Monday, September 24, 2012

Little Butterfly & Half Way to Go ...

Yes!

I hit the halfway mark in my pregnancy...~ Alhamdulillah berat badan pon macam da naik sikit2. Now da 55kg. Antara paling berat yang pernah dicatatkan. Hikhik~

Belly yang malu2 nk menonjol. Hikhik~

Utk bulan yang ke-5 ni, we all plan nk sign up for childbirth education and parenting class.. under KPJ Kajang. Kalu jadi 14 October2012 ni we all join. Tgk kat template program macam menarik je. Both untuk suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa. Tak sabar nak belajar benda2 baru :) Next week bulan ke-6 we all plan nk prepare and beli2 sikit barang baby. Sikit2 kumpul barang for last 3 months before delivery. Atleast tak da la rasa sangat duit keluar.

Tahukan Ibu?
Kejang pada kaki selama kehamilan trimester ke-2 dan 3, disebabkan beban tubuh yang bertambah dan memberi tekanan ekstra pada otot kaki. Bagian tubuh yang membengkak saat hamil juga menekan syaraf. Ini akan lebih parah lagi bila Ibu kekurangan kalsium dalam darah, dehidrasi, atau tidak aktif bergerak dalam jangka waktu lama. 













Tapi orang2 cakap perot macam agak kecik utk kandungan 5 bulan. Hurmm.. Maybe this is my first time pregnant kot. So perot pon tak banyak ruang yang berkembang lagi. Badan pon agak kurus kot time pregnant kali ni. Cuma perot je boncit sikit and maybe sebab tu orang tak perasan sangat. Tapi apa2 pon baby berkembang dengan baik dalam perot ni...


Lately selalu sangat rasa movement baby dalam perot. Tak tau cane nak gambarkan. Macam rasa butterfly poking2 dalam perut. Lebih2 lagi time tgk game MU vs Liverpool semalam. Asik gerak2 je tak nak stop. Isk2.. Baby da mula tunjuk minat football agaknya. Hihihih~ Nikmat nya rasa  :) :) :) 



Pregnancy journey is totally awesome !

Moga tuhan melindungi anak ini,,
Amin ~~~

*******************************


Thursday, September 13, 2012

Happy 18 weeks :)

Alhamdulillah,

Kandungan da 18 minggu :) Cepat sungguh masa berlalu...

So far, kandungan dan kesihatan ok. Jarang sangat demam2. Cuma malam2 tido tak lena sangat. Taktau la kenapa. Pastu plak malam2 sampai 3-4 kali g toilet sb asik nk wee wee je. Hikhik~ Tp betol la kata orang2... pundi ibu mengandung ni sensitif sangat. Kene control kalu nk gelak2 ke bersin2 ke batuk2 ke. Kalu tak eksident la. Kene jugak la kadang2 pakai pentyliner utk mengelakkan perkara yg tak diingini. hahaha! * kelaka2 *

Pg tadi rasa perot macam ada orang ketuk2. Rasa macam berdenyut tapi sekali sekala je... Banyak kali jugak la. Adakah kerana angin perot or perut sedang kelaparan or mungkin jugak quickening? Hmmm... Jom research sikit tentang quickening ni...

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya? 

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna. 

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus. 

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu? 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang. 

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan. 

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.


Source from: http://www.babycenter.com.my


Ohhh.. Da faham da kenapa ada rasa macam orang ketuk2 perut. Hikhik... ~

Hope lepas ni bole rasa baby kick plak. Nak tgk bole tak agak2 dye jadi football player yg terrer macam daddy dye. Hehehe!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam 4 bulan lagi insyaallah bertambah sepasang kaki comel kat tengah2 tu =)

First baby present from colleague. Special from NZ.
Thanks Kak Maria =)

Habit mak buyong waktu lapang.. Mengudap-ngudap kerepek.
Maklum la.. rayaaa. hikhik~ =)

Medicine Kit.
Sentiasa bersama di mana jua =)

******************************


Wednesday, September 5, 2012

See, its a BOY!

FarraHirwan Baby's Video @ 17 weeks pregnancy

Tadi checkup dengan doc utk bulan ke-4. So sweet experience dapat tahu gender baby :) :) :)

Mula2 masa scan tibe2 tgk baby da terbalik. Slalu dye ok je baring facing up. Hari ni duduk menyiarap plak. Pelik je baby ni tido.. Actually macam mummy dye jugak la suke tido menyiarap. Hikhik ~~ Da pregnant ni baru stop tido menyiarap sb takot himpit perot.. 

At first baby tido meringkuk je.. Kepit2 kaki tak nk gerak. Pastu doc tekan2 perot sikit and dye gerak2 kan kaki. Baru la nampak bebird. So confirm BABY BOY :) Hubby la orang yang paling tersenyum lebar masa tu.. Nak sangat geng bola Manchester United ;)



Mmg plan utk first baby nak lelaki. Future dye bole take care of the siblings. Alhamdulillah rezeki tuhan nk kasi :) 

*******************************



Tuesday, September 4, 2012

Sihat & Kuat !

Alhamdulillah...

Tuhan bagi kesihatan yg baik di second trimaster ni... Sihat, kuat dan lebih bertenaga dari sebelum ni. Travel jauh2 pon tak da masalah. Masih mampu lagi. Yang best nye selera makan pon tak da masalah cuma tak bole makan lebih2 sangat sebab tekak ni menolak dan akhirnya muntah. Hihihi~ Last weekend time wedding cousin @ Casa Ombak pon perot tak banyak meragam... Enjoy sangat trimaster  ni :)





Rasanya macam nk celebrate second trimaster ni... Nk spend time ngan hubby and baby dalam perot ni. Igtkan nk makan angin kt pulau. Tp fikir2 balik macam leceh sb nak kene naik ferry la boat la mmg sangat tak sesuai. So tempat yang paling sesuai maybe dekat kawasan pantai kot. Tak da pantai yang dekat area KL ni. Survey2 dapat idea better vacay kat Golden Palm Tree @ Sepang. Last time ada visit resort ni utk event company and celebrate birthday ngan hubby kat Perahu restaurant. Seriously bilik dia mmg sangat2 ohsem. Chalet villa kat sana sume bertemakan Bali style. Tambah lg, kat situ siap ada private beach sendiri... Memang cantik :) :) :)







Ok. Nk propose kat hubby and nk simpan duit la. Sb nye 1 night stay kat sini pon RM500++.. Tu pon chalet villa yg paling basic. Tapi tak kesa la.. Janji dapat enjoy together just good enough kan :)

****************************