Thursday, September 13, 2012

Happy 18 weeks :)

Alhamdulillah,

Kandungan da 18 minggu :) Cepat sungguh masa berlalu...

So far, kandungan dan kesihatan ok. Jarang sangat demam2. Cuma malam2 tido tak lena sangat. Taktau la kenapa. Pastu plak malam2 sampai 3-4 kali g toilet sb asik nk wee wee je. Hikhik~ Tp betol la kata orang2... pundi ibu mengandung ni sensitif sangat. Kene control kalu nk gelak2 ke bersin2 ke batuk2 ke. Kalu tak eksident la. Kene jugak la kadang2 pakai pentyliner utk mengelakkan perkara yg tak diingini. hahaha! * kelaka2 *

Pg tadi rasa perot macam ada orang ketuk2. Rasa macam berdenyut tapi sekali sekala je... Banyak kali jugak la. Adakah kerana angin perot or perut sedang kelaparan or mungkin jugak quickening? Hmmm... Jom research sikit tentang quickening ni...

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya? 

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna. 

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus. 

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu? 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang. 

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan. 

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.


Source from: http://www.babycenter.com.my


Ohhh.. Da faham da kenapa ada rasa macam orang ketuk2 perut. Hikhik... ~

Hope lepas ni bole rasa baby kick plak. Nak tgk bole tak agak2 dye jadi football player yg terrer macam daddy dye. Hehehe!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam 4 bulan lagi insyaallah bertambah sepasang kaki comel kat tengah2 tu =)

First baby present from colleague. Special from NZ.
Thanks Kak Maria =)

Habit mak buyong waktu lapang.. Mengudap-ngudap kerepek.
Maklum la.. rayaaa. hikhik~ =)

Medicine Kit.
Sentiasa bersama di mana jua =)

******************************


1 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hai sis, Yana baru singgah sini..
Harap semua nya selamat sampai melahirkan ye

Post a Comment