Thursday, December 29, 2011

Party Again ~

Lupe sangat nk update tentang bachelorette party yang my ex school mate buat. Just beberapa hari before majlis berlangsung. Second party lepas celebrate dengan colleague ari tu.. Thanks to all friends who organizing this sweet preety party... :) :) :)

Enjoy sangattt!!!!!!!!!







********************

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Nikah 9/12/2011


Tarikh 9 Disember 2011 finally jadi hari yg sangat bermakna utk kami celebrate tiap2 tahun... Hari penyatuan dua hati kami... Saat kami sah menjadi suami isteri.... Seriously I totally love those moments.  

Semua nya berjalan dengan lancar... Dengan sekali lafaz sy selamat berubah status dari Cik kepada Puan. Perasaan bercampur-campur time akad nikah tu. Gembira, terharu, sedih sume ada. Dan tumpah juga air mata disaat suami menyambut akad dari ayah... Terharu sangat ~ 

Bersyukur tak terhingga Allah beri kehidupan yg sangat-sangat bermakna dalam hidup sy... Alhamdulillah ~~~

************************

Cerita tentang majlis nikah, family and pengantin sendiri yang banyak bertungkus lumus. Im the wedding planner and sy bertanggungjawab menjaga segala tentang majlis ni.. Dan alhamdulillah semua berjalan seperti yg dirancang.

Kredit to Weddings Galore (pelamin, baju & hantaran) dan Zamrimatouch (makeup artist) & NedHenna kerana banyak menyumbang kepada kelancaran majlis sy. Hasilnya juga betul-betul memuaskan hati sy :) :) :)

Ketiga2 mereka is highly recommended. Good job Guys~~~

Mini Pelamin Nikah by Weddings Galore
http://weddings-galore.fotopages.com/

*Maaf! Kamera Amatur*

Just nk nampak kan overall pelamin. Ni je yg ada pun. Hihi~



Hantaran (Fresh Flower) by Weddings Galore
http://weddings-galore.fotopages.com/
*Maaf! Kamera Amatur*



Busana by Weddings Galore
http://weddings-galore.fotopages.com/

*oK! Ni camera pro*


Makeup by ZamrimaTouch
http://zamrimat.blogspot.com/

*Maaf! Kamera Amatur*

sebelum 
selepas
Malam Berinai


*Hurm.. Camera campur2*







awesome henna :)

*************************

Tuesday, December 27, 2011

Just Married

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri kepada Mohd Hirwan Dzahiruddin ♥ ♥ 



Banyak story2 sepanjang majlis... Moment yang tak mungkin dapat lupa sampai bila-bila :) :) :) 

Special thanks to parents, parents in law and family kerana banyak tolong dalam menjayakan majlis kami... Mmg penat kerja2 kahwin ni... Sampai pengantin pon demam lepas kahwin... Hikhik~~~

Seriously, mmg lega sangat lepas kahwin ni... Tenang hati, tenang jiwa.... Ada husband kat sini yang selalu ada di sisi utk support dan menjadi peneman. Moga tuhan memberkati hubungan kami bahagia dunia akhirat... Aminnnnn~~~

Im blessed ! 
Thank you Allah for giving me a perfect life and send me a lovely husband. 

************************

Cik to Puan : Post Coming Soon~

Tanggal 9 December 2011, bersamaan 13 Muharam 1433 H, 8.40malam...

Dengan rasa besar hatinya, Saya telah pun bergelar...

PUAN NURFARRAHIN MOHD FUZI

:) :) :)

Banyak cerita2 disebalik majlis saya... Nt sy update ye.. Sejak bergelar orang baru ni agak busy and sometimes hormon bertukar2 membuatkan sy susah btol nk cari masa update post2 dalam blog ni...



Tak sabar nk update story malam ni... :) :) :)

****************************

Sunday, December 4, 2011

Everything okay here

5 hari before majlis....

Still boleh chill g tgk wayang "OMBAK RINDU", boleh jalan2 g shopping, jumpe kawan2...

