Friday, May 17, 2013

How time flies ...

Lama nye tak update blog. Ni sume sb tak da masa jaga baby. Asik nk melekat je.. Heeee~

Now Noah da 4 bulan setengah. Rasa macam baru je dia lahir. Semakin lama semakin membesar, semakin lama semakin bijak. Itu lah Noah anak mommy :)

Teringat laggi dulu2 Noah kene warded almost seminggu sebab ada lung infection masa lahir. Pastu kene tahan lagi sebab jaundice. Continue buat treatment kat rumah sampai ten skin Noah. Masa jaundice macam kurus sikit badan sebab kurang minum susu. Pity Noah... :(

Pastu masok je 2 bulan lepas cukur jambol terus badan Noah naik bam bam kemain. Yang buat orang rasa nak gigit :b

Last time timbang check up 4 bulan berat Noah da 6.2kg. So within the line and sihat. Alhamdulillah :) 

Tapi problem Noah ialah flu yang selalu je datang attact. 1st time kene flu time Noah 2 bulan. Flu and batuk sikit je. Pastu masok 3 bulan start kene demam with flu and cough. Masa ni teruk sikit la sebab ada kahak. Risau sangat sebab takot kahak masok kat lung. Then google dapat petua sapu vicks kat dada and belakang badan and tepuk2 belakang... seriously berkesan. Lepas susu je try tepuk2 belakang badan Noah and terus muntah kahak yg banyak... Adalah sebanyak setadah tangan. Finally mommy did it! Horeeeyyy~~~

Latest, Noah demam lepas kene cucuk 4 bulan. Sekejap je demam tapi flu dtg balik and lambat je nak baik. Hari tu baru nk sembuh kene attact balik. Tapi tak da la seteruk last time sebab mommy da ada experience da nk handle. Alhamdulillah mommy banyak belajar :)

Now Noah da makin lasak. Suke sangat tgk cartoon. Melopong je kalu letak depan TV. Dan macam biasa la... Noah still mahal dengan senyuman. Kalu nampak camera je muke terus berubah jadi serious. Sampai kecik2 mulut memuncung tak nak senyum. Ntah kenapa.. Hehehe~

Noah da pandai mengiring ke tepi dengan sendiri and intend utk menyiarap tetapi apakan daya badan berat... Hehehe~ Tape usaha lg Noah. Tunjuk kehebatan ye anak :)

Noah: 2 - 4 months growth







Love, 
Mommy
xoxo

****************************************

Tuesday, February 19, 2013

Wajah Noah - 1 Month Old

Akhirnya, Noah Emerizqin kesayangan mommy and daddy da 1 bulan da. Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Macam2 ragam macam2 perangai sepanjang 1 bulan ni. Mommy and daddy so happy Noah syg =)


Dari lahir hingga la 1 bulan ni mommy tgk Noah makin membesar, da makin berat. Kalu dulu rompers Noah pakai da macam jubah da. But now da muat2 je rompers tu kat badan tecit Noah. Maksudnya anak mommy da membesar bagai juara.


Congrats Noah! U grow so fast! Mommy proud!

Noah Picture
Day by Day

Noah - New Born


Noah - Day 1

Noah - Day 2

Noah - Day 3

Noah - Day 4

Noah - Day 5


Noah - Day 7

Noah - Day 9

Noah - Day 14

Noah - Day 21

Noah - Day 24

Noah - Day 28

NOAH - I MONTH



*******************************

Monday, February 18, 2013

Berpantang???

Pantang??? 

Orang2 moden skang ni ikot sangat ke pantang orang dulu2 tu? Hurmm.. Mungkin ada la yang follow 100%.. Tapi kalu sy, nk kata pantang tak da pantang mane pon. Ikot sekadar jaga kesihatan, jaga pergerakan, jaga badan, jaga pemakanan da cukup. 

Sebulan sebelum deliver hari tu da prepare awal2 da beli set bersalin Leesa Formula and Pati Ikan Haruan Polleney.



