Sunday, May 6, 2012

Mood Kahwin Kembali

Baru perasan macam sikit je post kahwin2 ari tu kan. Maklumla pas kawen ni mmg la bz je memanjang. Kadang2 nk jengok blog pon tak sempat.. 

Disebabkan bulan 5 ni bulan orang kawen, mood kahwin sy pon kembali... Teringat plak time sy kawen ari tu. Kawan2 pon still cerita2 tantang majlis. So sangat rindu moment itu...

Di saat kerinduan ni nk share sikit gambar2 moment dan story2 disebalik tadbir... :) :) :)

Tok Kadi siap bagi teks akad lagi oke! Itu pon banyak kali ayah tersasul2 lidah. Hihihi~ 

Wahhh.. Da macam press conference. Sangat ramai cameraman amatur bersedia nk  shoot gambar :) 
Pengantin mmg letih satu hari sb nk kekalkan SENYUMAN sepanjang majlis. Penat ok!


Wedding dress idaman sejak kecil.. :b

Hand bouquet ni mmg jadi sebijik dengan sample gambar yg kasi kat  Weddings Galore.  Very good touch :)

Tau tak BEST MAN ni adalah pakcik bongsu kepada pengantin lelaki. Sebaya plak tu tp anak buah kawin dulu. Hihihi~ 

Muka nervous pengantin masok dewan

Wedding slide show ni pengantin lelaki sendiri yg buat. Sayu hati mak ayah tgk  video ni tau :')

Time makan plak pasang slide show. Tros potong mood makan... Last2 dapat minum je. Hihihi~

Pengantin ni mmg dapat makan sikit. 2 suap je... Itu pon ketika sesi suap menyuap. Orang ramai nk makan banyak2 pon segan. Akibatnye lapar lepas majlis... So sape2 bakal pengantin kat sane.. Makan je lauk pengantin banyak2. Nt sape nk makan. Membazir ok!

Button badge family pengantin... From GadisJummat... Polcadot still my forever taste :) 

Satu lg gambar button badge family pengantin. Utk mak, ayah and adik2 je. Supaya senang orang kenal  family pengantin. Tak la tercari2 nt kan.. Nk bagi ang pau pon sonang. hihihi~

Kenapa bag Longchamp ni dibeli mmg banyak sebabnya... Beg yg besar dan luas bole masok banyak ang pau. Kakngah assistant mak kene bawak g kemana-mana. hihihi~

Prop guest book ni pengantin lelaki yang tolong design kan.  Potong and laminate sendiri.. 

Pelamin Oval... Perubahan di saat akhir. Actually agree dengan pelamin grand roman pillar. Tp tetibe sebulan sebelum kahwin Weddings Galore keluarkan pelamin oval ni so terus grab :)

All fresh flower as hall deco. Mmg berbaloi sangat amik fresh flower ni sb  da abis majlis bole ambil bawa balik.  Dapat bg cousin2 as extra buah tangan :)

My cutie flower girl. Nasib baik time tu masing2 mood okay... Kalu tak jenuh la nk pujuk sorang2. Hihi~
Flower bouquet beli kat KK Home Deco time sale ari tu...

Anak2 dara sunti yang tolong jaga guest book. Pandai cari customer sampai penuh  buku :)

Tau tak masa reception kat hall , make up terpaksa buat dalam toilet. Sb  pencahayaan lampu kat luar tak sesuai. Actually toilet tu dalam bilik VIP yang we all bersiap la. Bukan kat public toilet tu. hikhik

Bilik pengantin ni mmg last2 pengantin sendiri yg deco. Weddings Galore bawak penal utk  deco bilik ni tapi tak muat. Bilik kecik sangat kot. Last2 frust buat sendiri je. Cantik jugak :)

Antara 4 baju pengantin hari tu, this one is most favorite! 

Masa bertandang kat Ipoh, kakak tukang make up macam nk cepat  sangat make up sb ada job lain . Sangat tak patot  ok! Make up pon macam nk tak nak. Last2 pengantin touch up sendiri...

