outing. Freshly collected milk has not yet been through the pasteurization process that protects it from listeria. Only buy milk, cheese, or dairy products from a local farm, if the label says “pasteurized.”
The Caffeine Question
Good evidence now shows that a moderate amount of caffeine is safe during pregnancy. But the jury is still out on whether higher amounts of caffeine can increase the odds of a miscarriage. The March of Dimes recommends women who are pregnant or trying should limit caffeine to 200 mg per day. That’s one 12-ounce cup of coffee. But remember, caffeine is also found in soda, tea, chocolate, and many energy drinks.
Alcohol
You already know that heavy drinking during pregnancy can lead to serious birth defects. What you may not know is that even small amounts of alcohol could be harmful. No amount of drinking has been found to be safe during pregnancy, so it’s best to avoid all forms of alcohol. This includes wine, beer, coolers, and traditional egg nog, which contains alcohol and raw eggs.
Doggie Bags
Unless you’re headed straight home from the restaurant, it’s best to skip the doggie bag. The inside of a car can get warm quickly, allowing bacteria to multiply. If you do take home leftovers, put them in the fridge within two hours of when the meal was originally served.

*****************************************

Monday, July 9, 2012

Supplement to Help You Get Pregnant

Sedang syok reseach2 tentang pregnancy ni, teringat pula tentang supplement/vitamins yang husband and I ambil time we all try to conceive dulu.

1st preganancy hari tu, ada research kat internet tentang supplement/vitamin yang baik utk meningkatkan kesuburan suami isteri selain daripada Asid Folic yang wajib diambil sejak mula2 kahwin. Tapi, kami tak bergantung pon pada vitamin tu semata.. Cuma sekadar berusaha..

Ada 3 supplement/vitamin yang kami recommend kan.. Vitamin E, Vitamin C and Zink . Dan alhamdulillah lepas makan vitamin ni tak sampai sebulan sy +ve pregnant. But doctor cakap once da confirm je pregnant je kene stop kan sume pengambilan vitamin/supplement ni sebab dikuatiri akan memberi kesan baby dalam kandungan...

1) Vitamin E
Sangat penting bagi sistem reproduksi suami dan isteri. Bagi wanita, Vitamin E menjaga sistem endokrin dan menstabilkan hormon dengan baik. Bagi lelaki pula Vitamin E memperbanyakkan sperma dan hormon seks serta mencegah kerosakan DNA sperma.
* Sy amik Vitamin E ni sekali dengan hubby. Walaupon harga mahal sikit tapi takpa boleh kongsi2 :)

2) Vitamin C
Penting terutamanya utk wanita. Vitamic C ni elok utk menjaga keseimbangan hormon, meningkatkan kesuburan, memperkuatkan imunisasi dan lain2..
* Sy beli vitamic C tablet yang larut dalam air... Boleh diminum selepas makan. Sedapp macam rasa buah oren :)

3) Zinc
Sangat penting bagi kesuburan lalaki. Mineral ni dapat membantu menjaga fungsi organ seksual dan produksi spema. Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, dan pengurangan penghasilan sperma yang sihat
*Vitamin ni sy suruh hubby yang makan.. Mmg berkesan :)

Sy ambil vitamin2 tu sekali sehari and tak ambil banyak2 vitamin dalam masa yang sama. Sy tak campur2 kan makan sebab takot effect kat tubuh badan.

So for those yang trying to conceive, cube la makan supplement ni.. Insyaallah ada rezeki :)

******************************************



Tuesday, July 3, 2012

Heartbeat ♥

This is my second pregnancy journey... After fail pada kehamilan pertama... 

ALHAMDULILLAH... Rezeki dari Illahi tak mampu disangkal lagi... :)

Last time check masa pregnancy 4 minggu. Masa tu check sendiri since delay period beberapa hari and result alhamdulillah +ve with 2 lines and lebih terang dari yang dulu. Check kat klinik and doc mengesahkan "Ye, anda mengandung.. Tahniah!" . But still macam tak sure and paranoid. Takot jadi lagi macam dulu...

