Thursday, March 24, 2011

Darah manis?

Ape sebenarnye darah manis ni?

Dulu sebelum tunang ramai orang pesan time tunang ni "darah manis"... Pelik nye.. kenape pulak masa tunang je darah jadi manis? Darah kite ada penyakit ke? Or muke kte jadi manis ke? Or semot hurung ke? Haihh! Sangat2 tak paham.. hurm...

So after google baru faham.. Dan inilah fahaman2 sy hasil interpretasi sy sendiri.. :b

Sebenarnye "darah manis" ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yg tengah bertunang. Ianya ialah merujuk kepada kebarangkalian kepada benda-benda yg tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain nye ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan.

Reference yg menguatkan lagi fakta:
Kamus Dewan terbitan DBP (1970) memasukkan ungkapan ini di bawah kosa kata 'darah' dengan makna: mudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan dengan orang yang bertunang).
 Sebagai contoh..


  • Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini sy setuju la sb ada sebab musabab yg kukuh..
  • Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi sy kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa2 pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.
  • Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang utk menjadi perhatian orang. So kalu dulu sebelum tunang tak da orang yg pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang berkenalan. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kte buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu.
Sy pon kadang-kadang taksub jugak dengan fahaman "darah manis" ni... Sampai takut nak buat ape-ape pon.  Tapi bila di fikir kan balik ni sume just nasihat je sebenarnye supaya kita tak hanyut sangat dengan perasaan sendiri. Ye la.. orang bertunang ni banyak angan2 nye.. excited sangat.. 

darah manis ???
..............................................................

4 comments:

ckynwan said...

hai.. br je lepas bertunang terus je google pasal darah manis ni hehehe

Anonymous said...

Salam, entri ini menjadi rujukan mereka yang baru menjadi tunangan orang. Terima kasih. Semoga berbahagia.

Anonymous said...

smela..hehe

lazyzara said...

hehe.... oo mcmtu maksudnya..

Post a Comment