6-10 Bulan
* Tentukan hari perkahwinan (da book setahun awal da.. Sy: 9 & 10 Dec; Dia: 17 Dec)
* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan. (Sy: Konsep Kristal; Dia: Konsep English)
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf. (baru je lepas attend kursus kahwin. Insyaallah da clear sume perkara)
* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. (hari2 pon dok culculate. Mmg banyak.. Tp max budget RM40K utk satu majlis.. So kene usaha cari duit lg)
* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. (Sy: Dewan da tempah@ Presint 8; Dia: Kat rumah je)
* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis (Nt we all google map and sketch)
* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan (Akan g food testing 12 March ni)
* Pilih pengapit-pengapit anda (Sy: Jihan Kong & partner; Dia: Tak decide agy)
* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan (masih dalam proses pencarian)
* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami (da survey kat majalah pengantin)
* Pilih baju untuk pengapit (maybe diorang bole sendiri just kene ikot tema je.. heheh~)* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun (tunggu kot2 dapat bonus ckit nt..Insyaallah....hikhik~)
* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai (Sy: 1200pax; Dia:1200pax.. Masing2 anak sulung mak ayah msti kene ajak ramai tetamu)
* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. (Rumah kat mane? Maybe kat SK.. perabot nt dapat duit hulur extra baru stary beli)
* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda (Ok. Nt buat folder)
* Sediakan dokumen ini: (Utk pendaftaran insyallah kami akan buat kat Selangor sb hari tu ustaz kat kursus kahwin cakap bole daftar kat tempat kite menetap sekarang... Alhamdulillah. senang keje)
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Surat Perakuan Bujang dari majikan
4-6 Bulan
*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara (Deposit kad kahwin da bayar. Tinggal nak sedia art work je. Then maybe start distribute kad jemputan 2 bulan sebelum majlis)
*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan (Ayah kene take note!)
*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori (kene wat appointment ngn fashion designer..)
*Siapkan bilik atau rumah pengantin (pasal rumah mak ayah incharge.. Utk bilik pengantin will appoint wedding planner utk hias)
3-6 Bulan
*Hadiri kursus Pra Perkahwinan (Setel!)
*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri (Both will do in Selangor)
*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan (Ayah still dalam perbincangan ngn Imam)
*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid (Also ayah setelkan)
*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu (Flight tic to Bali da booking.. Package akan cari kat Matta fair)
*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh (cousin dekat2 je tayah tempah hotel bagai)
*Pilih cincin perkahwinan (Cincin suasa utk dia pon sy beli kan)
*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri (Akan dapatkan pemeriksaan kat Hospital Serdang @ Putrajaya)
*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda (Nt mak bli baju kat Jackle. Baju lace utk family terdekat)
*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan. (Tour guide to arrange)
*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh (Passport tamat bulan 10. So kene renew in the middle of Oct)
*Tentukan aturcara majlis (Will do with my wedding planner)
*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin (Maybe later ayah will decide)
*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain. (Theme ceremony: Violet Purple; Baju Pengantin: Silver)
2-4 Bulan
*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri (rough estimate: 1200pcs)
*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam (Will be discuss)
*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering (Will be discuss)
*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk (Will do the floor plan assist by my wedding planner)
*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu (Will be discuss)
*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu (Yes! Mesti!)
*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap (Mak to incharge)
*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan (Assist by my wedding planner)
7 Hari
*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu (senarai VIP also)
*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik (to discuss with wedding planner earlier)
*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas (honeymoon on 19 Dec. Before majlis pertandang da kene prepare)
*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan. (Will be discuss)
*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat. (Explain detail masa distribute kad... Kelab Tasik Putrajaya is the land mark.. susah sangat sroh diorang google map je)
*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka. (tade kot. sume dok dekat2 cni je)
1 Hari
*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam (insyaallah kalu ayah bole dapatkan rumah free utl tetamu)
*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan (Nt ayah sewa lori)
*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan. (discuss with mak andam)
*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda. (hadiah ape pulak?)
*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin. (to remind mak andam)
Hari Majlis
*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan. (mak andam kene datang on time la kan)
*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah (breakfast sekadar alas perot.. nt sakit perot susah pulak)
*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda :) :) :)
Selepas Majlis
*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.
HONEYMOON!
.................................................................