Baru terbaca tentang Braxton Hicks ni ari tu. Tup2... Jumaat malam tu sakit perut. Sakit macam senggugut yang teruk tahap 4/5. Sampai menangis la tahan sakit malam tu.
Sangat pelik sakit perut kali ni. Sb sepanjang preggy tak pernah plak kene attack sakit perut sakit sangat. Takot nye dalam hati ni. Takot apa2 yang jadi and kisah 9 bulan lepas berulang kembali... Takotttt!!!!
At first, rasa macam masuk angin biasa je. Lepas tu tak sampai 15 minit sakit bahagian bawah perut. Lepas tu sakit kat bahagian pelvic.. and turun sampai ke kaki. Cramp dan lenguh kaki ni tahan sakit. Memulas2 nye rasa perut. Kadang2 ok pastu rasa sakit balik. Baby dalam perot ni pon bukan main lagi menendang2. Lagi la senak perut mommy ni. Heheh~ Dalam otak ni terfikir "Aku ni da nk beranak da ker?" Kandungan baru 31 minggu. Tak nak la deliver sekarang. Baby pon belom perfectly mature. Risau nyeee...
Hubby pon risau and paksa g check kat hospital. Tapi, sy berkeras sangat tak nk pegi sb nt doc buat procudure bukan2 and jadi macam hari tu. Seriously sangat fobia. As long as tak da tanda2, tahan je la kat umah. Unless kalu rasa tak tahan sangat atau maybe tumpah darah/ pecah ketuban baru nk refer hospital.
Baru teringat malam tu tak makan lagi. Mintak tolong hubby buat kan Milo panas cicah biskot. Pas minum baru rasa lega. Jalan2 sikit dalam bilik dan alhamdulillah sakit da kurang. Pastu teros tido and pagi esk da tak rasa sakit lg. Nasib baik la tak jadi apa2.
So google2 balik, maybe sy diserang Braxton Hicks or dikenali sebagai kontraksi palsu. Palsu2 pon sakit jugak la. Suddenly terfikir... Kalu contraction palsu ni pon da sakit apatah lagi la contraction betol2 time bersalin nt. Sure lagi sakit... Huhu!
INFO TENTANG BRAXTON HICKS
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir
yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita
mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin
dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya
dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama
beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras
kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke
ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi
apabila:
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau
tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
1.Kontraksi BH tida
menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi
semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
2.BH tidak
teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur
dan semakin kuat.
3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak
selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa
Semasa Kontraksi BH
1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda
merasa yang kontraksi BH akan datang
2.Rehat lebih lama. Minum air dan
baring pada sebelah kiri badan
3.Minum air secukupnya. Dehidrasi
menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
4.Buang air kecil
dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan
BH.
5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan
mengurangkan ketidakselesaan
****************************************