Hurm.. Cantik jugak la...Tp  agak tak berkenan dengan warna hand bouquet ni. Kalu warna terang sikit maybe  lagi sesuai dengan baju.. Mungkin juga salah pengantin sb tak follow up dengan wedding planner :(

Make up awal sangat so kene la tunggu lama kat hotel sementara tunggu rombongan sampai...
Bride AKA makeup artis. Kelasss kauuu~!

Akhirnya.. Dapat jugak buat shoot idaman ni. Hihihi~

Guest book @ majlis bertandang. DIY je... Amik la ape2 yang bole diguna kat rumah tu.. 

Pelamin bertandang by Zaha Planner. Nice ans simple...
Actually bukan macam ni pelamin yang we all pilih. Mak metua mmg tak puas hati sangat dengan wedding planner ni. Bincang lain yang dibuat lain. Abiss jambu pelamin anak bujang dia. Hihihih~

Ni mmg acara yang ditunggu2 pengantin lelaki.
Band dibelakang adalah band2 family yang terdiri daripada adik2 dan uncle2 pengantin.
Berseni sungguh family in law ni :)


Time masuk bilik utk shoot gambar ni mmg rasa nk tertidur da. Penat and panas sangat kat luar.. huhuhu~ 
Vail terbang! Wawan photograher ni smp penat la nk hayun kan vail utk dapatkan shoot ni. hihihi~


Mmg nervous!

Seriously time outdoor ni mmg da tak larat langsung. Rasa nk balik je time tu. Dengan  high heels  yang tinggi 4 inci. Haus sangat sampai singgah Vangge makan nasi ganja. hihihi~



*********************************************

Sunday, April 22, 2012

Vacation after Volcano

Ini vacation yang pertama after keluar dari hospital hari tu. Konon2 nk tenangkan fikiran la... Hikhik~ Tak sampai 3 minggu operate hari tu da berpanjat2 ladang teh.. Penat tu penat jugak la.. Tp seronokkk  sambil mengubah2 angin sejuk kan. Dapat jalan2, minum teh, makan strawberry and beli2 sayur kat Cameron Highland. And ni pon plan family in law yang ajak g sane sama2. Happening jugak g ramai2...

Actually tak da pon plan nk naik Cameron sb tengah bulan ni mmg ada plan nk g Sabah. Tp atas sebab2 kesihatan dan macam leceh je nak g Sabah, so we all cancel plan g sane and ganti bercuti kat Semenanjung je la dulu. So burn la flight ticket berharga RM92 (utk 2 orang pergi balik). Tape la... Tak rugi mane pon. Len kali bole pg lagi. Kalu nk g Sabah nk g jalan2 kat pulau g snorkling sume. Tp macam tak kuat je badan nk buat aktiviti air. Last2 g panjat tanah tinggi je la... Hikhik~

Finally dapat jugak merialisasikan impian Vanila Coklat ku :) Hehehee~~~























*************************

Saturday, April 21, 2012

1st Pregnancy Fail

3 minggu lepas operate ari tu, sy g jumpe doctor utk dapatkan result beta HcG. First jumpe doc hari tu   repeat scan utk tgk keadaan rahim. Macam ada something masa scan hari tu and sekali lagi doctor suruh amik darah lg. Daripada hari tu ntah berapa gelen darah da doc amik. Kali ni plak doctor pelatih yg amik. Ntah cane ntah dye cucuk darah tak klua2 sampai nk pitam dibuatnya. Astaghfurullahalazim... Sabor je la. Datang balik 2 hari lepas tu baru doc bagi result. Doc cakap bacaan beta HcG da totally drop and darah da kembali normal. Repeat scan hari tu rahim da kosong and kembali nipis.. And the status is "Pregnancy Fail"... Its a normal miscarriage la sb hari tu pon kandungan baru je cecah 6 minggu. Bleeding ari tu da abis klua sume. Tapi tak da ketul2 pon sb maybe baru sangat lg.. Nasib baik la tak kene DNC. Takot jugak la kot2 luka ke ape ke....