But unfortunately tak dapat guna sume yang ada dalam pek Leesa Formula tu. Sb masa dalam pantang, baby kene jaundice, so any ubat makan, herba or jamu tak bole makan. Tablet Ikan Haruan or Pati Ikan Haruan Polliney pon tak bole makan sb takot jaundice baby semakin teruk. So terpaksa la let go beberapa ubat and tablet time berpantang hari tu. Huhuhu~ But now baby da okay and igt nk start makan ubat dalam pek tu balik.

5 hari lepas bersalin mak panggil orang untuk urut. Segaaarr sangat badan lepas urut. From head to toe akak  tu cover. Peranakan and susu pon dia urutkan. Hope dalaman badan ok la lepas buat urut ni. 

Lepas tu pulak, family husband datang melawat and bawakkan daun2 untuk mandi. Orang cakap mandi daun ni bagus untuk kembali kan kesegaran badan lepas bersalin. Hurmm, tapi mmg betul pon rasa fresh, tapi badan jadi miang. Ye la kan, mandi air daun la katekan. Heee~

Mak selalu cakap kalau jalan jangan laju2 nt bentan la ape la. Tapi selagi sy rasa badan sy ok, so jalan pon tak da la nk cover2 sangat. Tapi mak marah jugak! So ikot je la.. heeee~

Makanan pon mak betol2 jaga. Tak kasi makan ayam, telur, makanan pedas, minum air sejuk berais etc. Pendek kata makanan2 yang berangin, sejuk and gatal tak bole makan. Tapi mak tak da la ikot pantang sangat macam orang2 kampung yg kene makan ikan masin tu je tiap masa. Mak ada jugak buat laok2 sedap macam sup daging, ikan bilis goreng, ikan (yg tak gatal) masak kicap, and macam2 lagi. Tapi, time baby kene jaundice hari tu, elak jugak la makan halia and black paper sebab orang cakap halia and black paper bole buat prolong jaundice. So kurang2 kan jugak laa..

But sometime, confuse sangat tgk makanan2 yang bole or dilarang makan semasa pantang ni. Ada orang cakap macam ni la macam tu la. So makan je la ikot kepercayaan diri sendiri asal tak memudaratkan. Tapi seriously, tiap2 kali nk makan something mesti google tgk bole makan time pantang. Takot mudarat. So just be careful je la and jangan la makan bagai nak rak plak time2 pantang ni. Hee~~

Now, ive completed 44 days of confinement. Da bole keluar shopping jalan2. Tapi still jaga jugak makan takot apa yang kte makan tu mudarat kat baby. Sebab orang selalu cakap, kalu mommy breast feed ni, apa yang mommy makan, baby makan. Takot nak try makan yg bukan2. So cont je la macam dalam pantang hari tu. Insyaallah badan sihat and baby pon sihat :)

************************************




Saturday, February 16, 2013

Lung Infection & Jaundice

Lepas je deliver baby, lepas tu jumpe Pediatrician , Dr Mahani untuk tanye kan condition baby. So far baby ok, tapi ada lung infection sikit sebab doc cakap effect daripada mommy demam masa pregnant ari tu. So doc diagnose baby ada kahak sikit dalam paru2 dia.

At first agak risau jugak takot la infection tu bahaya kat baby. But after doc explain baru la lega sikit sebab lung infection ni mmg selalu jadi kat baby baru lahir. Tambah2 lagi baby preterm macam Noah ni. So kene jugak la baby admitted kat hospital 3 hari untuk complete kan antibiotik. Masok hari yang ke3 igtkan da ok bole bawak baby balik, pastu tetibe nurse cakap baby ada jaundice plak. Bacaan 13.6 lebih dari 10 bacaan normal. So baby kene tahan lagi 4 hari.

