Wednesday, December 19, 2012

3d4d Scan @ 8 months

Hari ni ada checkup dengan Dr Ras untuk bulan ke lapan. Perot ni pon bukan main besar lagi. Kalah  mommy2 yang sama2 datang checkup. Heeee~~

Scan baby hari ni sume okay. Tumbesaran baby mmg same dengan usia kandungan 32 minggu. Last 2 weeks scan baby berat 1.7kg. Now da 8 bulan berat baby naik 1.9kg. Cepat nye baby besar... :) Alhamdulillah. Tapi bile mommy dia plak timbang berat tambah lg sekilo. So, as of now berat 62.6kg daripada 51kg before get pregnant. Maybe sampai due nt naik sampai 15kg. Waaa..~ 

Checkup hari ni baby sangat behave and finally dapat jugak snap gambar 3d4d... 

8 months 3d4d scan

Baby sangat debab..GERAM~~~ Pastu muncung bukan main la mulot dye. Heheeee.. Hubby cakap ikot mulot mommy dia la muncung 24 jam. Ye laaa. nk wat cane. Mane tak tumpah nye kuah kalau tak ke nasi kan. Hiihihi~

Lagi 2 minggu kte jumpe lagi k BoboiBoy :)

************************************

Tuesday, December 18, 2012

Braxton Hicks Attack!

Baru terbaca tentang Braxton Hicks ni ari tu. Tup2... Jumaat malam tu sakit perut. Sakit macam senggugut yang teruk tahap 4/5. Sampai menangis la tahan sakit malam tu.
 
Sangat pelik sakit perut kali ni. Sb sepanjang preggy tak pernah plak kene attack sakit perut sakit sangat. Takot nye dalam hati ni. Takot apa2 yang jadi and kisah 9 bulan lepas berulang kembali... Takotttt!!!!
 
At first, rasa macam masuk angin biasa je. Lepas tu tak sampai 15 minit sakit bahagian bawah perut. Lepas tu sakit kat bahagian pelvic.. and turun sampai ke kaki. Cramp dan lenguh kaki ni tahan sakit. Memulas2 nye rasa perut. Kadang2 ok pastu rasa sakit balik. Baby dalam perot ni pon bukan main lagi menendang2. Lagi la senak perut mommy ni. Heheh~ Dalam otak ni terfikir "Aku ni da nk beranak da ker?" Kandungan baru 31 minggu. Tak nak la deliver sekarang. Baby pon belom perfectly mature. Risau nyeee...
 
Hubby pon risau and paksa g check kat hospital. Tapi, sy berkeras sangat tak nk pegi sb nt doc buat procudure bukan2 and jadi macam hari tu. Seriously sangat fobia. As long as tak da tanda2, tahan je la kat umah. Unless kalu rasa tak tahan sangat atau maybe tumpah darah/ pecah ketuban baru nk refer hospital.
 
Baru teringat malam tu tak makan lagi. Mintak tolong hubby buat kan Milo panas cicah biskot. Pas minum baru rasa lega. Jalan2 sikit dalam bilik dan alhamdulillah sakit da kurang. Pastu teros tido and pagi esk da tak rasa sakit lg. Nasib baik la tak jadi apa2.
 
So google2 balik, maybe sy diserang Braxton Hicks or dikenali sebagai kontraksi palsu. Palsu2 pon sakit jugak la. Suddenly terfikir... Kalu contraction palsu ni pon da sakit apatah lagi la contraction betol2 time bersalin nt. Sure lagi sakit... Huhu!

INFO TENTANG BRAXTON HICKS 
 
 
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya

2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang

2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

****************************************

Monday, December 17, 2012

Parentcraft Class @ KPJ Kajang

Hari Ahad ari tu attend one antenatal class called Parentcaft Class organized by KPJ Kajang... For first time mommy and daddy macam ktorang ni mmg rasa best sangat class tu. Banyak info yang ktorang blaja. Dari awal pregnancy sampai la penjagaan baby. Sume cover... 


Banyak jugak la participants hari tu. Dalam 17 couple. Tapi kebanyakkan nye Chinese la.. Tak sure la kenapa tak da banyak sangat participation dari Melayu. But for us la, program2 maacam ni, elok sangat bakal2 parents participate.Atlease dapat jugak big picture on how to deliver and take care of your baby nanti. 

