Thursday, March 22, 2012

Pengorbanan Suami

Teringat masa admit 3 hari kat hospital hari tu, hubby la yang menjaga sy siang malam. Kecian tengok dia kehulu kehilir selesai kan masalah2 hospital. Masa first day admit kat hospital hari tu, sy tahu dia tak sanggup nk tinggalkan sy sorang2 kat ward sb dia tahu sy mmg takot kene tinggal sorang2. Dia janji akan datang balik pagi2 teman sy. Pagi tu betul2 dia datang teman sy sampai langgar waktu melawat. 1 malam tak dapat tidur pk macam2, tentang hubby, tentang masalah sakit, tentang rasa takot ni... Seriously, tak da suami disisi mmg rasa awkward, rasa sedeh sangat :(

Masa kat ward tu, dia la yang jaga makan minum, pakaian and macam2. Masa tu baru nampak kepandaian and ketererran dia buat kerja2 ni. Dia tak tidur berhari2 jaga sy. Masa siang tu sy nampak dia tertidur atas kerusi kat hospital. Penat sangat agaknya... Kecian dia....

Time tunggu turn nk operate tu, banyak kali dia tenangkan sy. Tangan tak lepas usap kepala isteri dan berdoa. Muka dia nampak tenang tapi kadang2 terdengar suara dia sebak2 borak dengan ibu dalam phone. Menangis sy masa tu tengok dia susah hati kerana sy. 

Sebelum operate tu sy suruh dia janji jangan balik tinggalkan sy. Tunggu sy settle operation baru bole balik. Operation mula pukul 11malam, and pukul 1pagi baru settle and dapat balik ward. Walaupun masa operation tu kepala pening maybe effect ubat bius, sy gagahkan jugak mata ni celik nk cari dia.. Alhamdulillah dia tunggu jugak sy kat hujung bilik tu. Lega.. Hilang sekejap sakit tengok muka suami :) 

Balik2 rumah tu, hubby terus masok kemas bilik. Sapu semua habuk2... Sebab dia tahu isteri ni allergy  habuk. Kalu selama ni kene cakap baru buat. Ini pertama kali tgk dia buat sendiri tanpa disuruh. Terharu sungguh tgk kesungguhan suami sendiri. Baju2 sy luar dalam semua dia basuh kan. Tak penah duduk jaub dari sy sebab takot sy berjalan sorang2. Mungkin dia tahu isteri dia degil so dia kene duduk jaga dekat2. hihi~~

Malam lepas keluar hospital tu, dia semangat sangat nk masakkan megi goreng sb sy tak da selera nk makan nasi. Walaupun meggi goreng da cukup sweet buat sy. Tak sangka pandai jugak suami sorang ni masak. Memang terselah kebolehan dia. Tip Top!

Tuhan jadikan semua ni mungkin nak suruh sy tengok kasih sayang suami. Pengorbanan suami mmg tak dapat sy nk balas. Terharu dengan apa yang dia da buat kerana sy. Alhamdulillah lepas jadi benda2 ni, saya sedar sy ada seorang suami mithali yang akan jaga sy hingga akhir hayat sy. Sememangnya syurga saya dibawah telapak kaki suami yang sy cintai dunia dan akhirat.. Moga tuhan pelihara hubungan kami ni.. Amiiinnn.....

Thank you for standing up for me and supporting me, even when the whole world is against me. Each time I look at you, I just smile to myself and think, 'I certainly could not have done better'. You are perfect the way you are. Even after all these years, I can proudly say, 'My darling husband, you are my hero'. I love you.
***********************************************

1 comments:

hani apandi said...

sweeet :D

semoga bahagia hingga ke akhir hayat kakak iqa! :)

Post a Comment