Ni pengalaman yang tak mungkin lupe selama 23 tahun hidup dalam bumi tuhan ni... Mungkin antara yang paling teruk selepas accident 13 tahun lepas di mana 3 hari jugak admitted kat hospital.
Cerita bermula bergini... hati ni mmg teringin sangat nk pg tgk Hot Balloons Festival kat Putrajaya. Sb last year tak dapat nk pg. Hubby banyak kali tanye larat ke nk jalan g sane sb parking jauh sure kene jalan jauh jugak la. Tp disebabkan sy confident badan ni kuat so berkeras jugak nk pg. Hubby nk tak nk kene la bawak jugak sb takot bini sorang ni merajuk (mmg sejak pregnant ni asik merajuk je kejenye). Sampai je kat sane mmg kene berjalan ckit la tp still bertahan lg. Ye la.. sy kan kuat! Agenda hari tu pas tgk balloons nk g dinner kat William. Sb macam teringin plak nk makan kat sana.
Balik2 dinner perut rasa macam cramp sikit la. Rasa macam cramp2 biasa je la. Pastu g toilet tgk2 ada bleeding keluar sikit2. Panik sangat and hubby tros nk bawak g klinik. Kol 12 tengah malam mana la ada klinik bukak. Last2 pg jugak Hospital Serdang sb tu yang paling dekat. Sampai2 kat sana hubby terus register and kene tahan kat wad sementara. Doc scan cek kandungan tapi blur sb baru je buang air kecil. Then masok kan air kat dalam badan and buat scan lagi skali. 2nd scan doctor cek rahim tebal, postitif pregnant, tp tak nampak kantung baby. Bleeding pon tak henti2... Problem bermula dari situ and doctor suruh admit malam tu jugak.
Still blur lepas doctor suruh admit tu. Susah nye hati ni and jatuh jugak air mata fikir apa yang akan berlaku lepas ni. Nurse bawak ke ward naik wheelchair. Dalam hati aku ni da nk kenapa? Teruk sangat ke sampai jadi cani. Masuk plak ward personal.. Bilik sorang2. Sb kes sy ni da diklasifikasi kan sebagai kes rujukan doctor pakar. Malam tu masuk ward da kol 3.30pg. Masuk2 je kat ward nurse suruh hubby balik and tinggallah sy sorang2 dalam tu. Takut n sedih bukan main bile kene tinggal macam tu. Satu malam tak boleh tidur sb sakit perut (sama macam sakit senggugut). Then jumpe la nurse cakap sakit perut and nk refer doctor. Pastu nurse tu wat endah tak endah je. Sampai ke pg sy menggelupur sakit nurse and doctor sorang pon tak datang. Rasa macam nk tumbuk je nurse tu! Pastu pg2 tu da tak tahan nk call hubby and parents tp phone abis beteri plak. Nak pinjam la phone nurse nk call pastu nurse suruh call guna public phone kat luar. Hangin satu badan ni last2 lancang gak mulut mengeluarkan kata2 tuuuttt#$%. Hey.. Diorang ni tak nampak ke aku sakit cam gini nk suruh jalan jauh2. Bangang punye nurse Hospital Serdang! Ni sb emergency je tau g sini. Kalu tak jangan mengharap nk jejak kat hospital gomen terrible service ni! Marah btol! Last2 nanges2 ngadu kat mak kat public phone. Kecian nye tgk diri sendiri masa tu. And pg tu jugak pas call mak, ayah and hubby pon datang langgar waktu melawat.
Masa tgh hari Ahad tu mmg perut sakit lg macam senggugut and bleeding pon semakin banyak. Pakar datang untuk buat scan kali ke 3 and cek still tak ada kantung baby lagi and result beta HCG menunjukkan bacaan darah 2175 lebih dari 1500 and sepatutnya hamil dan da ada kantung baby dalam minggu ke 6 ni. And know what, ni first time scan ikot bawah (vagina). Seriously mmg sakit and senak perut. And then doctor explain tentang diagnosis yang da dibuat. Doc cakap HCG sangat tinggi, rahim tebal, tp still tak nampak kantung dalam rahim. Most probably it gonna be Ectopic Pregnancy (kehamilan luar rahim) sb doctor nampak tiub sebelah kiri bengkak sikit. If positive Ectopic nk tak nk kene juga operate and buang sebelah tiub sebab takot pecah and lagi bahaya. So the best way now is buat Laparoscopic and Operation. Dimana doctor akan tebuk perut (di pusat dan bahagian sebelah kiri) untuk masuk kan camera untuk tengok dengan lebih dekat dan sah kan kehamilan luar rahim (di tiub follopio sebelah kiri).