Mungkin tak da rezeki lagi buat masa ni. Lagi pon ni mmg first experience and tak tahu apa2. Lepas ni kalu conceive balik insyaallah da tau la apa nk buat. Kene pantang sikit and tak bole renyah sangat. Fikiran pon kene traditional (dengar cakap orang2 tua) and tak bole fikir moden sangat... Kalu tak gini la jadinya...  Ada hikmah disebalik apa yg terjadi ni.. Allah nk kte bersedia fizikal mental dulu sebelum diturunkan rezeki. Apa yang penting, doa je minta pintu rezeki di buka. And know what, kalu la dapat anak nt, niat nk namakan  dia "RIZQIN" sempena nama rezeki dari Allah. Insyaallah :)

Alhamdulillah sy semakin okay sekarang. Mental fizikal juga semakin sihat. Doctor suruh rehat and after 3 bulan baru bole try plan utk conceive balik. Insyaallah kalu ada rezeki lagi... :)


****************************


Tuesday, March 27, 2012

Sihat ke tak ke ?

Salam...

Masuk hari ni da seminggu da lepas operation hari tu. Doc kasi MC 2 minggu untuk rehat2 and sembuhkan luka operation tu. Suppose this week ada appointment Doc utk dapatkan result kes hari tu. Tapi sampai laa ni tak da pon hospital call. Biasa la... deal pon dengan hospital gomen so kene la uji kesabaran sikit. So duduk la sy kat rumah kene grounded. Nak g mana2 pon tak bole. Makanan pon kene catu. Da tak bole da makan makanan kegemaran eg. udang, ketam, belacan, etc. Sedeh plak rasanya tak dapat makan makanan ruji dan favorite. Tape la, mungkin perot ni da sembuh bole la melantak banyak2.

Dekat seminggu tak dapat keluar rumah. Setelah menghadiri sesi pujuk memujuk dengan husband, akhirnya dapat la jugak menjejakkan kaki ke tanah bumi tuhan ni. Hari Sabtu tu teringan sangat nk makan TGI kat Alamanda. Tapi bile fikir balik terpaksa jalan jauh dari parking langsung cancel program. Takot jadi perkara tak diingini macam hari tu. Paranoid teros! Plan pun bertukar g jalan2 duduk dalam kete je beli tapau Dominos. Masa keluar tu rasa pening2 je teros rasa tak sihat. Maybe sebab da lama duduk teperap dalam rumah so udara luar pon jadi tak kene dengan badan. 

Da masok minggu ke 2 duduk rumah ni teros jadi stress. Tak tau nk buat apa sorang2 kat rumah. Kawan berborak2 pon tak da, harap FB je la chatting2. Hari tu rasa minggu ni nk start keje. Tapi memandangkan keadaan yg tak berapa nk okay skang so tak bole nk nk keje lg. Fikiran ni selalu sangat perasan diri ni kuat. Tapi sebenarnya tak pon... Haih. Kenapa la mental ni strong sangat? Sampai tak selari dengan keadaan fizikal.. Huhu~

Tadi tak da mood sb boring. Pastu ajak hubby g jalan2 makan kt luar nasib baik dia bawak (itu pon dengan syarat2 ketat). Tapi outing kali ni betol2 rasa tak sedap badan.. Lemah je rasa. Perot pon terasa ngilu kat tempat luka tu.. Baru sedar diri ni tak berapa nk sihat lg. Kat rumah rasa macam da sihat sangat. Siap bole kemas2 rumah, masak memasak... 

Mungkin sy ni terlampau aktif. Mmg hobi sy berjalan2, bershopping2, food2 hunter, tgk movie, etc. Mmg stress kalu tak dapat melakukan hobi2 ni. Tapi, sy sedar. Sy da tak bole renyah macam selalu2. 

Kali ni, sy akan menjaga kesihatan lebih daripada segala2nya. Benda yg dah jadi ni betol2 memfobiakan sy. 

