Thursday, March 3, 2011

Idea: Baju Pengantin

Benda yg paling seronok sekali utk wedding ialah part mencari idea baju pengantin. Baju pengantin ni basically kene based on wedding theme la kan.. For our baju pengantin direka khas by our wedding planner utk event sanding. Sekarang sy tgh nak cari design2 baju pengantin pilihan sy...

Sanding: Modern Elegance

Main idea: silver wedding dress for bride & silver suits for groom
Concept: Modern

wedding gown... Lace lembang and labuh..

My Feyonce sangat teruje sb dye nak sangat pakai full suit utk our wedding day.
Hadoi... susah lelaki da berangan2 ni.. hehee!

Sangat elegance bukan? 
Kalu cutting labuh macam ni nampak tingi sikit..

Baju butang bulat ni pon menjadi pilihan sy :)

Adore her dress! 
Beautiful!!!

Solemnization: Modern Contemporary

Main idea: Soft pink kurung modern for bride & baju melayu with samping for groom

Kurung Modern

Sweet & Simple :)

Baju kurung belah kembang ni pon cantik.. 
Sangat sopan...

Solemnization: Tudung
Majlis pernikahan maybe buat kat masjid. So mak advice pakai tudung time nikah.

 
Main idea: Tudung Ayu Raudah ni sangat gojes bile digayakan.. 
Maybe I should try!


Hijab ala Arab ni pon sweet pakai dengan aksesori manik kat atas kepala 

Comel! Sb tudung nampak terletak kat kepala without heavy accessories 

Tudung macam ni berjurai kat belakang... 
Style!

..................................................................................................................................

Sunday, February 27, 2011

Nota Semak Bakal Pengantin

Nota details tentang senarai semak bakal pengantin:

6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan
(da book setahun awal da.. Sy: 9 & 10 Dec; Dia: 17 Dec)
* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan. (Sy: Konsep Kristal; Dia: Konsep English)
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf. (baru je lepas attend kursus kahwin. Insyaallah da clear sume perkara)
* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. (hari2 pon dok culculate. Mmg banyak.. Tp max budget RM40K utk satu majlis.. So kene usaha cari duit lg)
* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. (Sy: Dewan da tempah@ Presint 8; Dia: Kat rumah je)
* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis (Nt we all google map and sketch)
* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan (Akan g food testing 12 March ni)
* Pilih pengapit-pengapit anda (Sy: Jihan Kong & partner; Dia: Tak decide agy)
* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan (masih dalam proses pencarian)
* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami (da survey kat majalah pengantin)
* Pilih baju untuk pengapit (maybe diorang bole sendiri just kene ikot tema je.. heheh~)* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun (tunggu kot2 dapat bonus ckit nt..Insyaallah....hikhik~)
* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai (Sy: 1200pax; Dia:1200pax.. Masing2 anak sulung mak ayah msti kene ajak ramai tetamu)
* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. (Rumah kat mane? Maybe kat SK.. perabot nt dapat duit hulur extra baru stary beli)
* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda (Ok. Nt buat folder)
* Sediakan dokumen ini: (Utk pendaftaran insyallah kami akan buat kat Selangor sb hari tu ustaz kat kursus kahwin cakap bole daftar kat tempat kite menetap sekarang... Alhamdulillah. senang keje)
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Surat Perakuan Bujang dari majikan

4-6 Bulan

*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara (Deposit kad kahwin da bayar. Tinggal nak sedia art work je. Then maybe start distribute kad jemputan 2 bulan sebelum majlis)
*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan (Ayah kene take note!)
*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori (kene wat appointment ngn fashion designer..)
*Siapkan bilik atau rumah pengantin (pasal rumah mak ayah incharge.. Utk bilik pengantin will appoint wedding planner utk hias)

3-6 Bulan

*Hadiri kursus Pra Perkahwinan
(Setel!)
*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri (Both will do in Selangor)
*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan (Ayah still dalam perbincangan ngn Imam)
*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid (Also ayah setelkan)
*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu (Flight tic to Bali da booking.. Package akan cari kat Matta fair)
*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh (cousin dekat2 je tayah tempah hotel bagai)
*Pilih cincin perkahwinan (Cincin suasa utk dia pon sy beli kan)
*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri (Akan dapatkan pemeriksaan kat Hospital Serdang @ Putrajaya)
*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda (Nt mak bli baju kat Jackle. Baju lace utk family terdekat)
*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan. (Tour guide to arrange)
*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh (Passport tamat bulan 10. So kene renew in the middle of Oct)
*Tentukan aturcara majlis (Will do with my wedding planner)
*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin (Maybe later ayah will decide)
*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain. (Theme ceremony: Violet Purple; Baju Pengantin: Silver)

2-4 Bulan

*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri
(rough estimate: 1200pcs)
*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam (Will be discuss)
*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering (Will be discuss)
*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk (Will do the floor plan assist by my wedding planner)
*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu (Will be discuss)
*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu (Yes! Mesti!)
*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap (Mak to incharge)
*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan (Assist by my wedding planner)