Chill n Relex je pengantin ni... hihihi~
Ni disebabkan oleh kerana sy da siapkan hampir semua kerja kahwin sy awal2... No last minutes task. Cuma ada sikit2 je nk kene siap kan minggu ni... Sb tu la boleh chill2... Bukan ape la kan, tgk blogger2 bride to be kat FB... Sume cakap tension siapkan kerja masa2 terakhir menjelang hari perkahwinan. Benda ni tak siap la, terlupe beli barang ni la, tak sempat nak tempah la etc... *p/s: Mak marah kalu sy tension2 pening pk pasal kahwin*

And we all mmg avoid benda2 tu jadi kat majlis nt. So, cara yang paling baik ialah siapkan kerja kahwin awal2 and enjoy hari2 menjelang hari bahagia.. Start setahun sebelum kahwin pon lagi bagus. Duit pon da bole start kumpul awal2.. Siap kan proper budget.. Dont worry, walaupon duit banyak invest utk wedding, trust me, rezeki datang tak di sangka dalam waktu2 nk kahwin ni...

Sebulan sebelum majlis... g la spa ke, salon ke, wat manicure ke.. Ape2 je la yang bole memanjakan diri... Tak perlu nk memeningkan kepala masa2 ni... Moment2 cani sepatotnye kte nikmati.. So jangan lepas kan peluang.. Sekali seumur hidup je dapat rasa macam ni ok :) :) :) 

But kadang2 kaki ni tak le duduk diam jugak.... Ada je benda yang nk dibuat. Minggu lepas da cat dinding bilik, minggu ni macam nk membusy kan diri cat pintu pulak... Hurm... Esk nk kene cari keje lain pulak supaya nampak la sikit bz2 pengantin. HihiHihi~ 

Esok last keje... Pastu cuti panjang 3 minggu... 
HOREEEYYYYYYYY!!! 
*Tak penah rasa cuti panjang macam ni sejak 3 tahun lalu*

****************************

Wednesday, November 30, 2011

Full Itinerary

Syyyoookkk nya ada BLOG... Bole jadi kan personal diary utk update anything for future reference. Kalu tak publish dalam blog sure benda2 tu semua bersepah2 kat dalam folder thumb drive la, Gtab la, laptop la, desktop kat opis la and kat macam2 tempat lg yg leceh utk dicari. Perkara yang paling afdal utk dijadikan rujukan adalah di dalam blog "NOTE BOOK KAMI" :) :) :) 

Itinerary majlis da banyak di revise mengikut keadaan-keadaan semasa... 

Dan Itinerary dibawah adalah confirm dan boleh digunapakai oleh semua (include photographer, videographer, wedding planner and caterer utk reference mereka)...

***************************************************************

9 DECEMBER 2011 - Majlis Nikah

Rumah Pengantin Perempuan: Blok A, L3-03, Kompleks Perumahan Siswazah, UPM 43400 Serdang, Selangor
Rumah Pengantin Lelaki: No 37, Jalan P18C 1/4, Presint 18 Putrajaya (near to Wisma Putra)

Majlis Nikah: Rumah Pengantin Perempuan @ Blok A, L3-03 Kompleks Perumahan Siswazah, UPM 43400 Serdang, Selangor (8.30malam - selepas Isyak)

Itinerary Rumah Perempuan

6.00 pm – Start make up & bersiap
8.20 pm - Ketibaan Rombongan Pengantin Lelaki
8.30 pm – Upacara Akad Nikah
8.50 pm – Pengantin Lelaki Sembahyang Sunat 
9.00 pm – Upacara Pembatalan Air Sembahyang dan Sesi Bergambar
9.15 pm – Tetamu menjamu selera
9.45 pm – Majlis Malam Berinai (Upacara Menepung Tawar)
10.15 pm - Sesi Bergambar
11.00 pm - Bersurai

Itinerary Rumah Lelaki
6.00 pm - Jamuan Ringan
7.00 pm – Bersiap
7.50 pm - Rombongan bertolak ke rumah Pengantin Perempuan

********************************************************

10 DECEMBER 2011 - Majlis Sanding @ Dewan Presint 8 Putrajaya


Masa
Aturcara
9.00am – 10.00am
Rehearsal
10.00am – 12.00pm
Bersiap / Make Up
12.00pm – 1.00pm
Jamuan Makan
1.30pm - 1.35pm
Pembukaan Majlis Oleh Emcee & Pengantin Berarak ke Dewan
1.35pm - 1.40pm
Pengantin melangkah ke pelamin singgahsana
1.40pm - 1.45pm
Bacaan Doa
1.45pm - 2.00pm
Persembahan Penari Cilik
2.00pm - 2.10pm
Upacara Menepung Tawar
2.10pm - 2.15pm
Majlis Makan Beradap
2.15pm - 2.25pm
Wedding Slide Show
2.25pm - 2.30pm
Acara Memotong Kek
2.30pm - 2.45pm
Sesi Mengambil Gambar
2.45pm - 4.00pm
Karaoke Pengantin, Friends & Family
4.00pm – 5.00pm
Sesi Bergambar (outdoor)
5.00pm
Bersurai