****************************



Thursday, March 22, 2012

Pengorbanan Suami

Teringat masa admit 3 hari kat hospital hari tu, hubby la yang menjaga sy siang malam. Kecian tengok dia kehulu kehilir selesai kan masalah2 hospital. Masa first day admit kat hospital hari tu, sy tahu dia tak sanggup nk tinggalkan sy sorang2 kat ward sb dia tahu sy mmg takot kene tinggal sorang2. Dia janji akan datang balik pagi2 teman sy. Pagi tu betul2 dia datang teman sy sampai langgar waktu melawat. 1 malam tak dapat tidur pk macam2, tentang hubby, tentang masalah sakit, tentang rasa takot ni... Seriously, tak da suami disisi mmg rasa awkward, rasa sedeh sangat :(

Masa kat ward tu, dia la yang jaga makan minum, pakaian and macam2. Masa tu baru nampak kepandaian and ketererran dia buat kerja2 ni. Dia tak tidur berhari2 jaga sy. Masa siang tu sy nampak dia tertidur atas kerusi kat hospital. Penat sangat agaknya... Kecian dia....

Time tunggu turn nk operate tu, banyak kali dia tenangkan sy. Tangan tak lepas usap kepala isteri dan berdoa. Muka dia nampak tenang tapi kadang2 terdengar suara dia sebak2 borak dengan ibu dalam phone. Menangis sy masa tu tengok dia susah hati kerana sy. 

Sebelum operate tu sy suruh dia janji jangan balik tinggalkan sy. Tunggu sy settle operation baru bole balik. Operation mula pukul 11malam, and pukul 1pagi baru settle and dapat balik ward. Walaupun masa operation tu kepala pening maybe effect ubat bius, sy gagahkan jugak mata ni celik nk cari dia.. Alhamdulillah dia tunggu jugak sy kat hujung bilik tu. Lega.. Hilang sekejap sakit tengok muka suami :) 

Balik2 rumah tu, hubby terus masok kemas bilik. Sapu semua habuk2... Sebab dia tahu isteri ni allergy  habuk. Kalu selama ni kene cakap baru buat. Ini pertama kali tgk dia buat sendiri tanpa disuruh. Terharu sungguh tgk kesungguhan suami sendiri. Baju2 sy luar dalam semua dia basuh kan. Tak penah duduk jaub dari sy sebab takot sy berjalan sorang2. Mungkin dia tahu isteri dia degil so dia kene duduk jaga dekat2. hihi~~

Malam lepas keluar hospital tu, dia semangat sangat nk masakkan megi goreng sb sy tak da selera nk makan nasi. Walaupun meggi goreng da cukup sweet buat sy. Tak sangka pandai jugak suami sorang ni masak. Memang terselah kebolehan dia. Tip Top!

Tuhan jadikan semua ni mungkin nak suruh sy tengok kasih sayang suami. Pengorbanan suami mmg tak dapat sy nk balas. Terharu dengan apa yang dia da buat kerana sy. Alhamdulillah lepas jadi benda2 ni, saya sedar sy ada seorang suami mithali yang akan jaga sy hingga akhir hayat sy. Sememangnya syurga saya dibawah telapak kaki suami yang sy cintai dunia dan akhirat.. Moga tuhan pelihara hubungan kami ni.. Amiiinnn.....

Thank you for standing up for me and supporting me, even when the whole world is against me. Each time I look at you, I just smile to myself and think, 'I certainly could not have done better'. You are perfect the way you are. Even after all these years, I can proudly say, 'My darling husband, you are my hero'. I love you.
***********************************************

Wednesday, March 21, 2012

Pregnancy Complication

Ni pengalaman yang tak mungkin lupe selama 23 tahun hidup dalam bumi tuhan ni... Mungkin antara yang paling teruk selepas accident 13 tahun lepas di mana 3 hari jugak admitted kat hospital.