So hari2 hubby ulang alik hospital tgk baby and sy bawak bekal susu untuk baby. Sy tak dapat nak visit baby tiap2 hari sebab masih dalam pantang. Nak keluar turun naik tangga macam takot luka tak baik plak. Bertahan je la rindu kat baby 4 hari. Tepat2 seminggu baby discharge tapi dengan syarat kene continue photo therapy kat rumah. Nak tak nak kene la sewa photo therapy, RM500 untuk 3 hari usage. Aaargh, tak kira la berapa2 pon harganya, janji baby dapat balik duduk dengan mommy.

Alhamdulillah, 6 hari baby buat photo therapy kat rumah, jaundice baby da kurang. Tambah2 plak baby mmg kuat minum susu, so jaundice dia cepat hilang. Berkat susu ibu agaknya... :) 

**Sepanjang Baby Noah duduk dalam photo therapy and masok oksigen kat hospital tu rasa kecian sangat. Sedih pon ada tgk anak sendiri tak macam orang lain duduk kat dalam babycourt org2 bole tgk kat cermin. Baby Noah kene duduk dalam bilik sendiri untuk special treatment. 

Photo Therapy Treatment
Oxygen Therapy 
Jaundice - 4th Day
Apa2 pon now Baby Noah da fully recovered. Jaundice da kurang and da takda infection kat paru2 lagi.. Noah semakin hari semakin besar dan semakin hari makin lasak... ~ Good boy anak Mommy!!!

****************************************

Friday, February 15, 2013

Labour Experience

Yes! Now i can feel the real birth contraction... Mmg sakit sangat. Masyaallah tak tau nk cakap macam mana.

.....................................

After 5 days duduk dalam ward and keluar masok labour room, doc finally suruh jugak bersalin hari Khamis 3/1/2013. Doc cakap contraction makin kuat and da effect kat heart beat baby. Nak tak nk petang Khamis tu jugak doc induce. Hurm.. Da induce tapi tak da la rasa sakit sangat. Kira bole bertahan lagi la... Sampai malam pukul 9 check still sama je bukaan 3cm. Tak da peningkatan. So doc stop kan drip and sambong lagi pagi Jumaat esk nya. So malam tu terpaksa la tidur kat labor room lagi. 

Jumaat pagi tu lepas breakfast doc datang pecahkan air ketuban and masok drip induce lagi. Haaa.. time ni la kesakitan bermula. Start induce pukul 8.30pg. Awal2 tu sakit bole tahan lagi.. Siap tengok tv gelak2 lagi. Da start pukul 11pg sakit da tiap2 5 minit. Masa tu da tak bole fokus tgk tv and the real contraction da dapat rasa. Pukul 12tgh da tak dapat tahan mintak nurse gas painkiller. Igt dapat la reduce kan sakit tapi still rasa jugak sakit tu... Cuma gas tu buat kan kite high nak tido je masa seling contraction. Pastu da la pening sedut gas banyak sangat. So, kesimpulannya tak guna pon amik gas tu... Sb sakit still terasa. Doc suruh amik epidural tapi dengar cite kawan2 kalu amik epi ni ada effect lepas bersalin. Sakit pinggang la ape la. And cost epi kat hospital ni pon bole tahan mahal. So cakap kat doc tape sy bertahan je la dengan sedut gas ni. Huhuhu~

Dr pagi da terpsycho dengan jeritan2 patient kat sebelah. Jerit sekali and bunyi baby nangis. Da 3 patient da selamat, sy kat sini still struggle tahan sakit.

Masa contraction tu seriously mmg tersangat2 la sakit. Amik gas jadi high sampai tak sedar da menjerit2 dan tertarik2 jugak la baju hubby. Cian hubby sabar je la layan bini kat sebelah ni. Dekat pukol 2ptg baru rasa macam nak buang air besar and cepat2 nurse panggil doc. Masa tu pon da buka 8cm. Nurse terus suruh push2. Macam kat dalam stadium bola da rasa diorang bersorak2 "Push! Push! Push lagi...!"... Tapi disebabkan contraction yang terlampau lama tu, seriously mmg da tak praktik da push2 yang belajar kat antenatal class ari tu. Ntah kemana2 da sume tu sebab da sakit sangat. Time push2 tu hubby da nampak kepala baby and paksa push lg.. tp tak bole, da penat sangat. So last2 doc sedut guna vacum (kiwi) and lastly baby keluar dan hilang terus sakit2 tu. Amazing.. Kuasa Allah!

