Sunday, May 6, 2012

Mood Kahwin Kembali

Baru perasan macam sikit je post kahwin2 ari tu kan. Maklumla pas kawen ni mmg la bz je memanjang. Kadang2 nk jengok blog pon tak sempat.. 

Disebabkan bulan 5 ni bulan orang kawen, mood kahwin sy pon kembali... Teringat plak time sy kawen ari tu. Kawan2 pon still cerita2 tantang majlis. So sangat rindu moment itu...

Di saat kerinduan ni nk share sikit gambar2 moment dan story2 disebalik tadbir... :) :) :)

Tok Kadi siap bagi teks akad lagi oke! Itu pon banyak kali ayah tersasul2 lidah. Hihihi~ 

Wahhh.. Da macam press conference. Sangat ramai cameraman amatur bersedia nk  shoot gambar :) 
Pengantin mmg letih satu hari sb nk kekalkan SENYUMAN sepanjang majlis. Penat ok!


Wedding dress idaman sejak kecil.. :b

Hand bouquet ni mmg jadi sebijik dengan sample gambar yg kasi kat  Weddings Galore.  Very good touch :)

Tau tak BEST MAN ni adalah pakcik bongsu kepada pengantin lelaki. Sebaya plak tu tp anak buah kawin dulu. Hihihi~ 

Muka nervous pengantin masok dewan

Wedding slide show ni pengantin lelaki sendiri yg buat. Sayu hati mak ayah tgk  video ni tau :')

Time makan plak pasang slide show. Tros potong mood makan... Last2 dapat minum je. Hihihi~

Pengantin ni mmg dapat makan sikit. 2 suap je... Itu pon ketika sesi suap menyuap. Orang ramai nk makan banyak2 pon segan. Akibatnye lapar lepas majlis... So sape2 bakal pengantin kat sane.. Makan je lauk pengantin banyak2. Nt sape nk makan. Membazir ok!

Button badge family pengantin... From GadisJummat... Polcadot still my forever taste :) 

Satu lg gambar button badge family pengantin. Utk mak, ayah and adik2 je. Supaya senang orang kenal  family pengantin. Tak la tercari2 nt kan.. Nk bagi ang pau pon sonang. hihihi~

Kenapa bag Longchamp ni dibeli mmg banyak sebabnya... Beg yg besar dan luas bole masok banyak ang pau. Kakngah assistant mak kene bawak g kemana-mana. hihihi~

Prop guest book ni pengantin lelaki yang tolong design kan.  Potong and laminate sendiri.. 

Pelamin Oval... Perubahan di saat akhir. Actually agree dengan pelamin grand roman pillar. Tp tetibe sebulan sebelum kahwin Weddings Galore keluarkan pelamin oval ni so terus grab :)

All fresh flower as hall deco. Mmg berbaloi sangat amik fresh flower ni sb  da abis majlis bole ambil bawa balik.  Dapat bg cousin2 as extra buah tangan :)

My cutie flower girl. Nasib baik time tu masing2 mood okay... Kalu tak jenuh la nk pujuk sorang2. Hihi~
Flower bouquet beli kat KK Home Deco time sale ari tu...

Anak2 dara sunti yang tolong jaga guest book. Pandai cari customer sampai penuh  buku :)

Tau tak masa reception kat hall , make up terpaksa buat dalam toilet. Sb  pencahayaan lampu kat luar tak sesuai. Actually toilet tu dalam bilik VIP yang we all bersiap la. Bukan kat public toilet tu. hikhik

Bilik pengantin ni mmg last2 pengantin sendiri yg deco. Weddings Galore bawak penal utk  deco bilik ni tapi tak muat. Bilik kecik sangat kot. Last2 frust buat sendiri je. Cantik jugak :)

Antara 4 baju pengantin hari tu, this one is most favorite! 

Masa bertandang kat Ipoh, kakak tukang make up macam nk cepat  sangat make up sb ada job lain . Sangat tak patot  ok! Make up pon macam nk tak nak. Last2 pengantin touch up sendiri...

Hurm.. Cantik jugak la...Tp  agak tak berkenan dengan warna hand bouquet ni. Kalu warna terang sikit maybe  lagi sesuai dengan baju.. Mungkin juga salah pengantin sb tak follow up dengan wedding planner :(

Make up awal sangat so kene la tunggu lama kat hotel sementara tunggu rombongan sampai...
Bride AKA makeup artis. Kelasss kauuu~!