Topic Cover:

  • Pregnancy and Labor by O&G
  • Pain Relief & Epidural 
  • Newborn Screening & Vaccination by Pediatricians
  • Nutrien During Pregnancy by Dietitian
  • Exercise Pre & Post Natal by Physiotherapist
  • Care of Newborn State Registered Nurse
  • Leisure Chat
  • Ward Tour
Dalam banyak2 topic, exercise and post natal session yang paling best. Sb diorang ajar husband cara2 massage wife time mengandung. Teknik2 pernafasan time bersalin pon diorang ajar. Which is sangat2 menarik untuk dilakukan bersama :) Pastu diorang ajar macam mana nk take care of baby, penjagaan time confinement and macam2 lagi. 



Time lecture Nutrient During Pregnancy, dietitian ada mention tentang supplement yang elok diambil time mengandung. And yang paling mendapat perhatian ialah cara2 nak bagi anak pandai kene amik banyak EPA DHA. So pas abis class tu jugak g farmasi beli DHA supplement. Dan inilah hasil tangakapan kat Watson Alamanda:


Last session class hari tu, Sister bawak we all tour labor room. Seriously, mmg cantik sangat la labor room kat KPJ Kajang tu. Tiap2 labor room ada tema dia sendiri. Ada warna purple, biru, merah, hijau.. Macam2 dan cantik2. Macam deco kat dalam bilik sendiri. Maybe diorang saje buat macam tu supaya orang tak da la nebes sangat nk deliver baby kan. Macam seronok je nak beranak dengan environment bilik cani :)








Lepas tour labour room, ktorang g visit nursery plak. Kebetulan ada 4 baby yang baru lahir dapat la ktorang tgk. Comel sangatt :)



After that, sy n hubby sempat jugak la tgk2 maternity package KPJ Kajang ni. Untuk Single Room charge RM2,588 for 2 days 1 night (normal delivery). Within budget la sb company cover RM3,500 for normal delivery and RM5,500 for Czer. Kalu ada balance sikit2 tu bole request benda lain untuk masok dalam bill. Hehheehe~

So far, we all confident dengan service and package from KPJ Kajang ni. Kalu tak da aral melintang, insyallah akan deliver kat sini :)

********************************

Saturday, December 15, 2012

Tips Senang Bersalin

Tiba2 hari ni terfikir sesuatu....

Now da masok 8 bulan. Dalam sebulan setengah lagi insyaallah keluarlah baby dalam perut ni. And tetibe terfikir tentang bersalin. Wooohhh... Nebess nye... ~~~

Dari awal2 ni baik study2 sikit perkara yang patot buat untuk persediaan bersalin nt. So tak da la nt menggelabah semacam. Hikhik~

Tips2 dibawah ni hope dapat membantu :)
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. But sy mmg tak suke makan telur separuh masak. So xsure nak makan ke x. heee~
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. And again, i won't! kembang tekak... hahaha~!
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan dia yunus erta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. Orang cakap time 32 minggu da bole start minum da. Nt baby kluar bersih je :)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)
Tadi g beli barang set bersalin kat Mum Dreams @ Bangi. Kat situ terjumpa air syifa' (air selusuh) and terus je beli. Mmg da lama da nk cari air selusuh ni. Alhamdulillah jumpa jugak :)


Actually air selusuh ni bole dibuat sendiri oleh suami. Air selusuh mmg dikenali dikalangan masyarakat melayu kte apabila tima saat2 hampir bersalin. Air yg didoakan itu boleh dibaca sendiri oleh suami ataupun pengamal perubatan. Berkat bacaan doa serta ikhtiar, isteri yg akan melahirkan anak dipermudahkan urusan kelahirannya... Insyallah...

BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’


3. Al-Hasyr : 21-24


4. Doa Selusuh

Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".