Alhamdulillah baby lahir sihat walaupon preterm. Masa nurse tunjuk baby kat sebelah rasa hiba sangat rasa. Dapat kiss sekejap and nurse teros bawak dia g nursery.

After that, pindah masuk ward and parents and family pon datang. Masa tu tak da la fikir pasal baby sangat. Sb terkejut maybe la. So hubby je la ulang alik g nursery tgk baby. Lepas maghrib tu nurse panggil g nursery utk first try to breastfeeding baby. Time ni baru la dapat tgk muka baby.. MASYAALLAH -- Gugurnya air mata ni melihat anak yang lahir dari rahim sendiri. Tak tau macam mana nk gambar kan perasaan seorang ibu melihat anak buat pertama kalinya. Tuhan je yang tau. ALHAMDULLILLAH, terima kasih tuhan atas rezeki mu... ~

Mommy-Son first attachment :)
#Noah Emerizqin Day 1,  7.45pm

***********************************

Monday, January 28, 2013

Officially a Mommy :)

Alhamdulillah,

Tepat pukul 2.42pm, 4/1/2013, sy selamat melahirkan baby boy, 2.41kg ketika kandungan 34 minggu.

Banyak cerita disebalik kelahiran putera sulung ni... *Banyak plot ni.. Story later eh!*

Sesungguhnya menjadi seorang mommy adalah moment yang paling nikmat dalam hidup seorang wanita. Feeling tak dapat nk digambarkan. Excited bangat!!!

Alhamdulillah...Bersyukur pada tuhan. Sy berjaya menjadi mommy dalam usia 24 tahun. Muda lagi and ada peluang nk tambah yang kedua, 3 tahun lg insyaallah.. :)

Hidup mula excited dengan kehadiran si budak tecit 
NOAH EMERIZQIN BIN MOHD HIRWAN :)


Noah Emerizqin Bin Mohd Hirwan (Newborn, Day 1)
4/1/2013 @ 2.42pm
2.41kg
**************************************


Wednesday, January 2, 2013

Pre-Mature Contraction @34 weeks?

Sabtu hari tu 29 December 2012, parents ada buat doa selamat untuk baby dalam perot ni.. And alang2 buat la baby shower skali. Siap potong2 kek lagi. Happening !!!


Kalu ikotkan tak da la lasak sangat pon masa kenduri doa selamat ari tu. Just berkemas2 biasa je la. Masa kenduri tu ada jugak la rasa macam tak sedap badan sebab selsema. Maybe disebabkan habuk kot. 1 malam tak bole tidur sebab perot tak berapa nk selesa ditambah lagi dengan selsema yang tak reda2 ni.

Esk nye hari Ahad, hubby ajak g klinik cek kot2 la demam teruk ke. So straight g Azzahra sb panel hubby kat situ. Kat sana mmg perot asik menegang je. Masok2 jumpe doc ada tanye kenapa then cakap la demam and selsema. Pastu cek blood pressure 140/90.. tinggi utk ibu mengandung. Bahaya! Pastu dye cek perot ada rasa macam keras. And baru teringat kejadian minggu lepas tentang ada leaking sikit. Da macam tu teros doc Azzahra suruh refer specialist takot apa2 yang teruk jadi.

Pastu terus jadi konpius. Igt nk g jumpe doc sebab demam biasa je. Sat g sampai KPJ Kajang terus kene admitted sb perot menegang sangat. Refer tros kat labour room and buat CTG. 1st buat CTG nampak blood pressure baby tinggi maybe sebab mommy demam. Nurse suruh mandi kebahkan badan and cek CTG blood pressure baby da ok. Alhamdulillah...