Masih berdiam diri.. Tak declare kat sesiapa lagi selain mak, adik and husband. Tak berani nye nak kongsi dengan orang2.. Of coz la utk first time ibu mengandung, mesti happy and tak share dengan kawan2. But actually sebenarnya kte hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. So sy pk untuk pregnancy kali ni biarlah ianya terjadi secara semulajadi... Dan berdoa agar kandungan ini sihat dan selamat dilahirkan nt.. Insyaallah :)

Now pregnant hampir 2 bulan. Perubahan pada diri tu sikit2 da muncul. Kalu first pregnancy dulu tak penah pon rasa mabuk. Now bole kata tiap2 hari.. samaada pagi or malam ada sickness. Orang cakap bagus kalu dapat rasa mabuk etc. sb itu menandakan hormon dalam badan elok berkembang.

Kalau dulu bukan main lagi la suke makan sane sini.. Most fav dulu makan Seoul Garden, Ayam bakar Wong Solo, minum air soya multigrain Vsoy.. And tatau la nape skang ni kalu dengar nama pon rasa kembang je tekak. Adakah pregnancy kali ini betol2 mengeffect selera makan dan memisahkan ku dengan makanan kesukaan ku? Tuhan je yg lebih mengetahui.. Hhihi~ And alhamdulillah la masih bole makan nasi. Takot jugak coz dengar banyak cerita ibu2 mengandung first trimaster ada masalah makan nasi sb nt muntah. Kalu tak makan nasi nt bahaya jugak. Cane baby nk dapat protein and membesar dengan baik kan...

Last time masa 6 minggu tu ada jumpa doctor check sb perut cramp sangat.. And doc tros buat scan kat perot. Just g check kat Klinik Ibnu Sina, Cyberjaya.. Dekat sikit la dengan opis. Tp mungkin dia adalah seorang Medical Officer dan tak mampu menjawap soalan2 yang mencabar dari sy. Seriously sy sangat paranoid dengan apa yang jadi dulu tp doc hanya memberi kan info2 yg lebih bersifat general, which is okay la. But not into details as what i expect.

And ini hasil daripada scan klinik masa kandungan lebih kurang 6 minggu... Mungkin juga ada kekangan teknologi disitu menyebabkan scan agak blur and tak dapat nk tgk image. Hanya dot kecik tu je yang nampak menandakan da ada kantung baby. But for me it was good enough. Dapat jugak tengok perkembangan dalam perot dan alhamdulilah kandungan berada dalam rahim (with no ectopic pregnancy symptoms).

6 week pregnancy

Actually sy da pon set appointment dengan Dr Rasliza dari KPJ Kajang Specialist utk check up preganancy masa kandungan 8 minggu. Disebabkan dulu sy ada miscarriage case, kawan2 sume advice utk check up kat specialist terus. At least ada pakar yang monitor pregnancy from week to week. Dan ini adalah result scan sy masa pregnancy lebih kurang 8 minggu... 

8 week pregnancy

Time buat scan procedure dengan doc, da nampak jantung yang berdegup laju sangat dan bole dengar HEARTBEAT ♥  baby. Yang best nye doc bukak speaker lg utk dengar jelas2. Excitednya time tu! :):):)

Dengan jayanya sy telah mendapatkan buku merah. Yang mana dulu tak sempat pon nak ambil. Alhamdulillah. Hihi~ Cost check up kat specialist agak mahal la. Tp guna claim company berbaloi la kot kalu nk dapatkan result and service yang elok sikit.

Cost check up @ KPJ Kajang Specialist Hospital:

Medicine : RM9.00  
Administration Fee : RM1.00
Registration Fee : RM10.00
Consultation : RM70.00
Procedure (Scan) : RM60.00
TOTAL : RM150.00

Sememanganya seorang bakal ibu sangat gembira melihat kandungannya sihat dan berkembang dengan baik. Doakan agar tuhan melindungi anak dalam kandungan ini... Insyaallah ~~~

'' Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badanya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.

Amin...

**************************



Monday, June 25, 2012

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

For my weekly reference :)

Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan,
blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari.
Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan
kecacatan janin seperti spina bifida.

Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh
dengan kukuh pada endometrium.

Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi
asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan
bayi yang sihat.

Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.
Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu.
Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria.
Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.

Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan
ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.

Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya
masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan
bertukar menjadi jantung.

Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.
Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.
Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng
dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.

Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu,
jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.

Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.
Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan
berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.

Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari
yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak
normalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Perkembangan Bayi Minggu 16
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Perkembangan Bayi Minggu 17
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.

Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi.
Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.





Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 – 15 minit setiap hari sebelum tidur.

Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.

Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.

Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran.

Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat.

Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini.


Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan.

Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Nota Hamil : Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. Pastikan suami anda menemani anda pada saat ini.