Wednesday, November 30, 2011

Full Itinerary

Syyyoookkk nya ada BLOG... Bole jadi kan personal diary utk update anything for future reference. Kalu tak publish dalam blog sure benda2 tu semua bersepah2 kat dalam folder thumb drive la, Gtab la, laptop la, desktop kat opis la and kat macam2 tempat lg yg leceh utk dicari. Perkara yang paling afdal utk dijadikan rujukan adalah di dalam blog "NOTE BOOK KAMI" :) :) :) 

Itinerary majlis da banyak di revise mengikut keadaan-keadaan semasa... 

Dan Itinerary dibawah adalah confirm dan boleh digunapakai oleh semua (include photographer, videographer, wedding planner and caterer utk reference mereka)...

***************************************************************

9 DECEMBER 2011 - Majlis Nikah

Rumah Pengantin Perempuan: Blok A, L3-03, Kompleks Perumahan Siswazah, UPM 43400 Serdang, Selangor
Rumah Pengantin Lelaki: No 37, Jalan P18C 1/4, Presint 18 Putrajaya (near to Wisma Putra)

Majlis Nikah: Rumah Pengantin Perempuan @ Blok A, L3-03 Kompleks Perumahan Siswazah, UPM 43400 Serdang, Selangor (8.30malam - selepas Isyak)

Itinerary Rumah Perempuan

6.00 pm – Start make up & bersiap
8.20 pm - Ketibaan Rombongan Pengantin Lelaki
8.30 pm – Upacara Akad Nikah
8.50 pm – Pengantin Lelaki Sembahyang Sunat 
9.00 pm – Upacara Pembatalan Air Sembahyang dan Sesi Bergambar
9.15 pm – Tetamu menjamu selera
9.45 pm – Majlis Malam Berinai (Upacara Menepung Tawar)
10.15 pm - Sesi Bergambar
11.00 pm - Bersurai

Itinerary Rumah Lelaki
6.00 pm - Jamuan Ringan
7.00 pm – Bersiap
7.50 pm - Rombongan bertolak ke rumah Pengantin Perempuan

********************************************************

10 DECEMBER 2011 - Majlis Sanding @ Dewan Presint 8 Putrajaya


Masa
Aturcara
9.00am – 10.00am
Rehearsal
10.00am – 12.00pm
Bersiap / Make Up
12.00pm – 1.00pm
Jamuan Makan
1.30pm - 1.35pm
Pembukaan Majlis Oleh Emcee & Pengantin Berarak ke Dewan
1.35pm - 1.40pm
Pengantin melangkah ke pelamin singgahsana
1.40pm - 1.45pm
Bacaan Doa
1.45pm - 2.00pm
Persembahan Penari Cilik
2.00pm - 2.10pm
Upacara Menepung Tawar
2.10pm - 2.15pm
Majlis Makan Beradap
2.15pm - 2.25pm
Wedding Slide Show
2.25pm - 2.30pm
Acara Memotong Kek
2.30pm - 2.45pm
Sesi Mengambil Gambar
2.45pm - 4.00pm
Karaoke Pengantin, Friends & Family
4.00pm – 5.00pm
Sesi Bergambar (outdoor)
5.00pm
Bersurai

**************************************************************

17 DECEMBER 2011 - Majlis Bertandang @ Chemor Perak


Masa
Aturcara
      10.00am - 12.00pm
Bersiap/ Make Up @ Ritz Garden Hotel Ipoh (checkout)
12.00pm - 12.30pm
Bertolak ke rumah Berangguh @Taman Meru, Ipoh
1.00pm - 1.30pm 
Bertolak ke rumah pengantin lelaki 
(bersama rombongan pengantin perempuan)
1.30pm - 1.35pm
Pembukaan Majlis Oleh Emcee & Pengantin Berarak
1.35pm - 1.40pm
Pengantin melangkah ke pelamin singgahsana
1.40pm - 1.45pm
Bacaan Doa
1.45pm - 2.00pm
Persembahan Live Band
2.00pm - 2.10pm
Upacara Menepung Tawar
2.10pm - 2.15pm
Majlis Makan Beradap
2.15pm - 2.25pm
Acara Memotong Kek
2.25pm - 2.30pm
Sesi Mengambil Gambar
2.30pm - 3.45pm
Jamming Session
3.45pm - 4.30pm
Sesi Bergambar (outdoor)
5.00 pm
Bersurai