Cerita bermula bergini... hati ni mmg teringin sangat nk pg tgk Hot Balloons Festival kat Putrajaya. Sb last year tak dapat nk pg. Hubby banyak kali tanye larat ke nk jalan g sane sb parking jauh sure kene jalan jauh jugak la. Tp disebabkan sy confident badan ni kuat so berkeras jugak nk pg. Hubby nk tak nk kene la bawak jugak sb takot bini sorang ni merajuk (mmg sejak pregnant ni asik merajuk je kejenye). Sampai je kat sane mmg kene berjalan ckit la tp still bertahan lg. Ye la.. sy kan kuat! Agenda hari tu pas tgk balloons nk g dinner kat William. Sb macam teringin plak nk makan kat sana. 

Balik2 dinner perut rasa macam cramp sikit la. Rasa macam cramp2 biasa je la. Pastu g toilet tgk2 ada bleeding keluar sikit2. Panik sangat and hubby tros nk bawak g klinik. Kol 12 tengah malam mana la ada klinik bukak. Last2 pg jugak Hospital Serdang sb tu yang paling dekat. Sampai2 kat sana hubby terus register and kene tahan kat wad sementara. Doc scan cek kandungan tapi blur sb baru je buang air kecil. Then masok kan air kat dalam badan and buat scan lagi skali. 2nd scan doctor cek rahim tebal, postitif pregnant, tp tak nampak kantung baby. Bleeding pon tak henti2... Problem bermula dari situ and doctor suruh admit malam tu jugak.

Still blur lepas doctor suruh admit tu. Susah nye hati ni and jatuh jugak air mata fikir apa yang akan berlaku lepas ni. Nurse bawak ke ward naik wheelchair. Dalam hati aku ni da nk kenapa? Teruk sangat ke sampai jadi cani. Masuk plak ward personal.. Bilik sorang2. Sb kes sy ni da diklasifikasi kan sebagai kes rujukan doctor pakar. Malam tu masuk ward da kol 3.30pg. Masuk2 je kat ward nurse suruh hubby balik and tinggallah sy sorang2 dalam tu. Takut n sedih bukan main bile kene tinggal macam tu. Satu malam tak boleh tidur sb sakit perut (sama macam sakit senggugut). Then jumpe la nurse cakap sakit perut and nk refer doctor. Pastu nurse tu wat endah tak endah je. Sampai ke pg sy menggelupur sakit nurse and doctor sorang pon tak datang. Rasa macam nk tumbuk je nurse tu! Pastu pg2 tu da tak tahan nk call hubby and parents tp phone abis beteri plak. Nak pinjam la phone nurse nk call pastu nurse suruh call guna public phone kat luar. Hangin satu badan ni last2 lancang gak mulut mengeluarkan kata2 tuuuttt#$%. Hey.. Diorang ni tak nampak ke aku sakit cam gini nk suruh jalan jauh2. Bangang punye nurse Hospital Serdang! Ni sb emergency je tau g sini. Kalu tak jangan mengharap nk jejak kat hospital gomen terrible service ni! Marah btol! Last2 nanges2 ngadu kat mak kat public phone. Kecian nye tgk diri sendiri masa tu. And pg tu jugak pas call mak, ayah and hubby pon datang langgar waktu melawat.

Masa tgh hari Ahad tu mmg perut sakit lg macam senggugut and bleeding pon semakin banyak. Pakar datang untuk buat scan kali ke 3 and cek still tak ada kantung baby lagi and result beta HCG menunjukkan bacaan darah 2175 lebih dari 1500 and sepatutnya hamil dan da ada kantung baby dalam minggu ke 6 ni. And know what, ni first time scan ikot bawah (vagina). Seriously mmg sakit and senak perut. And then doctor explain tentang diagnosis yang da dibuat. Doc cakap HCG sangat tinggi, rahim tebal, tp still tak nampak kantung dalam rahim. Most probably it gonna be Ectopic Pregnancy (kehamilan luar rahim) sb doctor nampak tiub sebelah kiri bengkak sikit. If positive Ectopic nk tak nk kene juga operate and buang sebelah tiub sebab takot pecah and lagi bahaya. So the best way now is buat Laparoscopic and Operation. Dimana doctor akan tebuk  perut (di pusat dan bahagian sebelah kiri) untuk masuk kan camera untuk tengok dengan lebih dekat dan sah kan kehamilan luar rahim (di tiub follopio sebelah kiri). 