5. Doa Pemudah
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.

****************************************

Tuesday, December 11, 2012

Anniversary Celebration

9.12.2011 - 9.12.2012

Setahun da... Cepatnye...~~~

Rasa baru semalam je majlis :) :) :) 

So untuk celebate julung2 kali nye anniversary, we all plan having romantic candle light dinner kat SUBAK RESTAURANT, Bukit Lanjan. Seriously tempat dye mmg nyaman sangat and sesuai la kalau nk celebrate romantic2 dengan love one :) Oleh sebab we all suke sangat dengan tema ala2 Bali, so tempat ni la yang paling sesuai.. Siap ada atap alang2 lagi, mmg teros mood Bali datang. So sweet :) :) :) Tempat dye pon privacy sangat.

Tapi for those first time datang tempat ni, kene sedia kan GPS. Sebab tempat dye agak masuk kedalam dan takot la kot2 tersesat. Hikhik~

Kat sini bole dapatkan sume jenis makanan. Dari Malay ke Western... Sume ada. But we all ari tu macam lapar sangat so kene jugak dapatkan nasi. So order Tomyam Udang Galah and Nasi Goreng Subak... Mmg sedap and food presentation dye pon not bad. But yang paling sedap ialah dessert.. RED VALVET CAKE. Mmg sangat2 sedap :) 

HAPPY 1ST ANNIVERSARY SAYANG ♥ ♥ 
I still get chills thinking about that amazing day and how beautiful it was to be able to share it with all of the people we love so much. I feel incredibly lucky to have found him, and everyday I reflect on what an amazing partner he is. Kind, loving, compassionate, fun, so incredibly handsome...he is truly the best person I've ever met in my life and I'm truly PROUD to call him my husband.











***********************************

Monday, December 10, 2012

Maternity Photoshoot cum Anny Portraiture

Alhamdulillah...
 
Da setahun usia perkahwinan sy dengan hubby. Tak sangka cepat sangat masa berlalu... Dan bersuyukur sangat kami bakal dikurniakan baby awal tahun nt... Insyaallah :)
 
Untuk memomentkan lg saat anniversary tu, we all plan nk buat 1st Anniversary Portraiture cum Maternity Photoshoot. Last time da survey2 kat internet untuk dapatkan package White Studio Photoshoot and finally got best price from Titian Songo Studio with this package:

 
RM150.00
1hour max. shooting in studio
snap+editing+burn
unlimited shots
 
RM200
1 enlargment photo 16x24
1hour max. shooting in studio
snap+editing+burn
unlimited shots
 
RM300
1hour max. shooting in studio
1story album 10x24
snap+editing+burn
unlimited shots

Actually susah jugak nk dapatkan package white studio photoshoot ni sb kebanyakan photographer tak da studio sendiri and kene buat outdoor photoshoot je. Tapi ktorang macam malas plak nk g jenjalan kat park amik2 gambar sb fikirkan skang musim hujan and now pon tgh membuyong. So tak larat nk berjalan2 jaoh. Lagipon masa kawen and prewedding da banyak sangat shoot outdoor. So now macam nk ubah angin nk buat indoor je. And luckly we all jumpa Titian Songo ni and located near Presint 9 Putrajaya (@ atas kedai Mamak Kembar & betol2 sebelah tempat kursus kahwin Presint 9). Dekat sangat dengan umah so we all decide amik je kat diorang plus harga yang sangat2 murah compared to other photographer.
 
Agak kagum jugak la dengan Akmal@Mile photographer Titian Songo ni sb muda2 lg da ada studio sendiri. Pastu banyak sangat idea and buat ktorang selesa amik gambar. And photoshoot tak limit pon 1 jam, sb diorang akan amik gambar kte sampai kte btol2 puas hati.. Emmm... Best kan?! Petang shooting malam tu jugak dia edit and upload kat FB. Service yang mmg terbaik!
 
So for those yg  berminat nk buat white studio photoshoot, sy highly recommend this photographer. Seriously mmg tak mengecewakan. And we all pon sangat2 puas hati :)
 
So ini lah hasil2 comel dari Titian Songo Studio for our Maternity cum Anniversary Photoshoot:
 











 
 
*************************************
 
 
 
 




Thursday, December 6, 2012

Doa Ibu Bersalin

Doa tatkala ingin bersalin/sedang bersalin...

ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﺍﻟﺤﻟﻴﻢ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺮﺐ ﺍﻟﻌﺮﺶ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺮﺐ ﺍﻟﺴﻤﻭﺍﺖ ﻭﺍﻻﺍﺭﺽ ﻭﺮﺐ ﺍﻟﻌﺭﺶ ﺍﻟﻌﻈﻴﻡ

“Laaa Ilaaha Illallaahul ‘Azhiimul Haliimu Laaa Ilaaha Illallaahu Robbul ‘Arsyil ‘Azhiimi Laaa Ilaaha Illallaahu Robbus Samaawaati Wal Ardhi Wa Robbul ‘Arsyil Kariimi“


Ertinya:
“Tidak ada Tuhan melainkan Allaah yang Maha Besar lagi Maha Penyantun, tidak ada Tuhan melainkan Allaah Robb ‘Arsy yang Agung, tiada Tuhan melainkan Allaah Robb langit dan bumi dan Robb ‘Arsy yang Mulia “.

Keterangan:
Tatkala menghadapi proses lahiran atau persalinan perbanyaklah membaca doa di atas. Semoga Allaah Subhaanahu Wa Ta’aala memberikan kemudahan di dalam kelahirannya.

**************************************

Tuesday, December 4, 2012

Susah nya tidur malam ...

Lately mmg susah sangat nk tidur malam. Kalu ikotkan hari2 ngantuk, hari2 badan rasa penat. Tp in third trimaster ni selalu sangat terjaga malam. Pastu nk tidur balik da x bole. Maybe sebab badan dan perot tak berapa nk selesa.
Orang cakap ibu mengandung tak baik tidur melentang. Tapi seriously mmg da tak dapat nk tidur melentang da masa perot da besar ni. Rasa macam berat sangat perot macam ada beban letak atas badan tu. Mungkin baby da besar kot bagi tekanan kat perot ni masa tidur. And kalu ikot nasihat doctor elok tidur mengiring ke kiri. Selain ikot sunnah nabi, actually tidur mengiring sebelah kiri elok utk salur kan oksigan dalam rahim. So baby dalam perot pon sihat... Alhamdulillah la, mmg rasa selesa pon kalu tidur mengiring belah kiri. Tapi yang tak besh nye badan sebelah lenguh la. Otot2 pon tegang semacam. Huhuhu.. ~~

Antara problem2 yang mengganggu tidur:


  • Kaki kejang (selalu kat area betis)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sering buang air kecil diwaktu malam (sometimes sejam sekali tau)
  • Baby yang terlalu aktif, selalu tendang pada bahagian  yang sensitif (so automatic effect kat pundi kencing)
  • Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh baby yang semakin membesar
  • Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang (maybe badan makin berat)
  • Mimpi ngeri yang sukar dilupa (sampai hari ni terngiang2 lagi nighmare last week)

  • Paling teruk kejang kaki kat bahagian betis tu la. Orang panggil tarik mengkarung @ simpul biawak. Tak sure plak kenapa nama dye macam tu. Sebab tiap kali nk gerak or alih kan kaki masa tidur mesti kejang sampai rasa nk nangis tahan sakit.
    Tiap2 kali diattact tarik mengkarung @ simpul biawak ni, cepat2 kejut kan hubby dan dye akan urut and tegakkan tapak kaki. Ada orang yg tak tau cara sampai urut cane2 pon tak elok. Tp nasib baik hubby tau cara macam mana nk urut kaki kejang and sekejap je da elok. Orang cakap sebab kte tak cukup calcium sebab tu jadi kaki kejang ni. Tapi tiap2 hari pon makan suppliment yg doctor kasi but still jadi jugak. Tape.. redha je la.. Atleast ada orang yang boleh urut kan. Hihihi~

    So utk mendapatkan quality tidur yang baik, sy decide nak beli maternity pillow utk keselesaan perot  dan support tulang belakang. Nasib baik hari tu jumpa pamplet MomsLittleOnes kat Maternity & Baby Expo. Terus grab beli online. Nasib baik la... Ni dok tunggu bile la nk parcel nk sampai kat opis. Bole terus pakai.. Hihii~ Actually ada jugak yang maternity yang panjang tapi mahal sangat la plak. Pastu pk2 balik tak sesuai plak nk bawak g travel. So beli yang kecik je la. Berbaloi2~:)

    MATERNITY AND BREASTFEEDING PILLOW









    ************************************