Tuesday, February 14, 2012

BaliMoon Update: Day 1

Flight awal2 lagi da book. Lepas Tunang bulan 2 tahun lepas lagi da setel. Tambang murah return ticket utk 2 orang rm304. Sangat berbaloi2 bukan? Hihi~

Disebabkan sy menggunakan perkhidmatan tambang murah, so tak bole la nk expected tinggi2 sangat kat servis nya. Suppose flight pukul 4.25pm but atlast gerak pukul 7.05pm. Almost 3 jam delay… Sabar je  la kan.. huhu~

Sampai kat sane airport Bali pon dalam pukul 10pm. Masa kat sane tak da perubahan dengan masa Malaysia. Tak macam Jakarta. Sampai2 je kat sane, rep dari hotel da terpacak depan airport tunggu we all. Siap bawak sepanduk nama lagi. Woww~

Dari airport ke villa kat Seminyak tu amik masa dalam 15 minit  je… They are welcome us macam raja taw. Masok2 lobby diorang kasi wet towel utk lap muka. Rasa lega sangat J J J

But actually masa mula2 masuk villa tu macam seram sejuk je.. Sunyi sangat… Tp betol juga, yg we all duduk ni villa. Mmg sesuai dengan konsep dye.. Masok2 bilik pon rasa takot. Kawasan villa tu besar sangat untuk 2 orang duduk. Lepas tu da la buat konsep open. Tgk tv, dapur and toilet pon kat luar. Cuma dalam bilik je ada ada sliding door… Huhuu~ Maybe sy tak biasa lg untuk first day kat sini. Da la malam plak tu. Impression tros berubah… Tunggu siang la mesti happening !

Cuma satu je yang impress. Bilik dye mmg sangat cantik. Masok2 bilik je da ada petals tabur2 atas katil. Kat toilet bath tab pon diorang letak bunga2.. Mmg romantik sangat taw!








Seronoknya tidur atas bunga <3 <3 <3

*****************************

Tuesday, January 17, 2012

BALIMOON ♥ ♥ ♥

Perkara paling best utk pengantin of coz la spend time together... Honeymoon kat tempat yg diidamkan. Alhamdulillah we all dapat jugak pg honeymoon @ Bali *Eat.Pray.Love* ...  Tempat yang da lama masok dalam vacay list. Finally dapat jugak pg dengan husband tercinta.

Actually tak plan pon nk pg sane. But ari tu g Matta Fair terjumpa plak booth Honey Vacation yg offer honeymoon package kat Bali Villa. We all pon tanpa berfikir panjang terus book. And seriously mmg sangat2 puas hati dengan arrangement Honey Vacation. Layanan diorang kat sane pon very nice. 

Right after majlis bertandang, we all fly terus g Bali... Mmg fresh utk newly wed kan. Hihi~ We enjoy our time together and sungguh bahagianya berada di salah satu tempat paling romantik di dunia 

Kat sana we all stay kat Desa Muda Villa @ Seminyak. Tak jauh pon dari Kuta Beach. Tp disebabkan macet bangat so jadi jauh jugak la. Utk vacay 4d3n mmg tak cukup la nk g full tour visit. Ari tu pon dapat g jalan2 kat Kuta, dinner @ Jimbaran, kecak dance @ Uluwatu and tgk sunset @ Tanah Lot. Tempat2 lain tu macam jauh nk pg and kene spend masa. And sy bertekad utk waktu yg terdekat ni (maybe tahun ni or tahun depan) sy akan continue jelajah tempat2 yang sy tak sempat nk jejak. *** BALI!! I just FALLING IN LOVE***



























*************************

Monday, January 16, 2012

Pesona Pengantin - Insertion


Last week my friend post kat Facebook. Dia cakap we all ada masok Majalah Pesona Pengantin. Siap tag gambar sebagai bukti. Surprise jugak la sebenarnya. Hihi~ Pastu we all tros g kedai cari majalah nk tgk story muke sendiri *malu2 kucing* 

Actually last time ada la contact dengan salah seorang editor Pesona Pengantin. And dye suruh hantar story and gambar kahwin utk insert dalam ruangan "Naik Pelamin". Tak sangka la diorang post immediately kan. Hantar tak sampai sebulan da keluar di pasaran. Hihi~~~

Kalu you all baca story ni mesti rasa macam kelaka je... Editor tu da edit sume my story line so jadi macam jiwang2 karat sikit. Maybe itu standard wording yg diorang da fix utk letak kat dalam majalah kot. I ni pon mana la reti nk karang ayat bunga2.. Hikhik~

Sebenarnya macam malu je tgk story and muke sendiri dalam majalah tu. Tp bile fikir2 balik boleh la kot-kot dibuat kenangan. Sekali seumur hidup kahwin... Dapat plak insert dalam magazine mmg bole jadi bahan utk rujukan anak2 cucu nanti. Cheewaaahhh ~~~ :D

Pesona Pengantin Keluaran Februari 2012


"Naik Pelamin"

******************************************

Friday, January 6, 2012

Majlis Bersanding 10/12/2011

Finally dapat pun masa utk update cerita kahwin setelah hampir sebulan berlalu... Maklumlah, lepas kahwin ni macam bz plak. Macam tak da masa utk diri sendiri... Hihi~

Ok for this time sy akan update utk majlis sanding yang berlangsung di Dewan Presint 8 Putrajaya. Dan alhamdulillah majlis di sini pon berlangsung dengan meriahnya meraikan kami :) Thanks kepada jemputan yg datang :) :) :) Appreciate sangat.

Semua jadi seperti yang dirancang dan tiada cacat celanya. Tp seperti kebanyakan pengantin2 lain, sy demam lepas majlis kahwin tu. Tak tahu la kenapa.. Maybe penat sangat kot.. Tapi ada orang cakap "demam pengantin" la "demam terkejut" la... hihi~ Ntah btol ntah tidak istilah demam2 tu. Hihi~

Ok, nk share sikit gambar2 sepanjang majlis...

Dan disini sekali lg sy kredit kepada Weddings Galore and ZamrimaTouch for the gorgeous dress, make up and pelamin.... Sememangnya mendapat pujian ramai :)

Tak lupe kapada Puteh Studio yang memberikan shoot gambar2 yang sangat2 cantik...

Makeup by ZamrimaTouch

Sebelum - Semasa

Selepas
Wedding Outfit by Weddings Galore

Pelamin by Weddings Galore



***************************

Memori sepanjang majlis....








*****************************