Akhirnya.. Dapat jugak buat shoot idaman ni. Hihihi~

Guest book @ majlis bertandang. DIY je... Amik la ape2 yang bole diguna kat rumah tu.. 

Pelamin bertandang by Zaha Planner. Nice ans simple...
Actually bukan macam ni pelamin yang we all pilih. Mak metua mmg tak puas hati sangat dengan wedding planner ni. Bincang lain yang dibuat lain. Abiss jambu pelamin anak bujang dia. Hihihih~

Ni mmg acara yang ditunggu2 pengantin lelaki.
Band dibelakang adalah band2 family yang terdiri daripada adik2 dan uncle2 pengantin.
Berseni sungguh family in law ni :)


Time masuk bilik utk shoot gambar ni mmg rasa nk tertidur da. Penat and panas sangat kat luar.. huhuhu~ 
Vail terbang! Wawan photograher ni smp penat la nk hayun kan vail utk dapatkan shoot ni. hihihi~


Mmg nervous!

Seriously time outdoor ni mmg da tak larat langsung. Rasa nk balik je time tu. Dengan  high heels  yang tinggi 4 inci. Haus sangat sampai singgah Vangge makan nasi ganja. hihihi~



*********************************************

Sunday, April 22, 2012

Vacation after Volcano

Ini vacation yang pertama after keluar dari hospital hari tu. Konon2 nk tenangkan fikiran la... Hikhik~ Tak sampai 3 minggu operate hari tu da berpanjat2 ladang teh.. Penat tu penat jugak la.. Tp seronokkk  sambil mengubah2 angin sejuk kan. Dapat jalan2, minum teh, makan strawberry and beli2 sayur kat Cameron Highland. And ni pon plan family in law yang ajak g sane sama2. Happening jugak g ramai2...

Actually tak da pon plan nk naik Cameron sb tengah bulan ni mmg ada plan nk g Sabah. Tp atas sebab2 kesihatan dan macam leceh je nak g Sabah, so we all cancel plan g sane and ganti bercuti kat Semenanjung je la dulu. So burn la flight ticket berharga RM92 (utk 2 orang pergi balik). Tape la... Tak rugi mane pon. Len kali bole pg lagi. Kalu nk g Sabah nk g jalan2 kat pulau g snorkling sume. Tp macam tak kuat je badan nk buat aktiviti air. Last2 g panjat tanah tinggi je la... Hikhik~

Finally dapat jugak merialisasikan impian Vanila Coklat ku :) Hehehee~~~























*************************

Saturday, April 21, 2012

1st Pregnancy Fail

3 minggu lepas operate ari tu, sy g jumpe doctor utk dapatkan result beta HcG. First jumpe doc hari tu   repeat scan utk tgk keadaan rahim. Macam ada something masa scan hari tu and sekali lagi doctor suruh amik darah lg. Daripada hari tu ntah berapa gelen darah da doc amik. Kali ni plak doctor pelatih yg amik. Ntah cane ntah dye cucuk darah tak klua2 sampai nk pitam dibuatnya. Astaghfurullahalazim... Sabor je la. Datang balik 2 hari lepas tu baru doc bagi result. Doc cakap bacaan beta HcG da totally drop and darah da kembali normal. Repeat scan hari tu rahim da kosong and kembali nipis.. And the status is "Pregnancy Fail"... Its a normal miscarriage la sb hari tu pon kandungan baru je cecah 6 minggu. Bleeding ari tu da abis klua sume. Tapi tak da ketul2 pon sb maybe baru sangat lg.. Nasib baik la tak kene DNC. Takot jugak la kot2 luka ke ape ke....

Mungkin tak da rezeki lagi buat masa ni. Lagi pon ni mmg first experience and tak tahu apa2. Lepas ni kalu conceive balik insyaallah da tau la apa nk buat. Kene pantang sikit and tak bole renyah sangat. Fikiran pon kene traditional (dengar cakap orang2 tua) and tak bole fikir moden sangat... Kalu tak gini la jadinya...  Ada hikmah disebalik apa yg terjadi ni.. Allah nk kte bersedia fizikal mental dulu sebelum diturunkan rezeki. Apa yang penting, doa je minta pintu rezeki di buka. And know what, kalu la dapat anak nt, niat nk namakan  dia "RIZQIN" sempena nama rezeki dari Allah. Insyaallah :)

Alhamdulillah sy semakin okay sekarang. Mental fizikal juga semakin sihat. Doctor suruh rehat and after 3 bulan baru bole try plan utk conceive balik. Insyaallah kalu ada rezeki lagi... :)


****************************