Friday, November 2, 2012

Tabiat Semasa Mengandung

Macam2 da tabiat yang da discover sepanjang 6 bulan pregnant ni. Macam2 perangai timbul.. Klau dulu sebelum pregnant xda la over sangat. Masa pregnant ni bukan main lagi la. Emosi pon kadang2 terover.. Saboo je la kan.
 
 

Yang tersangat obvious tabiat makanan sy... Kalu ikotkan dulu sebelum mengandung tak da la minat makan sangat. Orang cakap tak makan pon tape. Bole bertahan la lagi. Tapi time mengandung ni asik teringin je nak makan. Kalu hubby tak bawak g tempat makan tu mmg merajuk sampai seminggu. Bukan mengada ke ape ke cume rasa macam sensetip sangat kalu tak dapat makan makanan yang diidam.
 
Ini adalah list2 makanan yang diidam selama 6 bulan pregnant. Sampai 9 bulan nt maybe list makin bertambah. Hikhik~
 
 
  1. Starbuck Frapp Choc Chip (Coffee Free ok!) - Yang ni mmg menu tiap2 minggu. So every week mesti beli punye. Kalu tak rasa tak lengkap kehidupan. Hihihi~
  2. Subway sandwich & soft cookies - Ohh! Ni mmg fav ever after! Soft cookies terpaling sedap di dunia ~!
  3. Roti + Nutella - Tabiat breakfast. Mesti kene ada nutella.
  4. Ikea Meetball - Da 2 minggu mengidam hari tu. Gaduh ngn hubby sb dye tak paham keinginan. Dye cakap jem la banyak kete la jauh la... Last2 dye kesian agaknye baru bawak pegi. Mekasih la yang kerana memenuhi permintaan isteri ini :)
  5. McFload McD - Haa.. Yang ni makanan yang baru try minggu lepas. Mmg sedap sangat and ketagih sampai 2 kali seminggu beli. Tapi orang cakap tak baik minum air gas nt kene kencing manis. Tape.. Utk yang ni sy cube kawal keiinginan. Hoyeah!
  6. Red Velvet - Yang ni pon salah satu manisan yang kene dapatkan atleast sebulan sekali. Maybe sedappp sangat so tak lepas peluang. hihihi~
  7. Goreng pisang/ Cekodok pisang - Buah-buahan yang paling sedap semasa mengandung kali ni.
Tapi tgk2 balik list tu sume makanan manis2. Pembawakan budak kot nk makan makanan sweet2 je. Hope makanan2 ni tak bawak kesan negatif la kat baby...
 
And ni pula list2 makanan yang pantang semasa sy mengandung. Klau ikotkan dengar nama pon rasa nak muntah...
  1. Makanan Korea / Jepun - Terjadi 2 kali makanan Seoul Garden and termakan meat coffee. Muntah serta merta dan jangan mengharap nk makan lagi.
  2. Susu Anmum - Maybe susu tak sesuai di buat dengan pelbagai perisa (vanilla/choc/strawbery) dan telah menyebabkan sy rasa mual sampai hari ni. So sy ambil Fresh Milk je sepanjang pregnancy ni.
 Ni plak kepantangan yang membuat emosi sedikit terganggu...
  1. Bunyi tepon opis - Geram sangat sb every time jawap call mesti dari vendor2 yang tak reti bahasa, internal caller yang bermasalah dan macam2 lagi. So jalan terbaik sy silent kan phone and hanya jawap call yang perlu je. Hahahaha!
  2. Orang bising2 pokpekpokpek - Ni mmg pantang tahap 10/10. Jangan sekali nk pokpekpokpek or ganggu sy tidur. Itu bakal mendatangkan marah!
  3. Pemandu yg memandu secara lembap - Mmg marah! Tak lampu tinggi or HON je. Amik ko!
  4. Orang yg igt sy ni kaunter pertanyaan - Haih! Jumpe jumpe tanye benda yang sama. Benda tak sepatotnye tanye pon nk tanye. Last2 letak note kat workstation tulih KAUNTER PERTANYAAN 1. Agak2 sentap tak mereka? Haha!
  5. Duckface - Hey. Please la jangan mengada nk amik gambo muke duckface. Tak cantik ok! Nt kenan anak i :-[
Dan benda yang paling sy suke buat semasa mengandung:

 
  1. Tgk perot sendiri - Suke sangat tgk perot sendiri sebelum mandi. Nk tengok da besar mana da perot. Pastu suke cakap2 dengan baby and excited sangat kalu baby bagi response tendang2 perot. Tgk perot gerak2.. Wahh.. Moment sangat! :) :) :)
  2. Tgk JJCM - Tiap kali ari Ahad tak penah miss tgk Jalan-Jalan Cari Makan yg Ikram Dinzly host kan tu. Kalu bole nk g je sume restaurant yang masok dalam tu. Hikhik~!
  3. Bawak bekal - Tiap2 hari masak and bawak bekal g opis. Alasan nye sb tak da selera nk makan nasi kat cafe. Tasedap! Last2 husband yg untung sb dapat bawak bekal sekali g opis. Jimat duit ye...
  4. Shopping - Every week mesti kene menjejakkan kaki ke Alamanda. Paling suke window shopping barang baby.
  5. Make Up - Tabiat suke sangat online tgk lipstick la, blusher la, eye shadow la.. Hari tu shopping kat MAC habis dekat 5rat. Ayooo... Pokaiii~!
  6. Scrub badan - Seminggu sekali mesti buat scrub choclate. Menenangkan sangat!
  7. Horror Movie - Suke sangat tgk wayang kebelakangan ni. Tak dapat tgk wayang tgk Astro HBO pon jadi. Tapi fav mesti cite thriller/horror movie. Wow! Horror nye pilihan~
Itu lah antara perangai2 yang timbul sewaktu mengandung ni. Kadang2 macam pelik dengan perangai sendiri. Tapi akan berusaha mengawal sebaik mungkin.

*****************************

 

0 comments:

Post a Comment