**************************************************************

17 DECEMBER 2011 - Majlis Bertandang @ Chemor Perak


Masa
Aturcara
      10.00am - 12.00pm
Bersiap/ Make Up @ Ritz Garden Hotel Ipoh (checkout)
12.00pm - 12.30pm
Bertolak ke rumah Berangguh @Taman Meru, Ipoh
1.00pm - 1.30pm 
Bertolak ke rumah pengantin lelaki 
(bersama rombongan pengantin perempuan)
1.30pm - 1.35pm
Pembukaan Majlis Oleh Emcee & Pengantin Berarak
1.35pm - 1.40pm
Pengantin melangkah ke pelamin singgahsana
1.40pm - 1.45pm
Bacaan Doa
1.45pm - 2.00pm
Persembahan Live Band
2.00pm - 2.10pm
Upacara Menepung Tawar
2.10pm - 2.15pm
Majlis Makan Beradap
2.15pm - 2.25pm
Acara Memotong Kek
2.25pm - 2.30pm
Sesi Mengambil Gambar
2.30pm - 3.45pm
Jamming Session
3.45pm - 4.30pm
Sesi Bergambar (outdoor)
5.00 pm
Bersurai


 ************************************************

Map bawah ni adalah hasil kerja comot sy... Mmg kelakar sy tahu... Sy buat ni pon sb senang nk kasi direction kat vendor untuk majlis nikah di rumah sy 9 Dec nt. Hope diorang faham... Kihkihkih~~~


**********************

Tuesday, November 29, 2011

10 Hari lagi?

10 hari lagi... 10 hari lagi.. 10 hari lagi ... and still counting days...

Nervous nya... Hari tu macam lambat je lagi rasa.. Rupa2 nya minggu depan da majlis. 

Alhamdulillah, setakat hari ni sume benda da banyak yang selesai. Cuma nk kene remind vendor2 untuk majlis nt.. Kot2 la diorang terlupe ke... Untuk memudahkan sy juga, meh la sy listkan vendor2 untuk peringatan bersama...

* Wedding Planner
* Caterer
* Penari Cilik
* Photographer
* Videographer
* Projector & White Screen
* Dewan
* Henna
* Kek Kahwin
* Macaroon utk hantaran
* Goodies
* Fresh Flower
* Homestay

Mungkin ada list yg tertinggal ni sb banyak sangat. Nt da igt nk update siap2 supaya senang nk control. Tade la berserabut time wedding nt. And sume ni akan di subcon kepada adik pengantin selaku orang kuat untuk setelkan apa yang patot. 

Sememagnya sy da tak sabar2 nk cuti kahwin. Mmg amik 3 minggu direct.. Nasib baik lah kawen time akhir tahun banyak la cuti bole kumpul. Next week keje sampai ari Selasa je. Rabu da start cuti kene g spa, ambil baju pengantin, tempah fresh flower kat Alamanda etc. Hari Khamis sehari sebelum majlis akad nikah sure banyak keje menanti.... Setelkan goodies, bunga pahar etc. Malam khamis ada appointment untuk buat henna pukul 11malam. Sape2 yang nk pakai inai datang la rumah, kte buat sekali.. Hihi~ Hari Jumaat tgh hari sebelum majlis, fiancee kene arrange homestay utk family in law kat Putrajaya. Wah! Pack nye schedule next week... 

Yang penting sebelum majlis nk jaga perot dan hidung. Tak moh da makan benda2 yang boleh mendatangkan alahan. FYI, sy menghidap penyakit sinus yang paling kronik dan kalu terjadi time majlis mmg la tak le nk control. So sy berjanji akan berpantang selama seminggu utk tidak mengambil makanan2 yang boleh memudaratkan kesihatan sy...  JANJI!!!!!