7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu (senarai VIP also)
*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik (to discuss with wedding planner earlier)
*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas (honeymoon on 19 Dec. Before majlis pertandang da kene prepare)
*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan. (Will be discuss)
*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat. (Explain detail masa distribute kad... Kelab Tasik Putrajaya is the land mark.. susah sangat sroh diorang google map je)
*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka. (tade kot. sume dok dekat2 cni je)

1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam (insyaallah kalu ayah bole dapatkan rumah free utl tetamu)
*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan (Nt ayah sewa lori)
*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan. (discuss with mak andam)
*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda. (hadiah ape pulak?)
*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin. (to remind mak andam)

Hari Majlis

*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan. (mak andam kene datang on time la kan)
*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah (breakfast sekadar alas perot.. nt sakit perot susah pulak)
*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda :) :) :)

Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

HONEYMOON!


.................................................................






Done- Kursus Kahwin



For this week my schedule agak pack jugak la sb kene attend kursus kahwin for 2 days.... Nak ambil awal ckit kursus kahwin ni sb takot nt macam da bz pulak buat wedding preparation. So sementara ada free time ni better complete kan dulu la kan... 

Dulu masa kat UiTM ada jugak diorang buat kursus kahwin ni.. Free lg.. Tapi masa tu tak interested sangat so tak da heran sangat pon walaupon FOC. Kawan2 lain sume da pg... Bukan ape, niat dalam hati ni nk pg dengan bakal suami.. So ini je la masa yg sesuai.. Lagipon kalu pg dengan pasangan lebih afdal kan.. Lebih manis dan pengajaran tu pon dapat dikongsi bersama... 

We all attend kursus kahwin kat Presint 9, Putrajaya...Ramai jugak rupenye orang yg join kursus ni... Land mark kat area Kompleks Kejiranan Presint 9. Tp bukan kat kompleks tu la... Tp kat bangunan atas mamak kembar (kedai mamak yg paling fames kat Putrajaya). Senang je la kalu nk cari pon... Bayaran RM80 seorang utk kursus 1 setengah hari. Penceramah dia memang kelakar dan penyampaian pon sangat2 berkesan. Tak sempat nak ngantok pon kalu dengar penceramah tu bercerita. Ada sorang penceramah tu Tok Kadi yg nikah kan Dato' Siti and Datuk K. Haih.. Amik berkat Dato' Siti la cani...Hehehe~

Tapi banyak jugak la info yg we all dapat. The most important is prosedur kahwin and ramai orang terlepas pandang sebenarnye. Banyak prosedur and dokumen2 yg perlu disediakan dan benda-benda ni sangat penting and kene take note.Sb perkahwinan ni tentang hukum, tentang undang2 kene la ambil berat ckit kan.. Atlease dapat jugak manfaat pg kursus ni bukan utk dapatkan sijil semata2..

Time break bole makan kat Mamak Kembar :)
Location dia very convenient!
Hijab.. Insyaallah.. Soon :)
Kursus Kahwin Putrajaya Presint 9
http://kursusperkahwinan-putrajaya.blogspot.com

............................................................................................................................

Wednesday, February 23, 2011

MaduMoon Gateway..~~


Since we all kahwin on December, tgh2 peak season for sure susah nak dapatkan flight ticket and vacation package if book last2 minutes. So I decided to book my air flight ticket early so secure my sit. Airasia baru keluarkan promotion for travel period September '11 to February '12. Hari ni release hari ni jugak sy online and book. Susah btol nk book time system jem.. Finally dapat jugak :) :) :)

Our Honeymoon destination will be Bali, Indonesia... Tempat yg mmg lama di impikan.. :) Flight ticket yg berjaya sy dapat kan ialah RM304 for 2pax (include airport tax, insurance etc.).. Murah kan... So da save banyak da.. 



After this will try to find honeymoon package (fully sponsor by my company.. Thank you Cyberview!!!)

Rough estimate rate for Bali Honeymoon Package 2011:


As for the package/accommodation etc we all akan pg Matta fair on March @PWTC. Banyak pilihan and bole teros booking kat sane..Yg penting nak dapatkan Muslim Tour Package..  Setel bab honeymoon so hati jadi senang ckit ~:D



..............................................................

Tuesday, February 22, 2011

Wedding Guest Book Station

Teruja nye tgk Guest Book wedding2 event skang ni.. Macam2 deco ada. But for our Wedding Guest Book Station ni sy nak wat sendiri. Sb sume benda da sub cont kat orang..dari pelamin sampai la hantaran... So at lease ada satu la dari air tangan kte kan. Baru dapat feel... Walaupon tak kreatif sangat still nk buat.. Hikhik~

So basically idea utk WeddingGuest Book Station kami macam ni la nt... :)








Idea utk part ni adalah berkonsepkan tema B&W (Black&White)

Utk Guest Book sy akan deco sendiri... Just beli buku kat Lovely Lace. Then, ask Feyonce to design ckit2 skit.. Dye pon Multimedia Engineer so takkan la taleh touch up ckit2 kan.. Tolong yeh yang~! :)

So nt nak bli white frame kat IKEA utk display gambar2 we all kat ctu..