 ************************************************

Map bawah ni adalah hasil kerja comot sy... Mmg kelakar sy tahu... Sy buat ni pon sb senang nk kasi direction kat vendor untuk majlis nikah di rumah sy 9 Dec nt. Hope diorang faham... Kihkihkih~~~


**********************

Tuesday, November 29, 2011

10 Hari lagi?

10 hari lagi... 10 hari lagi.. 10 hari lagi ... and still counting days...

Nervous nya... Hari tu macam lambat je lagi rasa.. Rupa2 nya minggu depan da majlis. 

Alhamdulillah, setakat hari ni sume benda da banyak yang selesai. Cuma nk kene remind vendor2 untuk majlis nt.. Kot2 la diorang terlupe ke... Untuk memudahkan sy juga, meh la sy listkan vendor2 untuk peringatan bersama...

* Wedding Planner
* Caterer
* Penari Cilik
* Photographer
* Videographer
* Projector & White Screen
* Dewan
* Henna
* Kek Kahwin
* Macaroon utk hantaran
* Goodies
* Fresh Flower
* Homestay

Mungkin ada list yg tertinggal ni sb banyak sangat. Nt da igt nk update siap2 supaya senang nk control. Tade la berserabut time wedding nt. And sume ni akan di subcon kepada adik pengantin selaku orang kuat untuk setelkan apa yang patot. 

Sememagnya sy da tak sabar2 nk cuti kahwin. Mmg amik 3 minggu direct.. Nasib baik lah kawen time akhir tahun banyak la cuti bole kumpul. Next week keje sampai ari Selasa je. Rabu da start cuti kene g spa, ambil baju pengantin, tempah fresh flower kat Alamanda etc. Hari Khamis sehari sebelum majlis akad nikah sure banyak keje menanti.... Setelkan goodies, bunga pahar etc. Malam khamis ada appointment untuk buat henna pukul 11malam. Sape2 yang nk pakai inai datang la rumah, kte buat sekali.. Hihi~ Hari Jumaat tgh hari sebelum majlis, fiancee kene arrange homestay utk family in law kat Putrajaya. Wah! Pack nye schedule next week... 

Yang penting sebelum majlis nk jaga perot dan hidung. Tak moh da makan benda2 yang boleh mendatangkan alahan. FYI, sy menghidap penyakit sinus yang paling kronik dan kalu terjadi time majlis mmg la tak le nk control. So sy berjanji akan berpantang selama seminggu utk tidak mengambil makanan2 yang boleh memudaratkan kesihatan sy...  JANJI!!!!!

Berbalik kepada story "10 hari lg", sy macam tak percaya je... Rasa macam baru semalam update blog tentang "7 months to go"... Tup Tup skang da jadi "10 days to go"... Wow! Mmg sangat serammmmm ~~~~

