Monday, July 9, 2012

Supplement to Help You Get Pregnant

Sedang syok reseach2 tentang pregnancy ni, teringat pula tentang supplement/vitamins yang husband and I ambil time we all try to conceive dulu.

1st preganancy hari tu, ada research kat internet tentang supplement/vitamin yang baik utk meningkatkan kesuburan suami isteri selain daripada Asid Folic yang wajib diambil sejak mula2 kahwin. Tapi, kami tak bergantung pon pada vitamin tu semata.. Cuma sekadar berusaha..

Ada 3 supplement/vitamin yang kami recommend kan.. Vitamin E, Vitamin C and Zink . Dan alhamdulillah lepas makan vitamin ni tak sampai sebulan sy +ve pregnant. But doctor cakap once da confirm je pregnant je kene stop kan sume pengambilan vitamin/supplement ni sebab dikuatiri akan memberi kesan baby dalam kandungan...

1) Vitamin E
Sangat penting bagi sistem reproduksi suami dan isteri. Bagi wanita, Vitamin E menjaga sistem endokrin dan menstabilkan hormon dengan baik. Bagi lelaki pula Vitamin E memperbanyakkan sperma dan hormon seks serta mencegah kerosakan DNA sperma.
* Sy amik Vitamin E ni sekali dengan hubby. Walaupon harga mahal sikit tapi takpa boleh kongsi2 :)

2) Vitamin C
Penting terutamanya utk wanita. Vitamic C ni elok utk menjaga keseimbangan hormon, meningkatkan kesuburan, memperkuatkan imunisasi dan lain2..
* Sy beli vitamic C tablet yang larut dalam air... Boleh diminum selepas makan. Sedapp macam rasa buah oren :)

3) Zinc
Sangat penting bagi kesuburan lalaki. Mineral ni dapat membantu menjaga fungsi organ seksual dan produksi spema. Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, dan pengurangan penghasilan sperma yang sihat
*Vitamin ni sy suruh hubby yang makan.. Mmg berkesan :)

Sy ambil vitamin2 tu sekali sehari and tak ambil banyak2 vitamin dalam masa yang sama. Sy tak campur2 kan makan sebab takot effect kat tubuh badan.

So for those yang trying to conceive, cube la makan supplement ni.. Insyaallah ada rezeki :)

******************************************



1 comments:

Anonymous said...

akum.boleh x nak tau vitamin tu dr bg ker u beli dari farmasi. brand apa yer.

Post a Comment