Shosuweettt ~!!!!  =)


Dear our beloved Guest,

Jangan lupe utk TINGGALKAN JEJAK ANDA disitu oke~!
..................................................................................

Monday, February 21, 2011

Wedding Checklist

Tarikh/Waktu/Lokasi/Tema
Nikah
Resepsi
Bertandang

Legal Documents
Kursus Kahwin
HIV Test
Borang Perkahwinan

Pakaian+Aksesori

Nikah
Baju Nikah L+P
Veil
Kasut
Hand Bouquet
Aksesori
Resepsi
Baju Bersanding
Veil 
Kasut
Hand Bouquet
Aksesori
Bertandang
Baju Bersanding
Veil
Kasut
Hand Bouquet
Aksesori

Caterer
Nikah
Recepsi
Bertandang

Majlis Kahwin
Nikah
Kanopi
Meja/Kerusi
Pelamin Nikah 1 Penel
Caterer
Decorasi Bilik Pengantin
Resepsi/Bertandang
Sewaan Dewan
Meja/Kerusi
Sarung Meja/Kerusi + Riben
Pelamin Resepsi 5 Penel
Caterer
PA System + Emcee
Projector
Decoration (Meja Beradap/VIP/Tetamu)
Wedding Coordinator

Make Up
Nikah
Resepsi
Bertandang

Photography
Nikah
Resepsi
Bertandang
Pre/Post Wedding

Videography
Nikah
Resepsi
Wedding Montage

Bilik Pengantin
Set Perabot
Comforter
Langsir
Karpet
Decorasi 
Meja Solek

Kecantikan
Facial
Spa+Massage
Manicure+Pedicure
Henna/Innai

Doorgift
Nikah
Resepsi
Resepsi Rombongan Lelaki (VIP)
Majlis Bertandang
Bunga Pahar/Bunga Telur

Stationary
Kad Jemputan
Doorgift Stickers
Event Itinerary
Guest Book
Pen
Wedding Signage

Entertainment
Penari
Wedding Song Selection

Honeymoon
Air Ticket
Honeymoon Package
Accommodation
........................................................................................

Friday, February 18, 2011

All About Wedding






We went to Pameran Pengantin @ SACC Mall on 12 Feb 2011. All about wedding kat sane.. Wedding planner, photographer, videographer, caterer, pelamin, baju pengantin, kad kahwin, make up, etc etc etc! Rambang mata sampai tak taw nak pg tgk booth mane satu.. 

Wedding planner
Kebanyakkan both yg open kat ctu offer full package of wedding dari A-Z... Macam2 price la yg we all dapat. Hurm.. Not bad la harga but still we all nk carik yg paling worth utk our wedding. So we keep searching sampai lenguh lutut.. *,*

Photographer
Paling syok kalu singgah kat both photographer. Cantik2 gambo kahwin yg diorang shoot. But for photography we all suke tgk hasil art work dari photographer. We all akan save and jadikan reference. So for our future photographer bole la dapatkan shoot gambar2 yg kitorang nak... based on reference pictures yg kitorang survey tu.. :)

Videographer
As for this part, my feyonce sangat2 teruja dengan hasil video from Horahorey Videography (http://horahorey.com/)... Mmg sangat2 impress tgk video diorang. Ape yg best tentang Horahorey ni ialah diorang guna HD video + cinematography. Kreatif sangat!  Price dye not bad la. Worth it dengan hasil art work yg kreatif. Maybe we should try them for our solemnization kn syg?! :)

Caterer 
Kenyang jalan-jalan, singgah both caterer and food testing.. Tayah nak tunggu nasik minyak kawan2 agy.. hehehe~ Tp booth yg terbaik dan paling sedap ialah di booth KamalindaAnggun Catering (http://kamalindaanggun.blogspot.com/). Rendang Tok dye mmg tip top and my feyonce pon suke sangat since dye pon dari Perak. Deco and food presentation dye pon sangat2 unik! yes~i found mine! :)

Pelamin
Ive got big picture for my dream pelamin. Yes!! I decided to choose elegance crystal theme since ari tu pon banyak booth yg wat deco bling2 which is very nice and new. Basically utk color theme i choose SILVER+VIOLET... Comel nye~!!!

Kad Kahwin
Ni part yg paling rambang mata. Banyak yg comel2 & wat geram. So we decided to reserve booking our wedding card kat Kad-Kad Kahwin (http://www.kad-kadkahwin.com/). Design da pilih and deposit pon da bayar. So nt tunggu diorang wat art work je. Utk kad kahwin we all dapat yg murah sb guna promo during pameran pengantin. So, da jimat da kat ctu.. :)










...........................................................................................