Berbalik kepada story "10 hari lg", sy macam tak percaya je... Rasa macam baru semalam update blog tentang "7 months to go"... Tup Tup skang da jadi "10 days to go"... Wow! Mmg sangat serammmmm ~~~~

Moga majlis ini berjalan dengan sempurna... 
~~~Amiinnn ya rabbalalamin~~~

Wednesday, November 23, 2011

Enchanting Bridal Shoes

ohhhh... Boleh jadi rambang mata pilih kasot online.......

Sy mmg sangat2 sukekan kasut. Dalam kete penuh kasut, pg shopping mane2 mesti window2 kasut juga. Dulu time hantaran tunang pon ada kasut. Skang ni time nikah macam tak kose plak nk letak lg. So sy invest la kasut untuk majlis sanding sy nt.

At first rasa macam tak penting je kasut ni. Sb fikirkan wedding planner da sediakan semua from head to toe. So tak da apa yang nk disediakan lg sb sume da disiapkan oleh wedding planner. But surprisingly my grandma selalu tanye "kakak, kasut da beli ke blom?" Asik tu je yang dye tanye.. Benda lain dye tak bising pon... hihi~ So, dari situ la timbul nye idea nk kene beli juga kasut kahwin. Maybe orang dulu2 pk kasut la kot yang paling grand yg harus dititikberatkan. hihi~ I dont know.. Maybe la kot... 

Setelah di survey2, ini lah hasil carian sy.... Yang sangat2 membuatkan sy menjadi rambang mata....








Comelkan kasut2 ni. Actually bridal house da provide kan kasut ala2 material kain utk set baju sanding. But sy rasa macam tak cukup tinggi je kasut tu dalam 2 inch. Kalu diikotkan pg ofis pon pakai heels 3.5 inch of coz kahwin pon nk cari yang high heels... Tak da la nampak kecik cenonit sangat bersanding kat pelamin... Hihi~

In mind fikir nk beli kasut warna pink tu... Sb nk matching2 da dengan baju sanding nt.... :) :) :)


Risau nye sb terjumpa benda ni lambat. My wedding lg 3 minggu... Hope still ada stock and sempat deliver before majlis... Insyaallah ~

Source2:



******************

Saturday, November 19, 2011

Teaser: Weds Outfit

Tadi baru fitting baju pengantin. Sangat berpuas hati and tak sabar nk pakai baju pengantin... :) :) :)

TEASER

Untuk majlis belah perempuan, ada 3 baju total. Baju nikah, baju malam berinai dan baju sanding. Sume cantik2 belaka. Tapi tu la.. bias kepada warna pink.. tak bole wat ape la... Hihihi~

Utk baju bertandang kat Ipoh my fiancee mmg suke sangat. Baju ala2 army Faizal Tahir (penyanyi pujaan).

Hope apa yang dihajati tercapai...

Insyaallah...

**************************

Friday, November 18, 2011

Diet or Lost of Appetite?

Pengantin = mesti kurus!

Itu la yang selalu orang cakap. Pengantin mesti berkait dengan kurus. So mmg sangat memberi tekanan kepada bakal pengantin untuk menguruskan badan... Nak tak nk kene la buat utk kepuasan diri sendiri. Like people said "Beauty is Pain". Mmg sakit la sikit tahan perut tp mungkin hasilnya menarik dan memuaskan hati... But still bergantung kepada pendapat masing2 la utk mengamalkan diet sebelum berkahwin.

SEBELUM DIET
Hurm.. Mmg gemok cikit

SELEPAS DIET
Tutti Frutti mmg sesuai utk orang diet.
Banyak kalsium and less fat sb yougart based.

Mmg sy pon mengalami masalah psycology yang sama. Yang mana mesti capai target kg tertentu. Ok... First thing to do... Sy target bile yang sy boleh mula kan diet. And target sy adalah selepas raya, after abis sume open house. Start2 tu mmg la payah ckit nk kene catu sume makanan. And kadang2 rasa macam risau pulak nt gastric sb cara diet yang tak betul.

Last2 find out juga cara2 yang berkesan untuk diet tp tak effect kesihatan badan. Cara2 yang sy amalkan ialah:

Breakfast: Mesti makan (atlease milo cicah dengan biskot)
Lunch: Mesti Makan (Makan berat sikit pon tape.. i.e nasi)
Dinner: Better skip meal after 7
Lain2: Minum aie kosong je... Avoid minum air berkarbonat.

Ini la cara2 diet sy. Tp sometimes ada jg terponteng diet.. Hihihi~

Tp lately ni la kan... Sebulan sebelum majlis, sy da hilang selera makan. Tak tahu kenapa.. Maybe sb sy letih memikirkan kerja2 kahwin smp tak makan pon tak pe.

Tp, based on my survey pon, bakal2 pengantin ni mmg face problem hilang selera makan hari2 menjelang perkahwinan. Biasala... Perempuan makhluk tuhan yg sangat emosi dan terlalu banyak berfikir.

Moral of the story: Jaga kesihatan. Nak jadi pengantin kene sihat.. Elakkan stress di hari perkahwinan.

*******************