Moga majlis ini berjalan dengan sempurna... 
~~~Amiinnn ya rabbalalamin~~~

Wednesday, November 23, 2011

Enchanting Bridal Shoes

ohhhh... Boleh jadi rambang mata pilih kasot online.......

Sy mmg sangat2 sukekan kasut. Dalam kete penuh kasut, pg shopping mane2 mesti window2 kasut juga. Dulu time hantaran tunang pon ada kasut. Skang ni time nikah macam tak kose plak nk letak lg. So sy invest la kasut untuk majlis sanding sy nt.

At first rasa macam tak penting je kasut ni. Sb fikirkan wedding planner da sediakan semua from head to toe. So tak da apa yang nk disediakan lg sb sume da disiapkan oleh wedding planner. But surprisingly my grandma selalu tanye "kakak, kasut da beli ke blom?" Asik tu je yang dye tanye.. Benda lain dye tak bising pon... hihi~ So, dari situ la timbul nye idea nk kene beli juga kasut kahwin. Maybe orang dulu2 pk kasut la kot yang paling grand yg harus dititikberatkan. hihi~ I dont know.. Maybe la kot... 

Setelah di survey2, ini lah hasil carian sy.... Yang sangat2 membuatkan sy menjadi rambang mata....








Comelkan kasut2 ni. Actually bridal house da provide kan kasut ala2 material kain utk set baju sanding. But sy rasa macam tak cukup tinggi je kasut tu dalam 2 inch. Kalu diikotkan pg ofis pon pakai heels 3.5 inch of coz kahwin pon nk cari yang high heels... Tak da la nampak kecik cenonit sangat bersanding kat pelamin... Hihi~

In mind fikir nk beli kasut warna pink tu... Sb nk matching2 da dengan baju sanding nt.... :) :) :)


Risau nye sb terjumpa benda ni lambat. My wedding lg 3 minggu... Hope still ada stock and sempat deliver before majlis... Insyaallah ~

Source2:



******************

Saturday, November 19, 2011

Teaser: Weds Outfit

Tadi baru fitting baju pengantin. Sangat berpuas hati and tak sabar nk pakai baju pengantin... :) :) :)

TEASER

Untuk majlis belah perempuan, ada 3 baju total. Baju nikah, baju malam berinai dan baju sanding. Sume cantik2 belaka. Tapi tu la.. bias kepada warna pink.. tak bole wat ape la... Hihihi~

Utk baju bertandang kat Ipoh my fiancee mmg suke sangat. Baju ala2 army Faizal Tahir (penyanyi pujaan).

Hope apa yang dihajati tercapai...

Insyaallah...

**************************

Friday, November 18, 2011

Diet or Lost of Appetite?

Pengantin = mesti kurus!

Itu la yang selalu orang cakap. Pengantin mesti berkait dengan kurus. So mmg sangat memberi tekanan kepada bakal pengantin untuk menguruskan badan... Nak tak nk kene la buat utk kepuasan diri sendiri. Like people said "Beauty is Pain". Mmg sakit la sikit tahan perut tp mungkin hasilnya menarik dan memuaskan hati... But still bergantung kepada pendapat masing2 la utk mengamalkan diet sebelum berkahwin.

SEBELUM DIET
Hurm.. Mmg gemok cikit

SELEPAS DIET
Tutti Frutti mmg sesuai utk orang diet.
Banyak kalsium and less fat sb yougart based.

Mmg sy pon mengalami masalah psycology yang sama. Yang mana mesti capai target kg tertentu. Ok... First thing to do... Sy target bile yang sy boleh mula kan diet. And target sy adalah selepas raya, after abis sume open house. Start2 tu mmg la payah ckit nk kene catu sume makanan. And kadang2 rasa macam risau pulak nt gastric sb cara diet yang tak betul.

Last2 find out juga cara2 yang berkesan untuk diet tp tak effect kesihatan badan. Cara2 yang sy amalkan ialah:

Breakfast: Mesti makan (atlease milo cicah dengan biskot)
Lunch: Mesti Makan (Makan berat sikit pon tape.. i.e nasi)
Dinner: Better skip meal after 7
Lain2: Minum aie kosong je... Avoid minum air berkarbonat.

Ini la cara2 diet sy. Tp sometimes ada jg terponteng diet.. Hihihi~

Tp lately ni la kan... Sebulan sebelum majlis, sy da hilang selera makan. Tak tahu kenapa.. Maybe sb sy letih memikirkan kerja2 kahwin smp tak makan pon tak pe.

Tp, based on my survey pon, bakal2 pengantin ni mmg face problem hilang selera makan hari2 menjelang perkahwinan. Biasala... Perempuan makhluk tuhan yg sangat emosi dan terlalu banyak berfikir.