Sy and hubby da tak ada pilihan lain and ikot cakap doctor untuk buat operation hari tu jugak. Doctor suruh puasa and operation akan dijalankan pukul 2ptg hari tu jugak. Lepas je doctor keluar dari ward, air mata ni da tak tertahan lg and menangis bengkak2 mata. Nasib baik ada hubby yang tenangkan. Mungkin ini ujian tuhan pada kami... Mungkin kalu ini adalah miscarriage normal sy tak da la risau sangat, tp sampai tahap kene operate and kemungkinan Ectopic buat sy tak tenang langsung. Plus, sy mmg ada fobia menjejakkan kaki ke hospital apatah lagi tahu sy kene buat operation. Benda yang paling sy takot dalam dunia ini dan sy sedang mengharunginya.. Sy takot jarum, takot jumpe doctor, takot darah and apa2 yg berkenaan. Oh! sy sedang berhadapan fobia sy :'(

Selama nk tunggu masok OT asik nangis je. Hubby la orang yang tak putus asa bagi semangat dan dorongan kat sy sepanjang masa tu. Sayu hati ni... Operation pospone smp pukul 7 baru masuk OT. Menggigil badan masuk OT and nurse dalam OT pon tak putus2 tenangkan sy. Hampir sejam que dalam OT and last2 doc pakar bius cakap diorang terpaksa reject sy and hantar sy balik ward sb doctor yg lead operation time tu ada emergency case and kene wat sy malam nt. Sekali lagi angin satu badan. Yela, aku ni da bersedia and sedia fizikal mental untuk operation tu. Last2 kene pospone lg. Tp disebabkan badan lemah senyap je la. Balik2 ward sekali lg nanges2 mengadu kat hubby and hubby terus request utk refer kat hospital lain disbbkan service yang ntah apa2 dari Hospital Serdang ni.. Hubby jumpe doc tp doc tak advise utk refer to hospital lain sb macam2 alasan. So tunggu je la and last2 pukul 11malam baru masok OT balik. Sy mmg da totally lemah sangat la sb puasa lebih 15jam. Masok OT doc teros kasi ubat bius and sedar2 nurse cakap operation da settle. Bawak balik ward and nampak mak and hubby setia tunggu kepulangan daku. Terharunya...

2 tebukan (1 di tengah perut dan 1 di bahagian bawak sebelah kiri)
Malam tu mak yang jaga sb suami tak bole tunggu malam2. Asal sy sakit sikit mak bangun urut2 kan. Kasih ibu mmg tiada bandingan. Terima kasih mak ! Pg2 tu bangun mmg rasa pening yg teramat sangat.. Rasa nk muntah. Effect ubat bius agknya. Hubby ulang alik dari rumah pg tu. Nasib baik kudrat kuat untuk jaga isteri sakit ni... Ternyata sy dapat tengok pengorbanan seorang suami...

Pg tu doc pakar datang ward and bagitau result dari operation semalam. And diorang diagnose tak ada apa2 implant pada tiub follopio. But ada possibility mungkin terjadi nya miscarriage, mungkin akan berlakunya Ectopic sb masih kecil tak dapat dikesan dari pembedahan semalam or mungkin in early stage pregnancy kantung baby terlalu kecil utk detect melalui scan. So doc akan monitor kes ni and minggu depan baru dapat result. Esk doc akan amik darah lagi skali utk cek beta HCG. Kalu bacaan HCG semakin rendah so mmg confirm pregnancy fail but if HCG menunjukkan bacaan berganda mungkin doc akan repeat scan and tgk keadaaan dalam rahim.

Apa2 pun kami akan tunggu result minggu depan. And redha dengan apa yang terjadi. Kami pon baru lagi kahwin. Banyak masa lg nk bersama :) Mental masih kuat ! Insyaallah...

Hope everything goes well, guided and blessed by HIM.. Show us the way...