Lepas tu je, tetibe nurse cakap "awak ada rasa sakit x? Sb CTG tunjuk contraction awak tinggi sangat ni"... What?! Bile masa plak la aku rasa contraction? takat2 sakit perot biasa ni bole tahan lagi kot. Takkan la ni ialah sebenarnya contraction? Kalu la rasa macam ni contraction, masa kandungan 32 minggu hari tu da rasa sakit2 macam ni, perot menegang and rasa macam period pain. Last post pasal Braxton Hicks tu actuallly ialah contraction. 

Kalau minggu 34 ada sakit2 cani orang panggil pre-mature contraction. Sb actually contraction datang time da nak bersalin 37-40 minggu. Now baru 34 minggu da ada sakit contraction mmg doc akan cakap tak normal sb baby still premature.

Petang ahad tu doc datang cek buat VE and tetibe dye cakap bukaan 1.5cm. Terkejut sangat..!! Why suddenly happen? Kalu tak g hospital mesti tak tahu menahu tentang benda ni. And nasib baik la air ketuban tak pecah lagi. Kepala baby pon still tinggi and tak engage pon lg. So confirm kene warded.

Untuk kurang kan contraction, doc ada bagi ubat. Pastu dye kasi steroid injection 2 kali setiap 12 jam untuk mematangkan paru2 baby kot2 la baby push nak kluar awal kan. Injection steroid tu seriously mmg la sakit sb cucuk kat punggung kan. Saboo je la...

Isnin and Selasa (new year 2013), doc asked to continue buat CTG tgk progress baby and contraction. Baby so far okay cume contraction still happen. Ada juga tanye doc bile la agaknye bole balik sb da boring sangat da duduk dalam ward tak tau nak buat ape. Pastu doc cakap contraction tinggi lagi so dye takot nk discharge takot apa2 jadi masa kat rumah and tak da orang nk monitor. Betol jugak kata doc, mengandung ni bukan sekejap. Jadi benda cani kene la berkorban sikit kan.. Hurm~~

Malam Selasa tu dalam pukul 10pm, perot rasa sakit macam period pain tu. Tapi ignore je la sb malas da nk mngadu2 kat nurse nt nurse gtaw doc sure2 doc tak kasi discharge *still berdegil lagi kan*. Pukul 1.30pagi macam tu kejutkan hubby nk g toilet tetibe nampak lendir coklat/merah kat pad. Takot jugak la walaupon tak banyak. Panggil nurse and diorang teros tahan kat labour room. Buat VE and know what, jalan da bukak almost 3cm and kepala baby pon very low and da engage. Ditambah lagi tanda2 pon da ada dengan spot2 darah yg banyak.

Pagi rabu tu Dr Ras cek kat labour room and inform if ada contraction lg and bukaan bertambah, dye akan hentikan bagi ubat stop contraction and deliver naturally. Sb baby da tak sabar2 nk keluar. Now tgh tunggu air ketuban pecah je. Ada juga tanye doc kalu da jadi cani berapa lama bole delay delivery? Agak2 sempat tak nk tunggu sampai ckup bulan. And tau apa dye jawap? "Maybe kte bole delay about 48 hours.. Sb jalan pon da terbuka 3cm and da keluar tanda2. Tunggu sampai ketuban pecah and we will do natural birth delivery. Baby awak ni da tak sabar nk keluar da ni"...

Rasa macam kelakar ada takot pon ada. Ye la... Mental and fizikal tak ready lagi ni. Tetibe je jadi cani plak kan. Ntah la.... Serah kat tuhan je la. Kalu baby da nk keluar sekarang harap2 dye da betol2 sihat dan matang. Tak tau nk buat apa cuma berdoa agar dipermudahkan... Amiinnnn~~~

**************************