Moral of the story: Jaga kesihatan. Nak jadi pengantin kene sihat.. Elakkan stress di hari perkahwinan.

*******************

Monday, November 14, 2011

Bridal Pampering

Hobi masa lapang sy mmg suke g spa and massage. Lebih2 lagi ada groupon mmg lg bukan main sy memborong voucher spa. But mostly spa yang sy pg buat ala2 moden and reflexology massage. Best tu mmg la best, tp since da nak kawen ni nk jg try massage kat spa traditional, yang amalkan massage treatment ala2 kampung. Bukan ape la kan, da nk kawen ni kene la tahu pantang larang and cara penjagaan kesihatan dalaman. Kalau g spa moden diorang just offer massage and xbole nk consult kte macam2 utk pengantin.

Banyak jg survey tentang bridal spa ni. Sampai penuh list dalam blog ni. As all know la kan, bridal spa package ni mmg mahal. Average dalam RM350-RM600 for full package. Kalau tak pilih betul2 mmg sia-sia la duit tu.. And badan pon at last tak dapat benefit apa2 pon. 

Mmg susah nk cari spa yg btol2 traditional. Nk cari tu pon mmg la ambil masa... Last2 dapat jg cari satu bridal spa kat Seri Kembangan yang offer exactly ape yang saya nk... FULL TRADITIONAL SPA TREATMENT. >>>>>>>>>> ROSES BEAUTY & SPA

First time datang just nk visit je. After brief by Yaya (spa owner), last2 we all decide utk ambil 2 package.. 1 utk lelaki and 1 package lengkap untuk perempuan. For treatment we all buat 3 kali session. 

Petang tadi we all da g spa utk 1 session (full body massage, scrub and sauna). Mmg best sangat pampering treatment by Roses Beauty Spa. Mmg sesuai sangat untuk bakal2 pengantin. Seriously and very recommended. 5 star! Tip Top Service. 

And another info yang bole di share, if kte nk wat bridal spa treatment, kurangkan sikit rasa malu tu. Bia je tukang urut buat kerja dia. Diorang buat tu pon untuk cantik kte, memperbaikkan kesihatan dalaman kte. Sometime effect tu tak da la bole dapat tgk immediately. Sebab tu kene buat session by session.

Benda yang paling best kat spa ni ialah diorang kasi FREE CONSULTATION. Maklumlah, lifestyle orang skang ni moden sangat. Kadang2 sedar tak sedar da terlanggar pantang larang bakal2 pengantin... Seriously kat sini diorang mmg banyak kasi petua2 (khas utk husband&wife)... Banyak sangat dapat info dan baru we all tau betapa pentingnya jaga badan dan dalaman. 

Based on my experience, this spa is highly recommended. To all B2B please prepare your self and body before getting married. Belajar cara2 utk mengekalkan kebahagian berumah tangga. Banyak cara boleh dibuat dan salah satunya dgn buat massage dan mengamalkan jamu. Spa ni menaikkan motivasi sy utk kembali makan jamu. Kalu dulu tak berapa nk disiplin sekarang insyaallah bole amalkan. 

Sebaik2nya bakal pengantin kene mula g spa atleast 3 bulan sebelum kahwin. Tp we all ni sempat sebulan je sb bz sangat. Hihi~ 

ROSES BEAUTY & SPA

Contact:
No 7-1 Jalan Equine 9B
Taman Equine, Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Sel
Phone: 03-8942 7891 / 012-646 0210
Email: rosesbeautyspa@gmail.com






**********************************

Sunday, November 13, 2011

Bachelorette Rock Party

Orang2 selalu buat party bujang kat private club or private restaurant.. But for my Bachelorette party mmg lain skit.. My friends and my bos celeb bachelorette party sy kat studio...  Sambil nyanyi2, karaoke2 n jamming. Tak da la bachelorette party sangat la kan sb ada bachelor2 hantu karaoke join skali. hihi~

Since geng2 ni mmg karaoke monster, so Intan & husband (my bos aka pemilik studio) dengan baik hati nya menjadi host Bachelorette Rock Party sy bersama B2B Liana.. Thank you so much Intan ♥ ♥ 







FYI D'Chorus Studio mmg terbaik la. Sound system best, list lagu2 karaoke updated and music instrument pon bagus2.... Siap bole buat voice recording lagi. Excited okkkeeee! Nt nk ajak my Fiancee buat recording kat sane la... Saje mencuba hobi baru... Hihi~