Sy and hubby da tak ada pilihan lain and ikot cakap doctor untuk buat operation hari tu jugak. Doctor suruh puasa and operation akan dijalankan pukul 2ptg hari tu jugak. Lepas je doctor keluar dari ward, air mata ni da tak tertahan lg and menangis bengkak2 mata. Nasib baik ada hubby yang tenangkan. Mungkin ini ujian tuhan pada kami... Mungkin kalu ini adalah miscarriage normal sy tak da la risau sangat, tp sampai tahap kene operate and kemungkinan Ectopic buat sy tak tenang langsung. Plus, sy mmg ada fobia menjejakkan kaki ke hospital apatah lagi tahu sy kene buat operation. Benda yang paling sy takot dalam dunia ini dan sy sedang mengharunginya.. Sy takot jarum, takot jumpe doctor, takot darah and apa2 yg berkenaan. Oh! sy sedang berhadapan fobia sy :'(
Selama nk tunggu masok OT asik nangis je. Hubby la orang yang tak putus asa bagi semangat dan dorongan kat sy sepanjang masa tu. Sayu hati ni... Operation pospone smp pukul 7 baru masuk OT. Menggigil badan masuk OT and nurse dalam OT pon tak putus2 tenangkan sy. Hampir sejam que dalam OT and last2 doc pakar bius cakap diorang terpaksa reject sy and hantar sy balik ward sb doctor yg lead operation time tu ada emergency case and kene wat sy malam nt. Sekali lagi angin satu badan. Yela, aku ni da bersedia and sedia fizikal mental untuk operation tu. Last2 kene pospone lg. Tp disebabkan badan lemah senyap je la. Balik2 ward sekali lg nanges2 mengadu kat hubby and hubby terus request utk refer kat hospital lain disbbkan service yang ntah apa2 dari Hospital Serdang ni.. Hubby jumpe doc tp doc tak advise utk refer to hospital lain sb macam2 alasan. So tunggu je la and last2 pukul 11malam baru masok OT balik. Sy mmg da totally lemah sangat la sb puasa lebih 15jam. Masok OT doc teros kasi ubat bius and sedar2 nurse cakap operation da settle. Bawak balik ward and nampak mak and hubby setia tunggu kepulangan daku. Terharunya...
|
2 tebukan (1 di tengah perut dan 1 di bahagian bawak sebelah kiri) |
Malam tu mak yang jaga sb suami tak bole tunggu malam2. Asal sy sakit sikit mak bangun urut2 kan. Kasih ibu mmg tiada bandingan. Terima kasih mak ! Pg2 tu bangun mmg rasa pening yg teramat sangat.. Rasa nk muntah. Effect ubat bius agknya. Hubby ulang alik dari rumah pg tu. Nasib baik kudrat kuat untuk jaga isteri sakit ni... Ternyata sy dapat tengok pengorbanan seorang suami...
Pg tu doc pakar datang ward and bagitau result dari operation semalam. And diorang diagnose tak ada apa2 implant pada tiub follopio. But ada possibility mungkin terjadi nya miscarriage, mungkin akan berlakunya Ectopic sb masih kecil tak dapat dikesan dari pembedahan semalam or mungkin in early stage pregnancy kantung baby terlalu kecil utk detect melalui scan. So doc akan monitor kes ni and minggu depan baru dapat result. Esk doc akan amik darah lagi skali utk cek beta HCG. Kalu bacaan HCG semakin rendah so mmg confirm pregnancy fail but if HCG menunjukkan bacaan berganda mungkin doc akan repeat scan and tgk keadaaan dalam rahim.
Apa2 pun kami akan tunggu result minggu depan. And redha dengan apa yang terjadi. Kami pon baru lagi kahwin. Banyak masa lg nk bersama :) Mental masih kuat ! Insyaallah...
Hope everything goes well, guided and blessed by HIM.. Show us the way...