Studio ni jg ada sedia kan service utk wedding event, PA systems and equipment rental. Sape2 yang berminat boleh tros contact studio owner ni k...




Location
About
Jamming, Recording, Album Production, Event Management, Equipment Rentals
Description
All our workspaces are sound proofed and acoustically treated to produce the best sound quality for your live practice or track by track recording and mixing, all at an affordable and negotiable rates to suite your budget.
Parking
Street
Email
sunnyrazak@yahoo.com
Phone
016-2850607

Come & enjoy ~!

*****************

Saturday, November 12, 2011

Homestay @ Putrajaya

Finally dapat pon jumpa homestay untuk rombongan2 dari Perak. Banyak jg homestay yang we all cari area Putrajaya tp kebanyakannya offer rumah apartment 3 bilik, yang mana we all rasa tak cukup utk segerombolan ahli rombongan daripada Ipoh tu. Hihihi~

Cari punye cari akhirnya dapat jg homestay kat Presint 18 Putrajaya. Dekat la jg dengan highway menuju ke rumah nt. Take about 15minit je ke rumah serdang and tak sampai 10 minit ke Dewan Presint 8 untuk majlis bersanding nt. Sangat strategik lokasinya .. And also rumah ni besar dan sangat selesa didiami oleh ahli rombongan. Sewa utk rumah ni pon tak da la mahal sangat. Mmg berbaloi :)


COZY HOMESTAY @ PRESINT 8
Teres 2 1/2 tkt, end lot
5 bilik 4 bilik air
Fully furnish inc air cond and wifi, dapur
Kemudahan parking
Bersebelahan Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Presint 2, Alamanda, 5 min ke Masjid Sultan Mizan
Pemilik Rumah: En  Shahrol 016-3360131 (shahrol7@gmail.com)

*************************************


Thursday, November 10, 2011

Im 23 and 1M to go!

Tadi saje2 view blog sendiri and tak perasan hari ni da 10 November 2011. Sebulan lagi je nk bertukar ke STATUS misteri tu. Wow... Cepat nya...


Seriously xsure ape perasaan sekarang ni... Sometime excited, kadang2 rasa sayu je bila fikirkan family, future husband etc... Ada pula kadang2 tense pk pasal kerja2 kawen ni. Banyak sangat nk diuruskan sendiri. Hurmmm...  

Tapi mmg kahwin ni mengajar seseorang utk lebih bersabar sb mmg dugaan datang bertimpa2... And lagi satu yang sy perasan dengan diri sendiri ialah sy menjadi semakin emosi lately. Sampai kadang2 tak boleh control. So sape2 yang tersilap kata, tersalah langkah tu mmg kene la... Astagfirullah.... Tuhan kuat kan hati ku...




Orang selalu cakap "Farra, awal nye kahwin..." Kenapa??? Salah ke kahwin umur 23 tahun? Im a Degree Holder and da keje almost 3 years. Emmm... Maybe diorang pk 23 tahun tu orang tengah study lagi kat U. And mungkin sy terlampau advance @ matang utk umur sy begini... Sb surrounding pon bukan dengan rakan2 sebaya... lebih kepada2 kawan2 yang senior dan secara tak langsung benda tu really2 influence. Fikiran pon da advance daripada biasa and lebih fikirkan future. Dont worry, sy da puas enjoy zaman2 muda sy..

Bak kata orang, benda yang baik jangan dilambat2kan. Takot nt jadi benda yang tak baik pulak. Bila seseorang tu kahwin kerana sunnah nabi, maka terbukalah segala pintu rezekinya. See, betapa banyak kelebihan kahwin awal... Fikiran2 kita yang sempit ni je yang membuatkan kahwin muda ni nampak terlalu susah sangat.

But for me la... kahwin ni mematangkan kte sb perkahwinan ini satu tanggungjawab. Kte da melangkah ke alam baru yang kte sendiri tentukan arahnya bersama2 suami/isteri. Let say kalau dulu tak tahu masak, insyaallah da kahwin nt kte pandai la masak dek krn rasa tangggungjawab kte tu. Percaya lah :)

Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat, Tp tu pilihan masing2 juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kte buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. Insyaallah...

*****************************